Tuesday, December 28, 2010

Awak Sombong...

Dah seminggu tak jenguk blog aku ni..maafkan kakak ye adik blog..kakak bukan sengaja nak abaikan adik tapi kakak banyak kerjalah..haha..

Selama seminggu melepak di kampung bergumbira dengan emak tersayang dan juga sibling yang meruntun jiwa..ahakss..balik kali ni ramai juga la kat rumah usang mak aku tu..adik bongsu baru lepas SPM, adik tak berapa nak bongsu cuti semester (bulan 1 ni say good bye la kat rumah tu)..kakak aku cuti cikgu sekolah..abang aku cuti krismas..kesimpulannya yang ada kat rumah semuanya bujang trang tang tang yang dah akil baligh tapi tak reti reti nak kahwin lagi..hakhak..*mak dengar sure kena maki..lalala*, oh ya..credit to my boss coz luluskan cuti aku selama seminggu ('',) sayang bos lebih tau ..*statement tak betul*

Seminggu aku duk rumah, dengan jayanya menyibukkan diri di dapur dengan tujuan nak menghabiskan khazanah  khazanah masakan emak..lalala..*berat naik mendadak..cepat cepat puasa minggu depan*

Hari minggu aku keluar berjalan sambil mebawa beg sandang oren aku yang banyak menabur khidmat masyarakat pada aku..kalau dah berjalan  tu bukan nak reti senyum..tak kuasa aiii..nak senyum tak tentu hala..tapi tak tau lah kenapa hari tu mood aku terover aktif..tersenyum je sampaikan sorang pakcik ni cakap aku ni cantik la..cakap pom tersenyum je..*sumpah betul...sila muntah ye*..sebelum ni usah harap la ko nak tengok aku tersenyum girang happy...masyam macam betik basi je sebelum ni..haha..pakcik terima kasih la puji saya..tapi hari tu mood saya dalam keadaan hyper happy la pokcik..

psss..kawan kawan aku pom ckap aku ni muka sombong..bajet bagus..*adakukesah* eh, suka akulah..muka aku..lagi pom mana aku tau muka aku time aku tengah bercakap dengan ko..takkan nak tilik muka kat cermin sebelum cakap dengan ko..*itu kalau orang yang baru first time nak cuba cuba tegur aku, mesti dorang cakap aku ni syombong tapi bila dah kenal nakal macam puaka..lol*


*Kompius..muka marah atau sombong ni??*


p/s: sombong itu perlu sekadar perencah rasa..bongkak atau bongok sila hindarikan..lalala~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...