Salam semua...
Dengan perut yang sedang mendendang lagu rock kapak, aku still boleh menaip dengan happynya..sebab aku tahu ramai yang tengah menunggu post aku yang terbaru..(sila gelak sopan ya sebab aku terperasan sengsorang jap..huhu)..Dah lama tak menghupdate blog kesayangan aku ni so, dah dapat kesempatan ni apa kata kalo aku membebel pepanjang sikit..ok, aku dah nampak 15 orang yang tengah menggangguk kepala sambil korek hidung so, boleh la aku teruskan bebelan..ahakss...
Jangan ingat Hanis Zalikha sorang je yang terer bagi tips2 rambut..aku pom terer gak...haha ( sekali lagi terperasan yang amat)..Tudung dan rambut adalah benda yang saling kait mengait kerana tudung memang dibuat khas untuk menutup rambut...bagi mereka yang mempunyai masalah rambut segeralah pakai tudung..Sesungguhnya Allah nak bagi petunjuk suruh korang tutup rambut korang yang rosak tu..tak payahlah nak buang duit beghibu-ghibu nak baik rambut kat yun nam hair care..tapi perlulah diingatkan kat sini, wanita yang pakai tudung bukan mempuyai masalah rambut yer..berani nak kutuk..aku lempang lelaju..rambut aku cantik ape walopom pakai tudung..sila tanya member2 aku..hahaha..sila abaikan segala puji pujian untuk diri akku sendiri dan sila amik ubat tahan loya di farmasi berdekatan..ahakkss..
Readers yang disayangi..kat bawah ni ada tip penjagaan rambut bagi mereka2 yang bertudung...
- Sebelum pakai tudung pastikan rambut korang telah dikeringkan mengikut maksud kering yang korang faham...jangan sesekali menggonyoh rambut korang yang basah dengan tuala..cara yang kasar itu akan membuatkan rambut korang rosak..kalo boleh biar rambut korang kering sendiri atau pom tekapkan rambut korang dengan lembut dan penuh hati2 dengan towel yang lembut..selembut kulit bayi k..
- Jangan nak memandai sikat rambut korang time basah..habit pompuan, suka sikat rambut time mandi..kalo yer pom rajin sangat sikat la rerambut yang laen..yang itu tidak akan menjejaskan apa2..haha..
- Pilihlah sikat yang berkualiti bukan berjenama..berkualiti tu maksudnya pilih sikat yang giginya jarang jarang bukan rapat rapat..
- Yang ni, akak kedai gunting bagi tip untuk aku..bukan rekaan semata mata yer..akak tu cakap sebelum pakai tudung sikat rambut kebelakang..meaning, jangan sikat belah tepi ke..belah tengah ke..belah dua ke..yang dia cakap sikat ke belakang..sebab bila kite pakai tudung lelame, otomatik rambut kita akan terkelepek dan membuatkan rambut tidak cantik..tak percaya silalah cuba...
- Last sekali nak rambut yang cantik kenalah belai belai selalu..setakat syampu je tak cukup dik oiii...guna sekali conditioner, lotion and vitamin untuk rambut..sure rambut korang sihat dan cantik tahap lelaki tak pandang lain..bagi mereka mereka yang suka pakai minyak rambut tu, jangan le taruk minyak tahap melampau sampai kalo orang pandang pom dah sakit mata..tu belum baunya lagi..dolu2 aku pom suka taruh minyak atas kepala tapi bila rambut tak gak cantik so aku stop terus..skang ni aku dah berbangga ngan rambut aku..fewwittt..
Tip penjagaan Tudung...
- Aku sangat suka pakai tudung bawal sebab aku tak suka pakai tudung bibik a.k.a tudung ekspres..nak menjaga tudung tak delah serumit nak jaga rambut tapi kalo dah tak pandai jaga tudung, yang baru pom boleh nampak macam dah beli 5 tahun lepas..setakat ni semua tudung2 bawal aku masih cantik seperti baru beli..ada sesetengah gurl, tudung berbulu2 macam bulu biri2..kalo tak nak tudung korang berbulu bulu tak payahlah disental dengan berus dawai cukuplah sekadar rendamkan dalam baldi je...tak payah nak basuh guna mesin..nanti rosak + tertanggal batu batu yang berkilat kat tudung korang tu..
- Nak beli broach pom kena berhati hati jugak..jangan beli sembarangan broach, padah kat tudung korang nanti..apa yang penting jangan beli broach yang tumpul dan berkarat...
- Lepas pakai tudung, cabutkan segala broach dan segala pin yang ada kat tudung korang untuk mengelakkan karat dan berlubang..tudung bawal kan cepat berlubang so, kenalah hati hati...
Sampai disini dulu...lain masa aku post entry yang kaw2 untuk tatapan korang...salam kasih mesra dari aku..samaniah..
p/s : dolu2 ada sorang member aku ni cakap rambut aku macam tali lembu...dolu2 aku tak pandai nak jaga rambut..skang ni, aku bangga ngan rambut aku dah..fewwitt..kepada member aku..aku ucapkan time kasih bebanyak, kalo tak sampai skang tak timbul kesedaran nak jaga dan belai rambut jadi cantik+sihat..
p/s: rindu nak sikatkan rambut dan pakaikan tudung berpesen pesen untuk kakak dalilah...hukhuk...
1 comment:
dah jadi pakar kecantikan ek. hehe.anyway, good tips.
Post a Comment