Tuesday, September 13, 2011

Sudah Nasib Diri....

Assalamualaikum semua....

Huhuhu...memang lama gila aku tak meng'update' blog aku ni..hari ni tetiba rajin nak mengemas dan menyapu segala sawang yang melekat kat blog aku ni..sebenarnya bukan aku langsung tak jenguk blog ni..selalu sangat aku menjenguk blog aku ni dan mengusyar blog orang lain cuma kekangan masa yang menyebabkan aku gagal untuk menulis walaupun sefakta ayat..hehehehe...soriii...

Sejak akhir2 ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku..semuanya datang mengejut..sampaikan aku rasa betul2 tak semangat nak menghadapi hidup..kawan2 sekeliling pon sering bertukar ganti..sampaikan dah tak tahu yang mana satu kawan dan lawan..

Dalam usia sekarang ni, aku dah menjadi seorang guru..aku sangkakan dunia perguruan ni senang kerjanya..rupa-rupanya bukan sesenang yang disangka..banyak yang perlu difikir dan dibuat..kadang2 kerja yang sepatutnya kerani yang buat tapi cikgu pula yang kena buat...*sangat stress hokkey*

Ditambah pula aku ditempatkan di satu sekolah yang sangat memaksa..memaksa guru dan murid2..kadang2 aku kesian dengan murid2 sebab selalu dikerah dan dipaksa, lebih2 kesian dengan diri sendiri yang kadang2 sengaja buat tak tau yang diri sendiri kena buli dengan senior..*double stress hokkey*...ikutkan hati aku nak tahun depan aku nak apply jadi guru besor pulak...hahaha..

* gambar tiada kena mengena dengan cerita =P *


Hidup sebagai guru memang kena faham dan selami dunia perguruan..walaupun stress dengan guru tapi nasib baik terhibur dengan murid2 yang seribu macam perangai....


p/s: aku lebih stress bekerja dengan guru2 berbanding dengan murid...hohoho..what the funny???


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...