Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang baik, aku masih boleh meneruskan menulis blog ini tanpa segan silu walaupun dah banyak bulan tak menulis...hihihihi...kekangan masa dan kecemburuan masa yang sangat sengit menyebabkan aku tak cukup masa untuk uruskan diri sendiri...=P
Ya..sekarang saya sudah konvo dengan jayanya..tapi malangnya masih belum posting ke sekolah..hampir 4 bulan bercucuk tanam tapi masih tak menunjukkan hasil yang positif. so, terpaksa la bercucuk tanam sehingga terhasilnya buah strawberry pula..yang tak faham tu buat2 faham je...
Ingatkan masa pembentangan bajet 2013 akan memberikan hasil positif pada graduan pendidikan yang mengganggur rupa2nya langsung tak bersentuh tentang hal kami...sedih =(
Tak pe lah...mungkin ada hikmah di sebaliknya..sementara tak ada kerja ni bolehlah bercuti sampai badan pun naik berkilo-kilo...hehehe
Tak ketinggalan juga, aku ucapkan tahniah pada member2 yang nak kahwin dan yang dah kahwin semasa musim penggangguran yang sangat berleluasa ni..banyak betul duit korang kan...hehehehe...
Dan tak lupa jugak pada member2 yang bakal menjadi ibu...hebat korang kan...selama setahun setengah memendam rasa kat maktab, habis je konvo semua dah jadi mak budak...tahniah ye....
p/s: Doakan yang terbaik untuk diri ini dan kawan2 yang masih mengganggur =)
2 comments:
Awk keluaran ipg or u? Kalau u standard x posting LG.. sabar ya..:)
IPG....tu la..duk sabor menunggu je =)
Post a Comment