Assalamualaikum Bloggarian =)
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan waktu untuk menulis entry..walaupun aku tahu peminat2 blog aku ramai yang dah angkat kaki dari blog ini, tapi aku akan tetap menulis walaupun tidak seaktif macam dulu..
Al Kisahnya, tahun 2012 ini membawa seribu atau berjuta-juta kesibukan (memang dah sibuk tahap maksima yang melampau sangat..hehhe). Bermula hujung Januari hingga April aku akan menjalani praktikal sebagai guru pendidikan Islam Pendidikan Khas untuk kanak2 istimewa..wooww, sememangnya sangat istimewa sehingga menuntut kesibukan yang memerlukan kesabaran..Banyak bahan bantu mengajar (BBM) yang perlu aku reka dan fikirkan berdasarkan pada tahap pencapaian murid2 yang mana setiap murid dalam satu kelas tu mempunyai pelbagai masalah..Jadi, sebagai guru yang kononnya kreatif dan berdedikasi aku akan sentiasa menanamkan sifat sabar dalam diri bagi menjayakan sesi praktikal aku..Yang paling penting, praktikal ini bukan hanya untuk mencapai kelulusan maktab semata-mata tetapi dengan praktikal la kita akan maju di dalam bidang pendidikan kerana dah berjaya mendidik diri kita untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pelbagai sifat dan kriteria untuk memajukan P&P..(hehehe,ayat aku terlalu skema beb).
Kesibukan kedua yang agak sibuk jugaklah..aku juga mengajar KAFA untuk menampung hidup dan mencari pengalaman..lagipun aku sukakan cabaran dalam proses pengajaran..mengajar kanak2 istimewa dan normal memerlukan cara penyampaian yang berbeza..jadi, dari situlah cabaran yang perlu lakukan..aku perlu banyak mempelbagaikan cara P&P supaya kanak2 tidak bosan...hehehe..
Kesibukan yang ketiga ialah dengan tugasan2 di sekolah..tahun 2012 ini menuntut aku untuk memegang banyak jawatan..yang tak boleh blahnya, banyak betul jawatan aku dalam bidang sukan...salah satunya pengurus sukan Tenis...sekolah aku tiap2 tahun wakil tenis peringkat kebangsaan...agak2 la kalau aku yang latih budak tu, sampai tak peringkat sekolah..hehehehehe..insyaAllah, aku akan belajar tenis juga untuk memajukan diri dan anak murid aku..
Walau sesibuk mana pun, aku akan pastikan aku masih ada masa untuk call emak tersayang setiap minggu..dan aku akan pastikan hari minggu aku sangat relax tanpa gangguan sekolah dan tidur yang lena tanpa ganguan housemate..dan aku juga masih ada masa untuk mengilap kereta setiap minggu...hehhehee...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
* Terapi renang juga salah satu tempat aku boleh release tension..Kadang2 tension jugak sebab perlu menjaga kanak2 dari kelemasan...adoiiii..doiii *
*Mereka Yang Istimewa kerana berjaya menyabarkan diri untuk mendidik kanak2 Istimewa..Power la Kome sume*
No comments:
Post a Comment