Saturday, March 26, 2011

Istimewanya Saya Kerana Kanak-Kanak Istimewa



Semakin hari, semakin dapat ku rasa yang aku begitu istimewa..
Bukan kerana aku cantik atau comel (sila percaya ye..hahaha)
Tapi istimewanya aku kerana mengajar kanak-kanak yang sungguh istimewa..




p/s : ada orang cakap perempuan yang tak bermekap hanya perempuan yang nak mati je..kecik ati aku

Ustazah Oh Ustazah

Ustazah Oh Ustazah...
Betapa beratnya title "USTAZAH" yang dipegang...
Tersilap sikit, cerita heboh berbulan-bulan tak pon bertahun...
Ustazah juga manusia..setiap manusia dijadikan tidak sempurna...
Tetapi berusaha untuk menjadi sempurna...

Ustazah Oh Ustazah...
Adakah dengan title tersebut, selamanya ustazah tidak boleh membuat silap...
Ustazah juga manusia seperti guru-guru yang lain..

Ustazah Oh ustazah...
selalu dijadikan bahan rujukan jika ada kemusykilan agama..
Jika tidak dapat jawab dengan betul dikatakan BODOH
Adakah guru-guru boleh menjawab semua soalan dengan betul tentang sains, matematik, georgafi..
pasti semua akan buka buku juga untuk menjawab..

Ustazah Oh Ustazah..
Berhias sedikit dikatakan BERDOSA..
Habis tu tak kanlah nak pakai baju koyak ke sekolah..
Berwangi sikit pon BERDOSA..
Habis tu tak kan lah nak busuk dengan muka serabai pergi ke sekolah..
Kesimpulannya, cikgu sahaja yang boleh melawa dan berwangi sampai senak hidung ..

USTAZAH dan USTAZ bukan MALAIKAT


p/s:   sekadar renungan untuk semua..peace no war :D

Tuesday, March 22, 2011

Doa Mengelakkan Diri Daripada Dirogol

Assalamualaikum semua....

Sejak akhir-akhir ni ramai sangat gegirl yang kena rogol..tak kira la anak dara, emak dara, nenek dara, budak dara..semua kena asalkan perempuan..so, kita sebagai perempuan perlulah mengetahui cara-cara mengelakkan diri dari dirogol..bak kata pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubati"..sebelum berlaku perkara yang lebih tak elok, lebih baik kaum Hawa ambil langkah awal..


Di bawah  ini adalah cara-cara untuk mengelak diri dari di rogol (dari segi fizikal) :


  • Gunakan laluan yang selalu dilalui oleh orang lain atau laluan yang ramai orang..biar bersesak janji maruah tak tergadai..Elakkan diri dari  berjalan di tempat yang sunyi dan gelap.

  • Jangan berpakaian seksi atau menjolok mata. berpakaianlah mengikut syariat dan landasan yang betul.

  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.

  • Jangan layan teguran atau pelawaan minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

  • Jangan biasakan diri balik lewat malam.

  • Biasakan diri berjogging atau bersiar-siar di dalam kumpulan.

  • Ibu bapa jangan menyuruh anak anak kecil perempuan membeli barang di kedai pada waktu malam.

  • Jerit sekuat hati, jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

  • Lapor kepada polis dengan segera jika diganggu  -----> sumber


Cara- cara untuk mengelakkan diri dari dirogol (dari segi rohani iaitu berdoa):

DOA MENGELAKKAN DIRI DARI DIROGOL



Terjemahannya:  Ya Allah..sekiranya Engkau mnengetahui bahawa aku  beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim.


DOA MENGELAKKAN ANAK DAR DIROGOL



Terjemahannya: Ya Allah..sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya , maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan zalim.

Wednesday, March 2, 2011

Langkahan kakiku bermula di sini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada kamu kamu yang sentiasa sudi membaca blog saya ini..sob..sob..dah lama tak update blog..bukan setakat tak update tapi dah lama gila tak jenguk nak buang sawang bagai..alhamdulillah hari ini ada masa yang sangat sedikit untuk mengemas dan membuang semua sawang yang dah penuh kat blog ni..hahaha

2o11..langkahan kakiku bermula di Melaka sebagai penuntut IPG Melaka kemudian terhenti seketika di negeri sembilan sebagai guru j-QAF LPBS..lepas ni tak tau kat mana..kalau dapat bakal suami orang perak maka menetaplah aku di perak..ahakkss..Sekarang ni aku dah bekerja sebagai guru agama pendidikan khas..dan yang paling penting aku adalah guru yang paling muda kat sekolah ni..pewwwitt..lagi muda lagi senang dibuli..menyampah mak..

Mengajar Kanak kanak istimewa ni tak serupa dengan mengajar kanak kanak biasa..tapi aku rasa akulah guru yang paling disayangi..hahaha..sumpah tak tipu...buat masa ni memanglah paling disayangi sebab taring tak keluar lagi..nak mengajar pom masih shy shy cat..tunggu  2, 3 bulan  mengajar nanti tanduk pom tetibe tumbuh kat atas kepala..huahua..insyaAllah kalau ada masa yang sangat banyak, aku upload gambar gambar  shantek untuk tatapan korang sepanjang aku mengajar kat sekolah ni..lupa nak bagitau, sekarang ni aku mengajar kat SK Taman Paroi Jaya..tempat bulan madu emak and abah aku zaman muda mudi dulu..(dulu dulu family aku duk kat Paroi laaa)

Last but not least, doakan aku sentiasa menjadi guru yang penyabar dan disayangi murid..bila dah masuk zaman bekerja ni baru aku tau betapa susahnya nak cari duit untuk berdiri di kaki sendiri..dulu pom berdiri kat kaki sendiri tapi parent yang hulurkan bantuan ringankan beban.sekarang ni dah bergaji tak kan pula nak minta dengan parent lagi..malu aiii..banyak juga kesusahan waktu mula mula ni..nak pula kena tunggu 3 bulan lagi untuk dapat elaun..pastu ada la lagi peristiwa yang mengecikkan hati aku sebagai guru baru  tapi lupakan kesedihan dan kesusahan yang penting tingkatkan kegembiraan..semoga kesusahan ini akan berakhir dengan kesenangan.(time dah berkerja ni baru ku tahu indahnya dunia belajar)

p/s: sepanjang cuti sekolah kena melepak kat IPG Melaka..sedihnya hati tak dapat balik kampung..huaaaaa..rindu gila ni kat emak..

p/s/s: Heii..kita pom rindu kamu jugak..*blushing*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...