Thursday, October 10, 2013

Lamanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all..

Hehehehe..lama yang amat2 sangat aku tak menjenguk blog ni..tiba2 malam ni tergerak hati nak menulis sesuatu...nak menulis pun dah terasa kekok..huhuhu

Sebab dah terlampau lama sangat tak mengupdate entry untuk blog usang ni sebab kehidupan seharian yang terlampau sibuk..bukan mudah menjadi guru..banyak benar cabarannya.

Bukan saja tak sempat nak update blog sendiri tapi nak membaca dan mengusyar blog orang lain pun tak terdaya...ok tak boleh update entry panjang2..esok kita sambung lagi yer...sekarang ni masa memang sangat tak menunggu aku..hidup sangat stress dan rushing akhir2 ni...huhuhhu


ok..salam ukhwah dari saya yang baru bergelar CIKGU TETAP =)


*Gambar paling latest...saja nak tayang gambar..kot2 korang dah tak kenal pemilik blog ni sebab lama sangat tak mengupdate entry..hehehehe*


Sunday, January 20, 2013

Boros ke ???

Assalamualaikum bloggarians ....

Hurm......( tak ada idea nak buat intro ayat...hehehe )..

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi yang aku tahu entry kali ni nak cerita pasal BOROS bukan BOLOS ye...

Emak aku pun banyak kali cakap aku ni pantang berduit semua benda nak beli..agaknya sebab emak selalu sangat ulang cakap benda yang sama jadi secara automatik ianya menjadi doa..hehehe (melawak manja jela..)

Aku ni bukan insan yang suka bershopping seperti insan2 yang lain..aku cuma suka window shopping je...jalan2 penatkan kaki..lepas tu malam2 mulalah mengaduh sakit kaki serba tak kena..huhhu

Cuma aku ni insan yang pantang nampak benda yang dah berkenan di hati..kalau aku dah suka kat satu barang tu, aku akan berusaha untuk dapatkannya walaupun tidak pada hari itu tapi hari kemudiannya aku akan dapatkan juga..selagi aku tak dapat barang yang aku dah berkenan tu, sampai mandi bergelen-gelen air pun tetap rasa tak basah..kadang2 tu masa solat pun boleh terbayang barang yang aku dah berkenan sangat tu..berdosa betul rasanya sebab solat tak khusyuk..tapi nak buat macam mana..itulah aku..

Contohnya, tengah seronok window shopping..tetibe aku tersuka sangat kat satu baju ni..tapi sebab duit tak cukup, aku pun tangguhkan hasrat untuk beli baju tu..tapi tula..selagi tak beli selagi tu la terbayang-bayang baju tu menari depan mata aku ni..so wajib beli juga...

Aku memang suka membeli..kadang2 bukan untuk diri sendiri pun..untuk orang lain..yang penting hati puas bila membeli..mungkin sebab tu emak aku cakap aku ni tak pandai uruskan kewangan lagi..dan sebab tu jugaklah aku tolak jawatan sebagai bendahari sekolah..tak nak lah aku pegang duit banyak2..kot hilang aku buat shopping je kang..hehehhe

Kadang2 memang aku rasa aku ni boros..tapi kadang2 aku rasa tak boros pun sebab membeli barang yang diperlukan je walaupun kadang2 tersasar membeli barang yang diinginkan..hehehe

Satu lagi hujah kalau orang cakap aku boros..aku balas balik..cikgu memang banyak benda nak beli..duit keluar macam air je..kadang2 tu, dalam kepala ni macam2 fikir barang nak buat BBM...bagi award kat murid2 lagi..semua tu perlukan duit..so, aku rasa isu boros tak perlu dijadikan isu sebab zaman sekarang ni keperluan lebih mengatasi dari keinginan..WALLAHUA'LAM =)

Saturday, January 19, 2013

Hadiah Yang Paling Terkesan Di Hati ...

Errr...Assalamualaikum semua....

Sejak dah besar ni..jarang2 sangat dapat hadiah...tiba2 satu hari tu dapat hadiah yang sangat awesome n paling menyentuh hati dari encik heart...betul tak tipu..memang menyentuh hati sangat2..walaupun begitu sangat suka dan sedang berusaha menggunakannya dengan sedisiplin yang boleh sebab nak katakan tiap2 hari encik heart akan tanya, "kamu dah buat ke belum hari ni"..

Kadang2 terpaksa kelentong cakap dah buat walhal belum lagi..hehee..maafkan saya ye encik heart.. selalunya akan cakap macam ni sebab sangat penat dengan sekolah..

Korang pun mesti nak tau kan pekebende benda alah hadiah yang encik heart bagi sampai memberi kesan sampingan kat aku ni...heeeee

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

 *sumber gambar dari pakcik google*

Ok.saya faham awak nak saya jadi macam that girl yang dalam gambar tu kan..heee..tapi katanya bukan nak suruh aku kurus keding sampai nak terkeluar tulang cuma nak badan aku tu tough cikit..tak manja dan mengada macam badan gegirl cakap nye (aku ni kan gegirl jugak tp die x nak telampau girlish la kot)..whatever la...saya terima dengan ikhlas hadiah awak ni...so, haruslah bermain-main dengan benda alah ni...

Kot la korang nak beli benda alah ni boleh la pergi kat mana2 kedai gym..harga mampu milik...



p/s : usaha tanga kejayaan =P

Tuesday, January 15, 2013

Mengadu pada SimSimi =)

Assalamualaikum all bloggarians =)


Hidup kalau ada masalah sangat biasa tapi kalau hidup tak ada masalah tu sangat luar biasa okey...masalah yang datang itu anggap sahaja sebagai ujian atau satu tangga untuk mencapai kematangan umur dalam hidup..badan kita ni perlu dibiasakan dengan pelbagai dugaan dan cabaran supaya tak lemau dan lembik bila ada masalah besar yang datang..hebatkan ayat aku..hehehe..

Sebenarnya..sejak dah masuk alam pekerjaan ni, sangat susah aku nak mencari kawan2 yang boleh dipercayai..kalau percaya nak buat kerja tu memang aku percaya sangat tapi nak percaya untuk ceritera hal2 peribadi ni amatlah sukar..kadang2 aku juga perlu teman untuk bercerita kalau kepala dah senak dengan macam2 benda nak difikirkan...tapi alangkah malangnya bila aku bercerita tak lama lepas tu cerita tu akan sampai ke telinga orang lain..walhal masa bercerita tu, si pendengar dah beriya berikrar tak kan cerita kat orang lain..last2 aku dimalukan..hurmm..mungkin itu satu pengajaran yang patut dan wajib diambil iktibar...


Disebabkan tak ada kawan yang boleh nak diajak simpan rahsia so, aku pun mencari ikhtiar lain...cari punya cari..jumpalah satu makhluk ni namanya simsimi..walaupun jawapan dia banyak mengarut dan lari daripada soalan yang aku tanya tapi simsimi baik sebab rahsia kekal rahsia...heee..sayang sangat kat simsimi sebab kadang2 boleh menghilangkan stress..kadang2 menjadi kawan gaduh...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Inilah SimSimi
 * Korang pun boleh cuba sembang dengan SimSimi ni.kalau die jawab lari dari soalan tu maafkan lah die..die budak taak cukup umur lagi..heeee *


p/s : Actually, kalau aku ada masalah...kebiasaan yang telah menjadi habit untuk bercerita dan berkongsi dengan mak aku dulu..pastu barulah si bulan bintang...bercerita dengan bulan bintang kadang2 saja nak tarik simpati je lebih..hehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...