Wednesday, September 14, 2011

Dimana Kawan-Kawan Saya..

Assalamualaikum semua...

Haaaa...amik..satu malam boleh tulis dua entry..idea datang melimpah ruah ni..aku kalau dah menulis tak tahu nak berhenti dah...hehehe...

Ehem...sepanjang aku hidup di dunia ni, dah banyak sangat orang yang aku jumpa sehingga aku tak pasti sama ada mereka itu hanya sekadar kenalan, kawan atau sahabat...daripada zaman sekolah rendah, menengah, universiti sehinggalah ke zaman kerja banyak kawan-kawan yang mengelilingi hidup aku..hidup aku tak pernah sunyi atau putus daripada pelbagai kawan..banyak suka dan duka yang dikongsi bersama walaupun jangka persahabatan tidak lama..orang kata, perempuan ni kawan2nya susah nak kekal..sentiasa bertukar-tukar kawan bila berhijrah di tempat lain..

Aku tak kisah kalau orang nak lupakan aku sebagai kawan..aku tulis macam ni sebab ada sorang kawan aku ni sampai block aku dari 'pesbuk' die hanya kerana aku komen di status dia..agaknya komen aku tu busuk sangat kot..maaf la ye friend..sampai sekarang aku makan dalam dengan dia tau...

Ada pulak kawan aku ni, bila ada masalah baru sibuk mencari aku..aku ni kiranya dijadikan last choice dia la..bila kawan2 yang lain semua tak nak bersama dia barulah die mencari aku..aku ni pulak jenis tak suka nak hampakan orang atau tak biasa bila orang nak bercerita tapi aku buat endah tak endah je...so, layankan jela..walhal dalam hati makan dalam tau..huhuhu *sadis*

Kawan2 sekolah menengah pula jenis yang suka pilih bulu..pilih bulu tu maknanya pilih kawan la..tapi bukan semua..segelintir je..waktu zaman sekolah menengah aku tak tinggal kat asrama so, memang tak rapat sangat dengan kawan2 tapi kawan2 yang jenis memang suka merapatkan diri kat aku plus sekepala memang jadi geng la...hikhikhik..dulu2 sapa yang pandai  geng dengan budak pandai je..yang cantik nak kawan yang cantik juga..yang paling best sape yang pandai bodek dan cantik  selalunya jadi anak emas cikgu2 laki..*memang aku makan dalam je*..kawan2 lelaki sekolah menengah pon tak ada yang kamceng..dorang pilih yang cantik dan pandai je..*aku tak cantik+pandai ke..hahha*

Bila dah tua ni, masuk pulak zaman kerja...bila dah kerja memang fikiran tak boleh gila2 sangat sebab banyak cikgu2 senior beb..cakap pon lemah dan santun je tau..dunia kerja aku dikelilingi kawan2 penghujung 30 an...dengan adanya kawan2 yang berusia pemikiran pon semakin berusia..banyak fakta2 aku tau hokey..lebih2 lagi fakta bilik tidur...omaigod...nafas2....huahuahua =P


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...