Wednesday, August 25, 2010

Niat Solat Sunat Hari raya Aidilfitri

sEmpena nak raya tak lama lagi..jom ramai2 pakat hafal niat solat sunat hari raya aidilifiri.

أُصَلّي سُنَّةً لِّعَيْدِ الْفِطْرِى رَكْعَتَيْنِ مَاءْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
( Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala)

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

CARA MENGERJAKANNYA:


  • Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri dengan cara berjemaah.

  • Takbir pada rakaat pertama sebanyak 7 kali dengan 6 kali bacaan tasbih, kemudian takbir pada rakaat kedua sebanyak 5 kali dengan 4 kali bacaan tasbih, dan  khutbah Hari Raya dilakukan selepas selesai solat sunat Hari Raya.

  • Bacaan pada setiap kali takbir adalah seperti di bawah:



سُبْحَانَ اللَّه وَالْحَمْدُلِلَّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّه وَاللَّهُ اَكْبَر
(Subhaanallaah wal hamdulillaahi wa laa ilaaha illallaah wallaahu akbar)

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.


                                  
Selamat hari raya semua..Maaf dipinta kepada semua.. =,=

Monday, August 23, 2010

Kelebihan sabun serbuk dari sabun buku..

Ooo yey..(sila baca dengan nada happy!!)..bertemu lagi..Oh..sebelum terlupa..Assalamualaikum and selamat dinihari semua..Ekceli, aku baru saja selesai menaip kertas soalan exam (tak siap pom lagi sebenarnya)..penat gila..banyak betul soalan..nasib baik aku tak disuruh create soalan kalo tak boleh koma students aku..ahaks..disebabkan aku terlampau bizi dua tiga hari ni so, baju kotor aku pom dah membukit dalam baldi..setiap kali nak mandi memang dah pasang azam nak menyental semua baju2 tu tapi mesti tak jadi..haha..

Pagi tadi, lepas balik dari mengajar kononnya nak membasuh tapi membuta dulu..penat beb..budak2 sekarang memang hebat2..nak dilempang anak orang..kang free aje aku kena saman..mahkamah mari lol..

Ok, tak boleh membebel tanpa matlamat..kang tak sampai jalan cerita aku..hihi..lepas je bangun tidur, aku terus mandi..kali ni memang betul2 nak membasuh..tak sanggup aku tengok baldi aku yang melimpah ruah dengan baju tu..sesuai dengan tajuk entry ni, kelebihan sabun serbuk dari sabun buku..so, dengan bangganya aku memang menggunakan sabun serbuk cap BIO ZIP..sabun BIO ZIP ada banyak bau tapi aku suka pakai yang bau bunga ros tu..kompem melekat 88 hari baunya ..sangat wangi..jadi, silalah bertukar kepad BIO ZIP sekarang juga..

kenapa aku suka pakai sabun serbuk..sebenarnya sabuk serbuk ni boleh guna time malas dan rajin..sebagai contoh time malas..cara pertama..kalo korang malas korang boleh taruh sabun serbuk dalam mesin cuci..sabun buku memang tak boleh guna..kalo rasa nak kena bebelan free dengan emak korang cubalah buat..haha..cara kedua..kalo korang still lagi di tahap kemalasan tahap longkang..korang boleh rendam baju korang dengan sabun serbuk..nak rendam berapa lama pom tak kisah..janji jangan sampai bau longkang sudah..dulu time study aku memang suka rendam2 baju ni..ikut tahap kemalasan aku, pernah lebih dari 3 hari aku rendam  tapi baju still berbau wangi coz BIO ZIP punya kuasa..tak percaya, korang try buat..

Ape lagi ye istimewanya sabun serbuk ni..jap2 bagi aku fikir..Hahh..lupa nak cakap untuk time rajin pulak..huhu..ok, kalo korang terlampau rajin nak menyental baju2 korang tu, aku syorkan guna sabun serbuk juga..sebabnya jimat..betul2 jimat..aku tak tipu coz yang ni pom aku dah buat kajian..menurut kajian aku, sabun buku ni tak tahan lama..baru pakai 3 hari saja dah haus..oh..sangat membazir kalo nak membeli lagi..dah la sebuku RM 1..kalo 3 buku RM 3..lebih baik beli yang serbuk..baru dalam sekitar RM 4..dah tu boleh gune dekat sebulan..secara otomatiknya sabun buku still kalah dengan sabun serbuk..

Tapikan sabun serbuk ni ada gak kekurangannya..walopom aku suka dengan sabun serbuk sebab puas hati bila tengok buih2 yang banyak (sabun buku tak banyak buih) tapi aku still tak leh terima kalo ada orang manipulasikan buih2 sabun serbuk tu...dulu time study, ada sorang member aku ni..tiap kali membasuh mesti tak nak siram semua buih yang bertaburan kat lantai bilik air tu..sampaikan satu tahap aku pernah tertonggeng gara2 buih sabun serbuk tu..licin siot..kat sini aku nak sound kat korang2 yang suka guna sabun serbuk tu..lepas habis membasuh pastikan lantai clear dari buih..kalo tak akan mengakibatkan aku atau user lain terjelepok gemalai..lagi satu, jangan amalkan tabiat camtu selalu nanti lantai tak cantik lol, berlumut + berdaki...jagalah nama baik sabun serbuk..ahaks..

 p/s: Tetibe rindu kat kawan aku yang salu buat onar buih dengan sabun serbuk..rindu nak membebel kat dia sebenarnya..


 sabun serbuk kegeraman aku..jom semua guna BIO ZIP =,=



sabun yang kurang mendapat perhatian aku..ngeh3

Saturday, August 21, 2010

Tips Berjimat Cermat

Assalamualaikum semua...Diharapkan korang semua kelihatan sihat dan bertenaga di bulan ramadhan ni, maksud sihat dan bertenaga di sini bukan bererti korang perlu minum air paip curi curi dalam bilik air atau makan sambil sorok kepala dalam peti ais..Eh,macam pernah buat je..kalo tak macam mana boleh describe panjang lebar lak ni.Hehe...Itu zaman kanak kanak riang dulu..sekarang ni dah insaf..huhu

Sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni duit aku sangat save sebab boleh dikatakan tiap tiap hari makan di masjid..setiap hari decide dengan member nak makan kat masjid mana..walhal masjid kat putrajaya ni ada dua sahaja ( masjid putra dan masjid besi ) tapi disebabkan kedua dua masjid mensajikan makanan yang terlalu enak dan memberahikan nafsu so, kami perlu berbincang terlebih dahulu..huhu..bunyinya agak teruk dan terdesak tapi itulah aku..bab makan sangat berkira tambahan pula dah jadi pendatang yang ada IC dan passport kat putrajaya ni..perlu ditekankan saya ada IC dan passport..secara automatiknya saya rakyat 1 malaysia.

Walopom duit aku sangat save kat makanan tapi dalam masa yang sama duit aku terbang melayang bak layang layang terputus tali..kebanyakkan duit aku terbang tanpa niat, semuanya terjadi tiba tiba tanpa sempat nak fikir banyak kali..ok, korang boleh baca situasi kat bawah ni yang menyebabkan duitku berterbangan dan aku yakin korang pom pernah terkena macam aku..

SITUASI PERTAMA

Selalunya bila penat bershopping aku akan singgah menyantap kat warung tepi jalan je..tak tergamak rasanya nak menghabiskan duit kat restoran mewah sebab aku ni sangat penjimat..hihi..

Sedang aku makan begitu berselera, mata aku terperasan ada sorang mamat hensem ni asyik sangat usyar aku..aku pom dengan malu2 balas balik pandangan dia sambil raba2 la kat tepi mulut, pipi kot la ada nasi terbang kat situ kan..tapi tak ada sebutir nasi pom..pastu nak lagi yakin aku pandang tudung pulak..kot la ade sisa kicap kat tudung tu..hurmm..tak ada jugak..siyes..memang mamat tu pandang aku sebab kat situ tak ada perempuan lain selain aku..Tetibe aku tengok mamat tu bangun menuju ke arah aku..fullamak, memang berdenyut nadi aku time tu..hensem gile la mamat tu..memang aku perempuan yang bertuah kalo jadi awek die..hehe..aku pom buat2 makan ala2 sopan ayu kononnya, elok je nak masuk ke suapan yang ke lapan mamat tu bagi salam then terus duduk..

Mamat : Assalamualaikum kak??
Kakak??Dalam hati membara je dengarnye..

Aku : Waalaikummussalam...
Mamat: Boleh saya duduk..Hurm..akak sorang je ke?dah ada anak?
Buta apa mamat ni, dah nampak aku sorang tu maknanya sorang laa..kot2 la kornea mata dia rosak sampai boleh nampak ada 3 orang kat sebelah aku kan..
 
Aku : Kahwin pom belum macam mana nak ada anak??
ayat2 nak mengorat..haha

Mamat : Ooo..yeke..macam ni kalo akak ada anak, saya nak sarankan akak beli buku ni untuk anak akak tapi disebabkan akak belum kahwin beli untuk anak sedara pom boleh la kak..
Ciss..terkedu sekejap..nasib baik tak terjatuh sudu aku...lepas tu langsung tak lalu nak makan..ingatkan nak mengorat aku..ku sangkakan romeo rupa rupanya mamat salesman..hurm..terbang duit aku..nasib2..macam mana lah aku boleh tak perasan yang dia jinjit buku masa nak pergi kat meja aku tu..itulah akibat perasan yang terlampau..padan muka aku..hukhuk..


SITUASI KEDUA

Hari tu aku memang niat nak bershopping tak berniat pom nak wat amal jariah..tengah aku sibuk2 pilih tudung saji..eh silap..tudung bawal aku ternampak ada sorang peminta sedekah buta  menyanyi sambil tangan duk hulur raga..suara dia boleh tahan la..so, aku pom bersedekah atas dasar belas ehsan...

aku pom meneruskan shopping yang tertunda..baru je jalan tak sampai dua meter aku jumpa lagi seorang peminta sedekah..alamak..macam mane ni,..tadi dah bagi takkan nak bagi lagi..tapi disebabkan tengok si peminta sedekah ni tak ada kaki aku pom bersedekah lagi...

tudung yang dicari still belum jumpa..aku pom berjalan lagi..tak lama lepas tu aku nampak ada lagi sorang peminta sedekah..waktu tu memang aku buat2 tak nampak je dengan peminta sedekah tu tapi kesian punya pasal aku bersedekah lagi..ok, fine..dah 3 kali aku bersedekah tapi tudung yang nak dibeli still belum jumpa lagi..cari punya cari aku nampak ada lagi peminta sedekah..ya Allah..ni tempat shopping ke tempat peminta sedekah..lepas tu laju je kaki aku tinggalkan tempat tu..memang peminta sedekah kat situ ramai gile..kesimpulannya, tudung yang dicari still tak jumpa dan mood nak shopping pom dah rosak..bukan tak nak bersedekah tapi kalo dah sepanjang jalan aku jumpa 1o orang peminta sedekah, perlukah kesemuanya aku hulurkan..oh...apakah??


SITUASI KETIGA

Aku ingat lagi, time tu aku nak shopping kat Giant, nak beli barang makan and mandi yang dah tinggal nyawa nyawa ikan je..sebelum ke Giant aku pergi cucuk duit dulu di Bank Islam..Elok saja keluar dari  bank, ada sorang budak ni minta derma nak bina sekolah untuk anak2 yatim..ok, fine..aku pom amik RM 1 kononnya nak saving tapi budak tu boleh kata macam ni "kak, minimum untuk derma RM 5"..wallawehh..apakah??..perlu ke kalo kita yang nak menderma tapi harga derma dah ditetapkan pulak..aduyai..dunia semata mata..dah tu boleh pulak nak bagi resit sebagai bukti..malas nak layan, aku bagi je duit..resit tu aku suh budak tu simpan sebagai tanda terkejut dari aku..

Sebenarnya banyak lagi situasi situasi yang nak diceritakan tapi aku rasa cukup lah tiga  je..

p/s: dunia sekarang, macam2 cara dibuat sebab nak cari duit punya pasal..

Last Post For 'Cikgu Ganti'

Assalamualaikum semua..

Entry kali ini saya tujukan khas untuk ex-boyfriend saya..eh silap2..ex-student saya la..hehehe..sebelum tu, cikgu minta maaf kat anak murid semua sebab lambat upload gambar gambar korang..jangan marah cikgu ye..tanpa cikgu siapalah anak murid kan..haha..

Entry kali ini bahasa perlu dititik beratkan sebab entry ini memang khas untuk anak murid saya so, kata ganti diri 'aku' terpaksa dibuang jauh jauh buat sementara waktu..ahakss..

Dengan gigihnya pepagi buta ni saya upload gambar gambar anak murid saya yang syomel2..kalo rasa berkenan boleh la helo helo saya..hihi..Ok,buat tatapan anak murid tersayang terimalah gambar gambar korang yang sangat teruja bergambar...dah macam tak pernah jumpa kamera je rupanya..jangan marah ye..anak murid tak boleh marah cikgu walopom cikgu dah tak mengajar kat sekolah korang lagi, kang tak berkat ilmu susah..hihi..


Ni bebudak tingkatan 3 Usman Ibn Affan..all girls..no men here ok..pada yang berminat sila tengok saja coz bebudak ni semua nya under age..huahua

 Dah macam kaki labah labah bila cikgu tengok tangan tangan korang ni.. (3 Usman Ibn Affan)
 
Peace no War.. ( 3 Usman Ibn Affan)

Saya cikgu Matematik_Tingakatan 1 Umar Abdul Aziz..All girls also..

See, kami dah macam kengkawan kan..gaya sengal dari saya..haha

Dorang ni saya tak ajar pom tapi disebabkan hari itu saya tak dapat bergambar dengan pelajar ting 1 Ali Abi Talib..kelas lelaki semua so, dorang ni dijadikan galang ganti la..hehe

Cantik menawan..student form 3 umar..sebelum bergambar ni, berkati bedak dorang taruk kat muka..oppss..cikgu terbagitau..sori2..

Peace lagi..ekceli dah tak tau nak wat gaya ape dah..=)

Kelas ceria.(1 Usman Ibn Affan).tengok aje background kat dinding tu..macam2 ada..ekceli ni la kelas paling kepoh..ponet den melayan dorang ni..sekali den melenting semua terkaku..haha..padan muka semua kena ketuk ketampi kat luar kelas..as i said before, cikgu sentiasa menang..weee =)

Tingkatan 1 usman Ibn Affan_The poyo class =)


Ekceli banyak lagi gambar yang ni di publish kat sini tapi cukup la buat tatapan anak murid yang cikgu rindu..nanti kalo cikgu rajin,cikgu upload kat facebook pula..akhir kata cikgu sayang korang walopom kadang2 perangai korang menikam sanubari..biasalah bebudak nak remaja memang fi'ilnya macam korang semua..haha..Apa apa pun korang memang the best  and poyo..huahua..ok,cikgu rindu dengan korang..InsyaAllah panjang umur kita bertemu kembali..=)

p/s: 
- lupa nak bagitau yang hari terakhir saya mengajar di SMAMAM hari khamis so, kat sekolah tu memang diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis..so, itulah lah hasil gambarnya..huhu

-kepada anak murid saya rajin2 belajar ye..jangan nak membuta aja dalam kelas..siapkan semua kerja sekolah..jangan suka tangguh kerja..ececeh..khidmat nasihat percuma dari cikgu samaniah..walopom tak dapat membebel depan korang kat blog pom ok ape..huahua..

- sebelum terlupa kredit to cikgu aini coz sudi jadi photographer saya..=)

                                                         
Cikgu Aliya & Cikgu Aini..Windu sama saya tak..tehee =)

Friday, August 13, 2010

Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar

Tajuk tak boleh blah..plagiat tajuk iklan..hoho..

Sempena puasa yang ketiga ni aku sekali lagi nak wish salam ramadhan kareem kat semua..Puasa kali ni memang la tersangat tak best..sepatutnya time awal2 puasa ni aku ada kat kampung, sambut puasa ngan emak tersayang tapi apa nak buat puasa tahun ni tak mengizinkan daku berada di sana..sumpah!!!sedih yang tersangat sangat...

Tahun ni, tahun yang kedua aku berpuasa tanpa abah disisi..sekali lagi, sumpah!!aku sangat sedih..cup cup..nak tenangkan hati jap..kang kalo ter'emo' dah tak leh nak membebel ngan gembira kat blog ni..hukhuk..

Ok..dah tenang sikit..entry kali ni aku nak tayang video 'segalanya mungkin dengan jalur lebar...kalo tak silap aku iklan ni salu on kat TV 1..

video

Iklan ni tentang jalur lebar..kalo korang tak tau jalur lebar tu ape mesti korang tau broadband kan..haa, jalur lebar ni lebih sikit je dari broadband.. tiap kali aku tengok iklan ni sure meleleh..sedih siot..sebab aku dah terlampau suka ngan iklan ni so dengan rajinnya aku mendownload kat youtube..lepas  ni, tiap2 hari boleh tengok..

First time tengok iklan ni aku dah tau yang iklan ni nak promote dorang punye produk tapi ape punye baghal aku boleh meleleh leleh lak..ekceli aku teringat kat abah aku..rindu sangat kat abah..yela, iklan ni kan ada selitkan tentang kasih sayang anak kat abah dia so, tu yang aku tangkap leleh jap..kalo la dengan jalur lebar ni aku boleh berhubung ngan abah aku..wahh..alangkah bagusnya..oppss..stop mengarut samaniah..ko dah tau sume ni tak kan terjadi..kalo ko nak abah ko bahagia dan tenang di sana ko kena banyak berdoa dan selalu sedekahkan ayat suci al quran..ok, hope korang enjoy ngan video  ni..


p/s: saya rindu emak dan abah..al fatihah untuk abah..

Daun Bawang..Daun Kucai..

Salam..puasa tak tadi..hehe..aku puasa ye..apa juadah berbuka puasa korang??sure sedap tahap meleleh kan..apa saja yang korang makan time berbuka tadi anggaplah nikmat berbuka puasa setelah penat,letih,dan dahaga berpuasa di siang hari..

Ni ape lak kisahnye pasal daun bawang dan daun kucai lak ni..dah macam bunyi cerita melayu klasik bawang putih bawang merah lak..haha..

Petang yang damai disertai dengan bunyi sudip berlaga kuali..aku dan kakak aku sibuk memasak untuk juadah berbuka puasa kitorang..menunya memang special coz kakak aku ni memang terror bab masak memasak ni..tapi jangan ingat aku tak pandai masak ye..tugas aku hanya mengupas bawang..siyes tak tipu, mencabar gile tugas yang kakak aku bagi ni sampai menangis nangis aku kupas bawang tu..sob..sob..tengah duk kupas semua bawang2 tu aku teringat la kat satu cerita lawak tahap nak terjun bangunan tingkat 2 yang pernah terjadi kat aku then aku story la kat kakak aku cerita tu..siyes memang lawak..sampai sekarang kalo aku teringat je mesti aku gelak sengsorang..jap jap nak gelak..hahaha

ceritanye macam ni..one day, mak sedara aku ajak aku tidur kat rumah dia..rumah dia kat pekan,rumah aku lak kat kampung..aku ni memang malas tahap siput kalo tiba bab tidur rumah orang coz tak biasa nak tinggalkan bantal bantal aku..kang bile malam sure susah nak lelap tapi disebabkan kat rumah mak cik aku ni ada streamyx,aku pom sempat pikir 8 kali je lepas tu terus setuju..haha..

Malam tu tengah aku melepak kat depan TV, mak cik aku suruh pergi kedai beli daun bawang and bahan2 nak wat sup sebab pagi esok dia nak masak sup ayam..aku pom dengan rela hati pergi la kedai naik basikal sambil berpeluh peluh mengayuh sebab kat belakang ada anak hyppo yang duk bertenggek..anak mak cik aku la..haha..

sampai je kat kedai, kami dengan penuh wawasan pergi cari daun bawang and barang2 yang dipesan mak cik aku..semua barang dah dapat kecuali daun bawang..yela, dah malam mane ada kedai yang nak jual sayur kan..lain la kalo beli kat pasar..cari punya cari,alhamdulillah..ada satu kedai ni jual daun bawang..lega rasanya hati..tak payah nak menapak kedai lain nak cari daun bawang lagi..hoorreyy..nak dijadikan cerita tengah aku duk cari cari mana satu daun bawang datang pak cik kedai ni tanya nak beli ape..aku dengan sombongnya cakap nak beli daun bawang..ok,fine..pak cik tu pom blah sebab die rase khidmat die tak diperlukan coz mungkin dari riak muka aku die tengok aku boleh serve diri aku sendiri kot..haha..masa nak bayar harga daun bawang tu tibe pak cik tu tanya camni..

Pak cik: Cukup ke sikit ni je??

Aku: Cukup kot..wat pe banyak2..

Pak cik: Adik nak masak ape ni??

Aku: Masak sup ayam la pak cik..

Pak cik: Ooo..

Aku: Harganya semua berpa pak cik??

Pak cik : Sekupang je (seposen je)..

Hah..terkejut aku.yela terlalu murah..tapi dah orang bagi murah jangan ditanya tanya..kang tak pasal die naikkan harga..

Pagi esoknye..jeng jeng..

Mak cik aku yang konon kononnya nak tunjuk skill masak sup ayam terbantut niat nak masak bile tengok daun bawang aku..lepas tu,ape lagi..menjerit la die panggil aku sambil beristighfar banyak banyak..kesian beliau..ahaks..

Nak tau kenapa die jerit..macam mana la die tak menjerit kalo die tengok daun bawang dah bertukar jadi daun kucai..aku pom terkejut gak cam ne la daun bawang tu boleh bertukar jadi daun kucai..kompius2..haha..pagi tu aku dengar die membebel jela, die kata nampak sangat tak pernah memasak..memang betul pom, i hate cooking..bila di fikirkan balik baru aku perasan apasal pak cik kedai tu tanya macam macam and kenapa harganya sekupang je..aku rasa mesti pak cik kedai tu gelak terguling guling aku beli daun kucai nak wat sup ayam..dah tu boleh amik 3 helai je..memang la sekupang harganya..agaknya pak cik tu tak nak berkira..yela 3  helai je kan tapi tak nak aku malu punye pasal bagi je la harga sekupang..haha..sengal terlajak..cerita ni tak habis kat sini je..balik je kampung tengahari tu,mak cik aku pi story lak kat mak aku..lepas tu mak aku story lak kat sibling aku..pas tu aku lak story kat dalam blog ni..Hah..korang fikir sendiri jela berapa banyak bebelan yang aku dah terima..haha

Ok..bagi yang tak kenal, ni la daun bawang..


Ni pula daun kucai..see, daunnya hampir sama kan..so, no wonder kalo tersilap beli..tapi yang vunguk nye boleh lak beli 3 helai je..memang sengal yang keterlaluan..

Moral of the story..kalo ada sape2 yang suruh aku pergi kedai beli daun bawang pasni..harap maaf..permintaan anda tidak akan dilayan malah akan ditolak dengan kejam..haha

Thursday, August 12, 2010

(Gambar) Buang Bayi Dah Macam Buang Sampah lak..

Korang percaya tak majoriti pelajar IPT ni sundal bolong..oppsss..terlajak sudah..

Asal aku cakap camtu..korang tengok la tiap2 hari dalam berita or paper mesti ada kes pembuangan bayi..kebanyakan yang wat benda terkutuk ni golongan IPT..dorang ni memang terror bab buang membuang ni..dalam semak, tong sampah,celah2 longkang sume ade..ada yang mati,ada yang hidup..aku tak tau la camne dorang ni tergamak leh buang baby yang shomel2 tu..weh..siyes baby sume shomel...sedangkan orang yang dah kawin yang still tak ada anak sibuk bertungkus lumus berusaha tiap tiap malam..tak kisah la berusaha yang tuuuttt or semayang hajat..yang penting berusaha..huahua..


Haa..ni contoh aksi ringan + terlarang (sila jangan tiru aksi ini)..just duduk peluk2 sambil say i lap u, u lap me..bermula dari yang ringan maka akan jadi lak yang lebih berat..pas dah buat yang ringan2 sure la cari hotel lak..tak payah hotel pom tak pe..dalam kereta pom boleh..janji lepas..oppss...lepas tu jadi lah kes2 pembuangan bayi merata rata..dah macam buang sampah lak bunyi nyer..huhu..


Ni gambar baby tersepit dalam baldi..agaknya baru lepas terberanak senyap senyap dalam jamban .


pandang kiri,pandang kanan..sini pom boleh jugak..dah macam landing atas tilam lak baby ni..


kononnya nak buang sampah..tengok kat dalam ada baby la plop..



jangan tengok kalo tak lalu..yang ni memang sedih tol..memang bahlul tol orang yang membuangnyer..maybe baby ni dah lama kene buang tapi baru jumpa.sadis2..


Ayoyo..memang banyak gile gambar pembuangan bayi..kalo korang nak tengok lagi..pergi je search kat pakcik google..kompem loya beb..

nak salahkan sape..mak bapak??family??cikgu??kerajaan??diri sendiri??aku??opss..sesungguhnya aku tak ada kene mengena dalam situasi ni..entry kali n memang saja dibuat untuk menginsafkan korang sume..dalam hal ni tak sepatutnya tuding menuding jari korang yang kontot tu..seafdalnya bantulah dorang and bimbing dorang..memang tak sepatutnya pembuangan bayi ni terjadi tapi bese la manusia..nobody perfect.. aku cakap camni bukan bermakna aku sokong dengan kes2 buang baby ni..memang aku geram betul ngan orang yang tak da hati perut  ni..sanggup dan tergamak sampai ke tahap membuang..macam la dah tak ada jalan penyelesaian lain..tu la,pandai buat tapi tak pandai cari jalan..akal tarak ker??



Kan bagus kalo baby tu sesihat baby ni..montel..gebu..shomel..waa..tiap2 ari boleh kiss puas..that's my Amani..(sila klik untuk lihat kesyomelan amani dengan lebih nyata dan jelas)


p/s: sangat teringin nak ada baby sendiri..huhu.apakah??

Wednesday, August 11, 2010

Jadual Berbuka Puasa 2010

Assalamualaikum readers..Bersempena dengan bulan ramadan yang mulia ini aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak..ape yang paling penting time puasa ni kena banyak sabar dan yang agak penting juga lauk-lauk juadah time nak buka puasa..pergh..terliur aku..

Kat sini ada jadual berbuka puasa 2010 bagi seluruh negeri ..yer aku tau korang sume mesti nak saving duet beli kalendar berbuka puasa tu and tak mo penat -penat tunggu siaran berbuka puasa kan..so just klik kat sini..

Hope,korang enjoy berpuasa..lastly, selamat berbuka puasa =,=

pss..den dah boli baju raya dah...korang??

Tuesday, August 10, 2010

Niat Puasa Ramadhan & Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum semua..salam ramadhan al mubarak..moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kita dari ramadhan yang sebelum-sebelum ni..amiin..bulan ramadhan ni mari kite sume wat hot night ngan bende2 yang boleh topupkan reward and iman masing2..

Tadi sebelum diisytiharkan puasa..semua anak sedara aku dengan sikap terujanya dah menunggu depan TV..walhal aku dah memang tau yang esok puasa..tapi beselah kanak-kanak riang,terujanye kemain lagi..tapi aku memang salute lah ngan dorang ni coz dah berlatih puasa penuh sejak kecil..tak tinggal puasa langsung..kalah aku yang tua ni..bila puasa je sure tak penuh..ahaks..

Masanya telah tibe...jeng2..elok je pak cik pencen yang every year wat statement puasa ngah isytiharkan esok puasa..waaa..bukan maen suka lagi dorang..siap lompat2 lagi..macam esok nak raya lak..alhamdulillah kesyil2 dah ade semangat camtu..bangga jap ngan dorang..hihi

Alhamdulillah..tadi dengan izin Allah,kuat juga semangat nak pergi sembahyang terawih..mula-mulanya malas gak nak pergi tapi bila di pikirkan yang dah pasang azam and niat nak wat amal lebih dari ramadhan yang sebelum ni so, diteruskan juga..alhamdulillah ramai betul jemaah kat surau tadi..harap-harapnya berkekalan sampai akhir ramadhan la hendaknya..bukan ape,selalunya bila dah hujung ramadhan makin susut lak jemaah..kompius gak aku..kene wat research ni..huhu..

ok..balik je dari terawih terus ajar anak sedara aku lafaz niat puasa sebulan and lafaz puasa untuk tiap2 hari coz my sis dah pesan sebelum pergi terawih suh ajar anak-anak dia niat puasa..dengan semangat dan rasa bangganya kami pom sama-sama wat niat puasa..dorang siap tadah tangan lagi then baca dengan penuh semangatnya sampaikan aku pom terikut teruja..huhu...so cute...

Haaa..kat sini aku bagi niat puasa sebulan ,harian and doa buka puasakat korang yang dah lupa tu..puasa kan setahun sekali so sentiasa terlupa..huhu

LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN
"sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan ramadhan kerana Allah Ta'ala"


LAFAZ NIAT PUASA HARIAN "sahaja aku puasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"


DOA BERBUKA PUASA

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Wednesday, August 4, 2010

Kembali berjuang

salam semua..mmmuahh kat pipi kanan and kiri korang 15x..hari ini aku cukup tidur so bolehlah nak mmmuah-mmmuah kat korang..setelah dibilang, ditambah, didarab dengan jari aku yang kontot ala-ala gebu ni maka cukuplah 6 hari aku kembali mengganggur..perkataan yang sangat sinonim dengan mahasiswa zaman sekarang..hukhuk..

Hari khamis yang lepas bertarikhkan 28.7.10 maka tamatlah riwayat aku sebagai guru ganti kat SMAMAM..hukhuk..sedih gak nak tinggalkan students aku yang ala-ala students mithali ni..hihi..walopom sedih tapi tak da maknanya aku nak nangis tahap meroyan sambil hentak-hentak kaki..aku kan cool orangnya..so sentiasa tersenyum..siap amik gambar pelbagal rasa lagi tu..next entry aku letak gambar tangkap leleh aku dengan students aku yang agak sengal + sporting..erk..dorang jadi camtu sebab cikgunya pom ala-ala sengal and sporting terlajak..haha..

Sekarang ni dalam proses kembali berjuang mencari kerja..susah betul nak cari kerja skang ni..Ekceli,aku malu sebenarnya nak memeriahkan ladang anggur ni..yela, duduk kat umah,kerjanya makan, tidur, tengok tv...tak produktif langsung..sampaikan semua citer kat dalam tv tu aku belasah tengok..tak da kerja punya pasal bil elektrik bulan ni sure naik..and awal-awal lagi mak aku dah pesan kalo bil bulan ni naik luar biasa dari bil-bil bulan lepas maka secara otomatiknya aku yang kena bayar..hukhuk..tapi,aku kompem yang emak aku gak kena bayar..al maklumlah,anak dara dia yang sorang ni mana ada duet..tapi kompem setakat 50/50 jela..mane tau bulan depan ceti tagih hutang..hehe..emak aku la tu..

Minggu depan dah nak puasa..ni tarikhnye,11.8.2010,rabu, 1 ramadhan..so, bulan ramadan yang indah lagi berkat ni aku nak puasa penuh..erk..boleh ke penuh???hehe..yang penting aku nak khatamkan quran bulan puasa ni..insyaAllah..dan nak tambahkan amal..
Tetibe lak nak wat statement saya sayang abah..saya sayang emak..saya sayang my family..saya sayang kawan2 saya..saya sayang semua readers..tapi korang sayang aku ke?? tu tak penting, yang penting Allah sayang saya..buktinya, saya masih hidup di bumi bertuah ini untuk menambahkan amal yang semakin kurang dan diberi peluang untuk bertaubat atas dosa2 yang dilakukan..terima kasih Allah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...