♥ Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ♥
♥ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian? ♥
♥ Saat kita sakit atau demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau? ♥
♥ Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita.. Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.. Saat kita sudah dipercayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.♥
♥ Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya. ♥
♥ Saat kita berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Abah akan tersenyum dengan bangga.♥
♥ Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya, Saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..abah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis.. Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan abah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita ♥
p/s : sayangilah abah kita masing-masing sementara beliau masih ada..dan taburkanlah bakti kepada abah dan emak kita..tanpa mereka tak wujudlah kita =)
♥ I Ɩ♥ѵӗ U ABAH ♥
7 comments:
Aduh.. kangen banget sama abah... Huhu, bile cuti sekolah ni... nak balik!!!
saya sangat2 rindukan abah saya..
soo tacing la saman..sama2 kita doakan abah saman ditempatkan bersama golongan berimana dan beramal soleh..
wah...so touching... sy copy ke blog sy ea... sy sertakan nama blog akak skali... anyway, Al-Fatihah to abah akak.. smoga arwah ditempatkan bersama para solihin..
x leh copy plak..adoii..huhu.. anyway thankz for shring.. nice n sweet!
tanpa mereka siapalah kita di dunia..
to bintang suka cendol: sori dik..entry dalam blog ni mmg x blh di copy..sori sangat...
to adinda amy sensei: a,a..tanpa mereka kita x kenal dunia ni =D
Post a Comment