Tuesday, November 30, 2010

Kuch Kuch Hota Hai

Dulu-dulu selalu berangan nak jumpa abang SRK..tak dapat jumpa abang SRK, abang Hritik pom ok gak sebab aku ni sangat minat dengan filem hindustan..tapi itu dulu la..sekarang ni dah naik menyampah lak coz banyak betul jelmaan SRK dan Hritik kat sini..apalagi kalau bukan abang abang bangla..mana mana aku pergi mesti ada rakyat bangla dan indon.macam malaysia ni negara dorang lak..mamat mamat melayu susah betul  nak jumpa..duyaiii..

Nak baca cerita tak..*tengah menaip sambil membayangkan korang hangguk kepala*..macam ni ceritanya..sekarang ni kan, bila masuk dapur n bilik air je mesti berkumandang lagu hindustan..aku suke..aku suke..semua lagu ada termasuk la Kuch Kuch Hota Hai..tapi kan, aku memang nyampah kalau mat bangla sebelah rumah aku ni pasang lagu tamil..dey tambi porenggi..memang tak leh tahan telinga aku ni..dah la pasang kuat kuat..memekak je..

Korang nak tau tak..agaknya rumah sewa aku ni jenis dibuat dari bata bata kosong kot..yela, bila orang sebelah rumah mandi kompem rumah aku pom boleh dengar..kalau mandi mulut tu senyap tak apa gak..ni memekak nak menyanyi bagai..tapi aku pom nyanyi gak cuma suara aku ni merdu banyak..haha..nak wat camna kan coz aku ni bila mandi jarang tak menyanyi...best woo..yang paling tak tahan kalau orang sebelah rumah ni mandi sambil buat uwek2, buang hingus, kahak bagai..nak pula kalau time tu aku tengah makan..kompem aku stop tiba tiba..nak marah dah besor ( tak berani nak marah pom kang dorang mandrem aku bawa pergi bangla wat niaya aku je..haha)

Kesimpulannya..duk rumah sewa kali ni memang memerlukan kesabaran coz cakap pom kena slow2 takut orang sebelah rumah dengar..jadi ayu sekejap..walhal kalau kat rumah sendiri bila dah bercakap macam orang tu ada jauh sebatu ngan aku..volume tak reti reti nak slow..haha..

Korang yang nak dengar lagu Kuch Kuch Hota Hai, boleh la download kat link yang aku bagi ni----->Kuch Kuch Hota Hai 


Sunday, November 28, 2010

Gile Ber"SHAWL"

Shawl..Shawl...Shawl...i love shawl..sekarang ni tengah gile ber"Shawl"..tak tau kenapa?? mungkin trend zaman sekarang ni yang giler bershawl menyebabkan aku pom terikut ikut gak..ok, ni the latest shawl yang aku sedang gila pakai ..sangat suka pakai shawl ni sebab tak sampai 5 minit aku dah siap melilit..

Shawl Smarties..shawl ni ranggi bile dipakai disebabkan oleh smartiesnya yang bermacam macam warna..*aku dah try,korang bila lagi??*

Ini Inner Cotton..inner ni aku pakai sekali ngan shawl smarties atau pom shawl2 yang lain..aku lebih suka pakai inner cotton ni sebabnye tak melekat kat kepala..inner ni boleh wat muncung tajam tapi tak sampai mencederakan orang ye..bagi yang berani boleh try pakai color inner dan shawl yang berlainan..macam aku pakai shawl color kelabu, inner lak color pink..kalo ade orang kate aku buta color, ada aku kisah..ni kan trend aku..haha..ok,selamat membeli dan mencuba pakai~

The latest shawl...ini Shawl Karachi namanya..sesiapa yang prefer buy online bolehla pergi ke almari dila..Yang bestnye kat almari dila ni ade semua jenis shawl..aku selalu ziarah blog almari dila ni coz dari sane aku boleh tau the latest shawl .."almari dila saya tolong promote ni, nanti bagi diskaun ya..haha"..kalo yang tak suka beli online, yang suka pegang2, belek2 terlebih dahulu boleh la pergi sendiri kat butik az zahra..
SEKIAN dan SELAMAT BERFESYEN =,=

p/s: simpan duet nak shopping shawl bulan depan..tunggu....

Thursday, November 25, 2010

Hello..You Have One Missed Call ('',)

Kalau perut rasa kenyang hati gumbira...baru lepas mentekedarah maggi kari extra pedas..memang berbaloi baloi pedasnye..suke suke...sape tak suke pegi main jauh jauh..haippp..

ohhh terlupa....(sambil tepuk dahi)
Assalamualaikum semua...

Nak tanye ni..dalam hidup korang, pernah tak korang wat something yang memalukan diri korang tanpa disedari dan disengajakan oleh diri sendiri..Hokeih, aku dah angkat tangan ni....aku penah..aku penah..* tulis sambil mengangguk kepala*...Entry kali ni aku ni cerita something yang boleh dibuat pengajaran oleh korang
-sila jangan tiru sketsa ini..bahaya untuk diri anda-..tetibe..haha

Aku ingat lagi, time tu cuti semester..so, kalo dah cuti semester comfirm lah balik kampung jumpa orang tersayang..nak pulak cuti semester jatuh time cuti sekolah, memang riuh rendahlah rumah..penuh dengan adik badak badik aku yang ada macam macam spesies perangai..otomatiknya berganda gandalah aku punye malu..tak patut..tak patut * sambil geleng geleng kepala*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempat kejadian : Teratak Bahagia *Rumah Saya laa..*
Masa Kejadian : Tak dapat diingati dengan baik
Watak : Mangsa = aku / Pemangsa = ???

Cerita pun bermula...

Eh..ada missed call la..waa, dalam hati berbunga bunga coz aku ni jarang dapat call just mesej je..bajet la konon..aikk..ni nombor sape..otak berkata macam biasa tengok je nombor ni..xpe la try tanya kot2 la tu nombor kawan aku..dalam hati sebaliknye pulak..hati berkata try la mesej dulu mane tau tu nombor lelaki kacak..cuba je la weh sebab aku ni jenis yang amat suka bertanya, kang sesat jalan susah lak..


Aku : Salam...tadi awak ade call saya eh..ececeh, intro mesti baik tau..digalakkan :)
???  : wslam..eh, mana ade saya call awak, awak silap orang ni..

Time tu dalam hati gembira gila sebab mesej telah dilayan..tak pe2, perjuangan perlu diteruskan coz nak tau die ni boy or girl..kalo girl aku tak mesej dah..memang gatal..haha

Aku : Awak ade call la tadi..kalo tak camne saya boleh tau nombor awak ni...
???  : betul tak de..kalo ada saya minta maaf ye..oh ye, awak ni laki ke perempuan?

Kembang hati aku weh..mesti die nak kenal aku ngan lebih rapat ni..balas jangan tak balas..dengan perasaan shy shy cat aku pon jawab..

Aku : mestilah perempuan..awak perempuan gak ke? (saja tanya camtu..nak amik hati..haha)
???  : Laki la..Nama awak apa??

Masih dalam perasaan yang gatal..tengah tergeliat gatal macam ulat bulu aku pom bitau nama aku...

Aku : Nama saya Samaniah...

Tetibe...................

??? : Woi bangang..

Terkezut aku bile dapat mesej macam tu..pastu aku pom belek la nombor yang tak dikenali tu lame2...tibe2 aku dengar suara adik aku kat ruang tamu baca semua mesej aku...haa sudah, camne dia boleh tau..bile die gelak macam nak terberak baru la aku tau yang nombor tak dikenali tu sebenarnya nombor die..ciss, lahabau tol..memang malu sampai nak menyuruk muka dalam peti ais je rasanya...malunye :(

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum Kejadian ..

Pagi tu aku macam cicak pakai kasut, berjalan satu rumah cari aku punya handphone..aku ni memang jenis yang salu lupa kat mane aku letak handphone..jalan terakhir, aku amik handphone adik aku lantas (ayat skema) call handphone aku..tapi still tak jumpa gak kat mane handphone aku berada...ah..tension2..tup2 lepas masak bila nak masuk dalam bilik aku terperasan handphone aku ada kat atas almari je..cisss...so korang fikir sendirila camne aku oleh mesej macam orang gatal ngan adik sendiri..

*moral of the story..sila simpan nombor telefon adik adik anda atau orang yang berada di dalam rumah anda untuk mengelakkan berlakunya kegatalan mesej..sekian..malunyer...

p/s : masih mengganggap dia sentiasa ada dekat dengan saya :(

Monday, November 22, 2010

Contest Ngetop!!


*sila klik gambar kat atas ni untuk pergi ke page "Blog Review-1 Hari 1 Blog"*

Hehe =,=
Camne nak cakap ye...sebenarnya malu pun ada nak join contest ni coz malu kalau orang yang kenal aku baca kisah aku dan malu ngan blog aku yang agak mundur ni..zaman sekarang orang tak pakai template dah..hukhuk..Kalau aku turutkan perasaan malu aku, sampai sekarang tak glemer la blog aku ni..tujuan utama aku join contest "Blog Review-1 Hari 1 Blog" ni sebab aku nak menambahkan bilangan kawan kawan dari kalangan blogger..sambil menambah bolehlah berkenal kenalan..ahakss..then, sebab lain apalagi kalau bukan nak promote blog sendiri..huahua (gelak sopan)

Kepada bloggers yang mahukan ramai kawan sertailah contest ni..tak rugi pom...

p/s: special thanks to Bro Sop coz wat contest ni..sila jangan segan bagi komen yang kaw2..

Selamat Menduduki peperiksaan SPM

Salam...

Tak perlu ada rasa cinta untuk membaca post aku ni walopom korang ngah hangat bercinta..pehal??tetibe lak..haha..yang sebenarnya aku dah tak ada idea nak wat ayat intro yang power..maklumlah dah lame gile aku tak tulis blog sampai  terlupa camne nak buat mukaddimah..huahua.(gelak sopan)..

Post kali ni pendek je coz hanya untuk mengucapkan selamat berjuang wat adik2 yang  nak amik SPM esok...kepada adik bongsu aku, selamat menduduki peperiksaan SPM..semoga berjaya mengharumkan nama diri sendiri dan keluarga anda..kamu sebagai anak bongsu adalah penutup generasi SPM untuk keluarga kita..TeRbaik yaa...Abaikan kata2 kecundang yang melemahkan semangat kamu dari insan2 yang amat mendengkikan diri kamu serta menjengkelkan diri aku..ingat!!diri kamu banyak pesaing...bersaing la secara sihat...ok, selamat berjaya adik yang matang..*sebab kamu selalu kata aku tak matang lagi *.haha


p/s: tak perlu seksa diri dengan luka yang dicipta diri sendiri...ahakss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...