Saturday, September 17, 2011

Lawatan ke Kubur

Assalamualaikum semua...


Pernahkah anda pergi ke kawasan perkuburan..kawasan yang sunyi dan seram..kawasan bagi semua orang yang telah mati dan juga kawasan yang paling mudah untuk mengingati  mati bagi yang masih hidup..ye, mengigati  mati adalah wajib..*mukaddimah saya agak sopan untuk entry kali ni *

Petang tadi setelah sekian lama tak menziarahi kubur, aku kembali semula ke sana..setiap kali balik ke kampung memang sentiasa berniat nak pergi kubur  menziarahi abah, fatah dan atok tapi ada je halangan yang menghalang perjalanan..sehinggalah petang tadi aku berjaya juga ke kawasan perkuburan...alhamdulillah..

Tiada apa yang berubah di sana tapi semakin banyak  kubur baru bertambah..sampaikan aku pom terkeliru nak cam kubur abah,,sebelum ni sebelah kubur abah kosong tapi sekarang ni dah x ada ruang kosong sebelah kubur abah..berderet kubur2 baru..selepas borak2 dengan abah aku pergi ke kubur fatah dan atok pulak..fatah dan atok berjiran..kubur sebelah menyebelah je..kubur dorang pom masih baru..x ada batu nisan lagi cuma ada kayu nisan berbalut kain putih menandakan kubur baru.

Dah 2 tahun lebih abah pergi meninggalkan kami..fatah dan atok masih baru lagi...setelah cukup 44 hari fatah meninggalkan dunia, atok pulak menyusul...aku redha dengan  pemergian mereka tapi kadang2 ada juga emosi mengganggu minda..huhuhu..aku selalu berdoa mereka semua tenang di sana dan ditempatkan di syurga yang indah..amin ya rabb..insyaAllah, aku akan menziarahi mereka lagi...

AL FATIHAH to THEM.....

p/s : selamat pengantin baru kak aisyah ahmad..maaf tak dapat datang sebab perkara yang menghalang...semoga berbahagia disamping suami..tahun depan bagi baby ye =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...