Tuesday, March 22, 2011

Doa Mengelakkan Diri Daripada Dirogol

Assalamualaikum semua....

Sejak akhir-akhir ni ramai sangat gegirl yang kena rogol..tak kira la anak dara, emak dara, nenek dara, budak dara..semua kena asalkan perempuan..so, kita sebagai perempuan perlulah mengetahui cara-cara mengelakkan diri dari dirogol..bak kata pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubati"..sebelum berlaku perkara yang lebih tak elok, lebih baik kaum Hawa ambil langkah awal..


Di bawah  ini adalah cara-cara untuk mengelak diri dari di rogol (dari segi fizikal) :


  • Gunakan laluan yang selalu dilalui oleh orang lain atau laluan yang ramai orang..biar bersesak janji maruah tak tergadai..Elakkan diri dari  berjalan di tempat yang sunyi dan gelap.

  • Jangan berpakaian seksi atau menjolok mata. berpakaianlah mengikut syariat dan landasan yang betul.

  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.

  • Jangan layan teguran atau pelawaan minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

  • Jangan biasakan diri balik lewat malam.

  • Biasakan diri berjogging atau bersiar-siar di dalam kumpulan.

  • Ibu bapa jangan menyuruh anak anak kecil perempuan membeli barang di kedai pada waktu malam.

  • Jerit sekuat hati, jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

  • Lapor kepada polis dengan segera jika diganggu  -----> sumber


Cara- cara untuk mengelakkan diri dari dirogol (dari segi rohani iaitu berdoa):

DOA MENGELAKKAN DIRI DARI DIROGOL



Terjemahannya:  Ya Allah..sekiranya Engkau mnengetahui bahawa aku  beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim.


DOA MENGELAKKAN ANAK DAR DIROGOL



Terjemahannya: Ya Allah..sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya , maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan zalim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...