Wednesday, April 6, 2011

Legging ke Lenggeng

Assalamualaikum bloggarian ..harap-harap korang semua sihat disamping insan yang tersayang..jangan jadi macam aku ni..dah berbulan-bulan tak balik kampung..gian dah ni nak melepaskan rindu kat amma dan orang yang sentiasa menyayangi diri aku..*tunggu kepulangan saya ye semua*..


Hokeh..kali ni topik hangat yang selalu dibicarakan dalam blog-blog sang arjuna saja iaitu kisah perempuan yang suka memakai legging..LEGGING ye..bukan LENGGENG..LENGGENG tu nama tempat kat nogori sembilan ye korang..para arjuna sangat suka mengutuk para dara walaupom dorang tu tak la perfect sangat pom..tapi para dara perlulah mengambil kisah akan apa yang dikutuk oleh para arjuna sebab apa yang dikutuk oleh mereka adalah betul dan mempunyai sebab-sebab yang amat munasabah untuk dikutuk-kutuk malah dicaci..


Aku sebagai seorang dara pom sangat malu dan tak suka dengan dara-dara lain yang amat suka memakai lengging..banggakah dara-dara kalian memakai sesuatu yang dianggap seperti memakai tetapi sebenarnya seperti bertelanjang bulat..kan mak dah termencarut..mak tak sukalah carut-carut ni..*pitam*


Segmen cuci mata..jom heboh-heboh =D..














ini imej cekci..jangan tiru gaya  ini..AWAS!!


*ini bukan legging tapi ini kain halam..bile tak berjalan halal dah berjalan haram*








*gebunya montot ko..ini kalau laki tengok time bulan puasa mau ganti pose 60 hari berturut-turut*



Setelah tengok gambar-gambar kat atas ini, adakah korang masih mahu pakai lengging..mungkin si dara akan berkata, tak kanlah kerana lengging para arjuna boleh tergersang..eh..para dara, korang tahu ke apa yang berada dalam fikiran para arjuna..mereka ada 9 akal tetapi hanya mempunyai satu nafsu..dan satu nafsu mereka itu memang hanya kepada para dara..

Banggakah para dara menayang montot debab anda..dan bahagian depan pula alur vagina anda..banggakah anda sebagai wanita islam memakai lengging seperti itu..ingatlah anda bukan baby..kalo baby pakai lengging amatlah comel ye..sebab bermacam kaler dan pattern ada..tepuk tangan, ubah fikiran..jangan meniru budaya  songsang fesyen barat secara membuta tuli..dorang tak nak pakai baju, korang pom nak bolen sama..mak terover laa..


p/s: kalau ada yang terasa dengan entry ini amatlah bagus..kerana orang yang terasa itu adalah orang yang masih mempunyai iman..sedarlah ALlah masih menyayangi anda...sesamalah kita menjadi umat islam yang dipandang tinggi oleh orang bukan Islam..wallahua'lam..

Tuesday, April 5, 2011

Malaysiaku Indonesia

Assalamualaikum semua..diharapkan korang-korang yang membaca blog aku ini sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah sentiasa..*sangat manis ayat mukaddimah aku ini..sila tepuk tangan ye..*


Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan cuma malas nak mention kat blog kesayangan aku ini..nak pulak sejak jadi ustazah bertauliah yang sentiasa banyak memelihara lemak di petang hari..huhu..kalau korang perasan setiap TV, baik swasta atau kerajaan semuanya nak tayang cerita sinetron indonesia *menyampah mak*..pagi, petang, malam semua indon..sampaikan aku rasa yang aku ni tinggal kat indonesia..Astro di hatiku pula tak sudah-sudah dengan cerita hantu prono indon..


Oh..kamonlah Malaysia..ape,  malaysia  ni dah  kering idea ke nak buat cerita banyak-banyak..atau artis malaysia ni terlalu demand dengan watak atau sememangnya artis malaysia pemalas..*mak menci tau*..aku penatlah tengok sinetron indon yang macam kartun  tu..tak ada motif pom..tayang muka mak-mak yang muda, anak-anak yang umur sebaya dengan mak-mak, boypren yang comel, bila terkejut zoom  muka terkejut dan ternganga mulut sorang-sorang sampai lima minit terlopong je..*mak penat nak membebel panjang-panjang..bukannya orang TV nak dengar rintihan mak yang kegersangan nak tengok cerita melayu..layan hindustan lagi besh..mantoop*


p/s : Tahniah kat ukhti Dalilah yang baru dapat anak buah sulung..musti kamu sangat gembira sekarang ini sampai terlupa nak baca blog adinda =D

*muka mak cik gojes nak ucapkan selamat datang ke dunia kepada anak buah ukhti Dalilah_gojes tak?? T_T*


p/s/s : saya sangat rindukan Malaysia yang dahulu -,-

Friday, April 1, 2011

♥ ABAH KU SAYANG ♥

  Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita

  Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian? 



♥  Saat kita sakit atau demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau?   

  Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita.. Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.. Saat kita sudah dipercayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau. 

  Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya.  



 Saat kita berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Abah akan tersenyum dengan bangga.

  Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya, Saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..abah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis.. Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan abah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita ♥ 


p/s : sayangilah abah kita masing-masing sementara beliau masih ada..dan taburkanlah bakti kepada abah dan emak kita..tanpa mereka tak wujudlah kita =)



♥ I   Ɩ♥ѵӗ U ABAH ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...