Wednesday, March 2, 2011

Langkahan kakiku bermula di sini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada kamu kamu yang sentiasa sudi membaca blog saya ini..sob..sob..dah lama tak update blog..bukan setakat tak update tapi dah lama gila tak jenguk nak buang sawang bagai..alhamdulillah hari ini ada masa yang sangat sedikit untuk mengemas dan membuang semua sawang yang dah penuh kat blog ni..hahaha

2o11..langkahan kakiku bermula di Melaka sebagai penuntut IPG Melaka kemudian terhenti seketika di negeri sembilan sebagai guru j-QAF LPBS..lepas ni tak tau kat mana..kalau dapat bakal suami orang perak maka menetaplah aku di perak..ahakkss..Sekarang ni aku dah bekerja sebagai guru agama pendidikan khas..dan yang paling penting aku adalah guru yang paling muda kat sekolah ni..pewwwitt..lagi muda lagi senang dibuli..menyampah mak..

Mengajar Kanak kanak istimewa ni tak serupa dengan mengajar kanak kanak biasa..tapi aku rasa akulah guru yang paling disayangi..hahaha..sumpah tak tipu...buat masa ni memanglah paling disayangi sebab taring tak keluar lagi..nak mengajar pom masih shy shy cat..tunggu  2, 3 bulan  mengajar nanti tanduk pom tetibe tumbuh kat atas kepala..huahua..insyaAllah kalau ada masa yang sangat banyak, aku upload gambar gambar  shantek untuk tatapan korang sepanjang aku mengajar kat sekolah ni..lupa nak bagitau, sekarang ni aku mengajar kat SK Taman Paroi Jaya..tempat bulan madu emak and abah aku zaman muda mudi dulu..(dulu dulu family aku duk kat Paroi laaa)

Last but not least, doakan aku sentiasa menjadi guru yang penyabar dan disayangi murid..bila dah masuk zaman bekerja ni baru aku tau betapa susahnya nak cari duit untuk berdiri di kaki sendiri..dulu pom berdiri kat kaki sendiri tapi parent yang hulurkan bantuan ringankan beban.sekarang ni dah bergaji tak kan pula nak minta dengan parent lagi..malu aiii..banyak juga kesusahan waktu mula mula ni..nak pula kena tunggu 3 bulan lagi untuk dapat elaun..pastu ada la lagi peristiwa yang mengecikkan hati aku sebagai guru baru  tapi lupakan kesedihan dan kesusahan yang penting tingkatkan kegembiraan..semoga kesusahan ini akan berakhir dengan kesenangan.(time dah berkerja ni baru ku tahu indahnya dunia belajar)

p/s: sepanjang cuti sekolah kena melepak kat IPG Melaka..sedihnya hati tak dapat balik kampung..huaaaaa..rindu gila ni kat emak..

p/s/s: Heii..kita pom rindu kamu jugak..*blushing*


2 comments:

Super Ummi said...

Macamana sekarang dah pelatih guru? Huhu.. Sangat mencabar mental dan emosi...

Qeen said...

wah, pengalaman baru sememangnyer begitu..... pape pun... good luck... all da best ustazah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...