Wednesday, December 1, 2010

Saya Menyampah Bila......

Assalamualaikum semua pembaca..

Hari ni hari pertama bagi bulan disember..so, ini entry pertama aku bagi bulan ni..*teruja tau*..ngeh3..sempena berada di bulan hujung tahun ni, aku nak ajak korang mengenal aku dengan jarak dekat walaupom korang jauh beribu batu dari aku..*big grin smile*

1. Paling penting yang korang perlu tau ialah aku ni seorang yang P.E.M.B.E.R.S.I.H..sila concern ya..kebersihan adalah separuh daripada iman hokkey..aku sangat pantang kalau tempat yang aku duk tu kotornya macam tepi tepi lorong Haji Taib je..free je kena fire ngan aku kang..mulut aku ni kadang kadang tak berinsuran..nasib la..aku juga dilahirkan sebagai orang yang P.E.N.G.E.M.A.S..eh, pembersih ngan pengemas ada beza ke..lebih kurang la tapi yang penting aku tak boleh hidup dengan orang yang tak ada dua benda ni..kalau ada rambut yang berguguran pom aku akan kutip tau..see, sangat pembersih dan pengemas kan..ex-roomates aku sebelum2 ni memang dah faham ngan tabiat aku ni sampai dorang nak wat semak pom takut takut..haha ( gelak jahat)

2. Usik/pegang barang aku..aku sangat pantang kalau ada orang usik/pegang barang2 aku..bukan bermakna aku ni kedekut ke ape tapi kalau dah pegang tu sila letak balik kat tempat asal..ni dak, dah habis serabai aku punya barang..aku ni sangat cerewet dengan benda2 macam ni..bagi aku kemas dan tersusun tu boleh menggumbirakan hati..aku boleh tau kalau ada orang usik barang aku coz aku tengok kedudukannya dah berubah walaupom masih ditempat yang sama..so, sila hati hati dengan saya ya..

3. Buat bising time aku tengah fokus..fokus di sini bukan time baca buku je ya..mak aku cakap nak wat apa apa pom mesti fokus..tapi paling aku menyampah kalau orang bising time aku tengah syok melayan cerita..tak kisah la kat wayang or TV..kalau korang dah tengok aku terlampau fokus sila jangan membuat bising..kalau terasa nak buat bising juga sila lari jauh jauh sebelum angin aku betukar serta merta hokkey..

4. Marah aku kena batang hidung sendiri..aiyya..ada faham..aku pom kurang jelas..ekceli maksudnya sibuk nak marah aku tapi dalam masa yang dia pom wat benda tu..haha..tak ke pelik..so, please la jaga kain dalam sendiri sebelum nak menyibuk tahu aku pakai underwear warna apa..tetibe..hahaha

5. Orang buat aku menangis...huahua..tak salah nak menangis tapi aku sangat malu nak menangis depan orang..depan unta boleh kot..huhu..tapi kalo dah tak tahan hambur gak depan orang..masa tu dah tak ada malu dah..tapi please lah jangan bagi aku nangis ya..

--5 je cukup la..tak kan semua benda yang aku menyampah nak list kat sini lak kan..kang emo lak readers aku..haha..next entry aku tulis kontra bagi menyampah ya..ok, sayang emak, abah, family, kengkwan, readers..tetibe..haha:)

p/s: tengah berfikir esok nak pakai baju apa???

1 comment:

Anonymous said...

CIKGU NAMA CIKGU SAMANIAH KAN?
CIKGU PERNAH AJAR KAT SMA MAM KAN?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...