Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Tips Untuk Pergi Interview

Assalamualaikum semua...dah mamam belum..kalau yang belum tu pergi mamam cepat..haiiip..

Sebenarnyakan dalam kepala hotak ni duk memikirkan macam macam benda yang perlu dibawa dan dibuat time interview nanti...benda yang wajib ialah:

  • bawa diri sendiri...yang ni paling penting..kalo tak siapa yang nak ditemuduga nanti kan..hakhak..
  • bawa semua sijil sijil termasuklah semua sijil salinan yag telah dicop sahkan oleh mudim mukim kampung..
  • surat surat yang bekaitan..surat cerai tak perlu kot..haha
  • gambar sinaran pasport kegemilangan...*mencilah nak tangkap gambar bagai ni..i kan artis low profile..huahua


Hokeh..tu yang wajib..yang tak wajib pula:

  • berpakaian kemas dan shantek serta tak menjolokkan mata para penemuduga..
  • kasut bertutup..nak pakai selipar pom boleh tapi kompem lepas tu sampai surat kat rumah.."TAKZIAH..anda tidak luluh dalam temuduga"...
  • Mesti kena bawa beg..bukan beg sekolah tapi handbag hokeh..diulangi handbag atau bahasa jerman beg tangan..waaa, ni masalah paling berat..sepanjang aku hidup tak pernah aku ada handbag..jangan kata nak pakai..nak beli pom dah geli..tak reti lah nak berhandbag bagai ni..tapi kali ini aku perlu jadi hipokrit..mungkin aku perlu lupakan beg sandang oren aku wat sementara waktu ni..
  • fail..kalau boleh warna hitam..hitam itu kan menawan..harap harap hincik penemuduga akan menerima saya dengan ikhlas bukan kerana fail saya hokeh..haha

Yang Harus...perlulah bersedia dengan lebih awal..buat research sikit sikit tentang apa yang bakal ditanya nanti..yang paling penting hubungan dengan Allah perlu jaga..cuma Allah yang menentukan segalanya..oh, terlupa lak, senyum pom perlu juga ya..sesape yang rasa dia tak pandai nak senyum tu paksalah diri  senyum jugak..huhu..


*sila jangan duduk camni time interview..kurang sopan tau..*


p/s: Tatutnya nak interview..doakan saya semua..

Saturday, December 11, 2010

Bloglarian ::No. Rumah 114 ::

Assalamualaikum all readers..

Korang semua sihat tak..aku terlebih sihat..alhamdulillah..

Hari minggu yang indah ni aku keluar lagi..tiap tiap minggu mesti kena jejalan..lepaskan tension setelah penat lelah bekerja..penat ke? huhu

Entry yang lepas aku ada cakap nak beli eyeliner, eyeshadow and blusher kat elianto kan tapi malangnya aku hanya beli eyeliner je..*tanpa eyeliner tak ceria la hidup aku* yang lain tu aku terpaksa abaikan je la..ada benda yang lebih mustahak aku nak beli tau..




Korang..aku punya blog dah tersenarai hitam dalam blogharian..bestnye..ramai bloggers dah jenguk dan tinggalkan mesej dorang kat shoutbox aku..tak apa la, baru permulaan..lama lama nanti dorang mesti tinggalkan komen kat setiap entry aku lak *tingginya harapan*..hehe..aku dari rumah no 114..kalo rajin silalah baca semua entry aku yer..huhu~

Ok..terima kasih blogharian sudi terima saya jadi anak angkat kamu...=p


p/s: saya dah ada eyeliner baru...suka..suka..sukanyer...

Friday, December 10, 2010

Bloglarian :: Untung Si Blogwalkers ::

Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat..bagi si teruna selamat sembahyang jumaat dan bagi si dara selamat bershopping * tak percaya cuba korang tengok kat shopping complex sekarang ni mesti gegurl menimbun kat sana*..


Sejak Akhir akhir ni blog aku ni ada la jugak perkembangan dari dulu..yeke??..semenjak dua menjak ni aku dah rajin blogwalking..terjah blog orang pastu menjerit kat shoutbox dorang..agaknya tu pasal dorang terjah blog aku balik..dulu dulu usah harap la aku nak blogwalking ni..wat perangai lagak huduh je..haha..tujuan aku blogwalking bukan semata nak ada feedback dari dorang tapi nak cari ilmu..yela, aku kan manusia bertubuh pendek yang tak banyak ilmu tentang blog..so, bila wat blogwalking banyak la yang aku dapat..dapat tambah kawan kawan alam maya, dapat idea nak wat banner yang shantek2, dapat tau tuan blog  tu cantik/hensem ke dak, dapat macam2 ilmu..sharing is caring not boring hokeh..



* Bloglarian..boleh tingkatkan traffic korang juga*
 * Aizul Marcello..Zack Zuhairi dan blogger tegar yang lain pom ramai join bloglarian =p*


Yang best kat Bloglarian ini:

- Blogwalking dengan lebih mudah dan pantas
- Boleh Buka 5 blog dalam hanya dalam satu window..tak faham, sila buat buat faham hokeh..
- Loading time untuk blog lebih cepat.
- Trafik berganda..Bila ada orang buka senarai korang je, korang dah dapat trafik..korang nak tak??


||Kalau rasa nak join bloglarian  ni sila klik Saya dengan ini nak sertai Bloglarian||


Saya nak tag bebudak ni:



p/s/s: Tak salah berkongsi..jangan kongsi suami sudahh =,=


Sunday, November 28, 2010

Gile Ber"SHAWL"

Shawl..Shawl...Shawl...i love shawl..sekarang ni tengah gile ber"Shawl"..tak tau kenapa?? mungkin trend zaman sekarang ni yang giler bershawl menyebabkan aku pom terikut ikut gak..ok, ni the latest shawl yang aku sedang gila pakai ..sangat suka pakai shawl ni sebab tak sampai 5 minit aku dah siap melilit..

Shawl Smarties..shawl ni ranggi bile dipakai disebabkan oleh smartiesnya yang bermacam macam warna..*aku dah try,korang bila lagi??*

Ini Inner Cotton..inner ni aku pakai sekali ngan shawl smarties atau pom shawl2 yang lain..aku lebih suka pakai inner cotton ni sebabnye tak melekat kat kepala..inner ni boleh wat muncung tajam tapi tak sampai mencederakan orang ye..bagi yang berani boleh try pakai color inner dan shawl yang berlainan..macam aku pakai shawl color kelabu, inner lak color pink..kalo ade orang kate aku buta color, ada aku kisah..ni kan trend aku..haha..ok,selamat membeli dan mencuba pakai~

The latest shawl...ini Shawl Karachi namanya..sesiapa yang prefer buy online bolehla pergi ke almari dila..Yang bestnye kat almari dila ni ade semua jenis shawl..aku selalu ziarah blog almari dila ni coz dari sane aku boleh tau the latest shawl .."almari dila saya tolong promote ni, nanti bagi diskaun ya..haha"..kalo yang tak suka beli online, yang suka pegang2, belek2 terlebih dahulu boleh la pergi sendiri kat butik az zahra..
SEKIAN dan SELAMAT BERFESYEN =,=

p/s: simpan duet nak shopping shawl bulan depan..tunggu....

Wednesday, October 13, 2010

Jom Jaga Rambut dan Tudung Korang..

Salam semua...

Dengan perut yang sedang mendendang lagu rock kapak, aku still boleh menaip dengan happynya..sebab aku tahu ramai yang tengah menunggu post aku yang terbaru..(sila gelak sopan ya sebab aku terperasan sengsorang jap..huhu)..Dah lama tak menghupdate blog kesayangan aku ni so, dah dapat kesempatan ni apa kata kalo aku membebel pepanjang sikit..ok, aku dah nampak 15 orang yang tengah menggangguk kepala sambil korek hidung so, boleh la aku teruskan bebelan..ahakss...

Jangan ingat Hanis Zalikha sorang je yang terer bagi tips2 rambut..aku pom terer gak...haha ( sekali lagi terperasan yang amat)..Tudung dan rambut adalah benda yang saling kait mengait kerana tudung memang dibuat khas untuk menutup rambut...bagi mereka yang mempunyai masalah rambut segeralah pakai tudung..Sesungguhnya Allah nak bagi  petunjuk suruh korang tutup rambut korang yang rosak tu..tak payahlah nak buang duit beghibu-ghibu nak baik rambut kat yun nam hair care..tapi perlulah diingatkan kat sini, wanita yang pakai tudung bukan mempuyai masalah rambut yer..berani nak kutuk..aku lempang lelaju..rambut aku cantik ape walopom pakai tudung..sila tanya member2 aku..hahaha..sila abaikan segala puji pujian untuk diri akku sendiri dan sila amik ubat tahan loya di farmasi berdekatan..ahakkss..

Readers yang disayangi..kat bawah ni ada tip penjagaan rambut bagi mereka2 yang bertudung...
  • Sebelum pakai tudung pastikan rambut korang telah dikeringkan mengikut maksud kering yang korang faham...jangan sesekali menggonyoh rambut korang yang basah dengan tuala..cara yang kasar itu akan membuatkan rambut korang rosak..kalo boleh biar rambut korang kering sendiri atau pom tekapkan rambut korang dengan lembut dan penuh hati2 dengan towel yang lembut..selembut kulit bayi k..
  • Jangan nak memandai sikat rambut korang time basah..habit pompuan, suka sikat rambut time mandi..kalo yer pom rajin sangat sikat la rerambut yang laen..yang itu tidak akan menjejaskan apa2..haha..
  • Pilihlah sikat yang berkualiti bukan berjenama..berkualiti tu maksudnya pilih sikat yang giginya jarang jarang bukan rapat rapat..
  • Yang ni, akak kedai gunting bagi tip untuk aku..bukan rekaan semata mata yer..akak tu cakap sebelum pakai tudung sikat rambut kebelakang..meaning, jangan sikat belah tepi ke..belah tengah ke..belah dua ke..yang dia cakap sikat ke belakang..sebab bila kite pakai tudung lelame, otomatik rambut kita akan terkelepek dan membuatkan rambut tidak cantik..tak percaya silalah cuba...
  • Last sekali nak rambut yang cantik kenalah belai belai selalu..setakat syampu je tak cukup dik oiii...guna sekali conditioner, lotion and vitamin untuk rambut..sure rambut korang sihat dan cantik tahap lelaki tak pandang lain..bagi mereka mereka yang suka pakai minyak rambut tu, jangan le taruk minyak tahap melampau sampai kalo orang pandang pom dah sakit mata..tu belum baunya lagi..dolu2 aku pom suka taruh minyak atas kepala tapi bila rambut tak gak cantik so aku stop terus..skang ni aku dah berbangga ngan rambut aku..fewwittt..
Tip penjagaan Tudung...
  • Aku sangat suka pakai tudung bawal sebab aku tak suka pakai tudung bibik a.k.a tudung ekspres..nak menjaga tudung tak delah serumit nak jaga rambut tapi kalo dah tak pandai jaga tudung, yang baru pom boleh nampak macam dah beli 5 tahun lepas..setakat ni semua tudung2 bawal aku masih cantik seperti baru beli..ada sesetengah gurl, tudung berbulu2 macam bulu biri2..kalo tak nak tudung korang berbulu bulu  tak payahlah disental dengan berus dawai cukuplah sekadar rendamkan dalam baldi je...tak payah nak basuh guna mesin..nanti rosak + tertanggal batu batu yang berkilat kat tudung korang tu..
  • Nak beli broach pom kena berhati hati jugak..jangan beli sembarangan broach, padah kat tudung korang nanti..apa yang penting jangan beli broach yang tumpul dan berkarat...
  • Lepas pakai tudung, cabutkan segala broach dan segala pin yang ada kat tudung korang untuk mengelakkan karat dan berlubang..tudung bawal kan cepat berlubang so, kenalah hati hati...
Sampai disini dulu...lain masa aku post entry yang kaw2 untuk tatapan korang...salam kasih mesra dari aku..samaniah..

p/s : dolu2 ada sorang member aku ni cakap rambut aku macam tali lembu...dolu2 aku tak pandai nak jaga rambut..skang ni, aku bangga ngan rambut aku dah..fewwitt..kepada member aku..aku ucapkan time kasih bebanyak, kalo tak sampai skang tak timbul kesedaran nak jaga dan belai rambut jadi cantik+sihat..

p/s: rindu nak sikatkan rambut dan pakaikan tudung berpesen pesen untuk kakak dalilah...hukhuk...

Saturday, August 21, 2010

Tips Berjimat Cermat

Assalamualaikum semua...Diharapkan korang semua kelihatan sihat dan bertenaga di bulan ramadhan ni, maksud sihat dan bertenaga di sini bukan bererti korang perlu minum air paip curi curi dalam bilik air atau makan sambil sorok kepala dalam peti ais..Eh,macam pernah buat je..kalo tak macam mana boleh describe panjang lebar lak ni.Hehe...Itu zaman kanak kanak riang dulu..sekarang ni dah insaf..huhu

Sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni duit aku sangat save sebab boleh dikatakan tiap tiap hari makan di masjid..setiap hari decide dengan member nak makan kat masjid mana..walhal masjid kat putrajaya ni ada dua sahaja ( masjid putra dan masjid besi ) tapi disebabkan kedua dua masjid mensajikan makanan yang terlalu enak dan memberahikan nafsu so, kami perlu berbincang terlebih dahulu..huhu..bunyinya agak teruk dan terdesak tapi itulah aku..bab makan sangat berkira tambahan pula dah jadi pendatang yang ada IC dan passport kat putrajaya ni..perlu ditekankan saya ada IC dan passport..secara automatiknya saya rakyat 1 malaysia.

Walopom duit aku sangat save kat makanan tapi dalam masa yang sama duit aku terbang melayang bak layang layang terputus tali..kebanyakkan duit aku terbang tanpa niat, semuanya terjadi tiba tiba tanpa sempat nak fikir banyak kali..ok, korang boleh baca situasi kat bawah ni yang menyebabkan duitku berterbangan dan aku yakin korang pom pernah terkena macam aku..

SITUASI PERTAMA

Selalunya bila penat bershopping aku akan singgah menyantap kat warung tepi jalan je..tak tergamak rasanya nak menghabiskan duit kat restoran mewah sebab aku ni sangat penjimat..hihi..

Sedang aku makan begitu berselera, mata aku terperasan ada sorang mamat hensem ni asyik sangat usyar aku..aku pom dengan malu2 balas balik pandangan dia sambil raba2 la kat tepi mulut, pipi kot la ada nasi terbang kat situ kan..tapi tak ada sebutir nasi pom..pastu nak lagi yakin aku pandang tudung pulak..kot la ade sisa kicap kat tudung tu..hurmm..tak ada jugak..siyes..memang mamat tu pandang aku sebab kat situ tak ada perempuan lain selain aku..Tetibe aku tengok mamat tu bangun menuju ke arah aku..fullamak, memang berdenyut nadi aku time tu..hensem gile la mamat tu..memang aku perempuan yang bertuah kalo jadi awek die..hehe..aku pom buat2 makan ala2 sopan ayu kononnya, elok je nak masuk ke suapan yang ke lapan mamat tu bagi salam then terus duduk..

Mamat : Assalamualaikum kak??
Kakak??Dalam hati membara je dengarnye..

Aku : Waalaikummussalam...
Mamat: Boleh saya duduk..Hurm..akak sorang je ke?dah ada anak?
Buta apa mamat ni, dah nampak aku sorang tu maknanya sorang laa..kot2 la kornea mata dia rosak sampai boleh nampak ada 3 orang kat sebelah aku kan..
 
Aku : Kahwin pom belum macam mana nak ada anak??
ayat2 nak mengorat..haha

Mamat : Ooo..yeke..macam ni kalo akak ada anak, saya nak sarankan akak beli buku ni untuk anak akak tapi disebabkan akak belum kahwin beli untuk anak sedara pom boleh la kak..
Ciss..terkedu sekejap..nasib baik tak terjatuh sudu aku...lepas tu langsung tak lalu nak makan..ingatkan nak mengorat aku..ku sangkakan romeo rupa rupanya mamat salesman..hurm..terbang duit aku..nasib2..macam mana lah aku boleh tak perasan yang dia jinjit buku masa nak pergi kat meja aku tu..itulah akibat perasan yang terlampau..padan muka aku..hukhuk..


SITUASI KEDUA

Hari tu aku memang niat nak bershopping tak berniat pom nak wat amal jariah..tengah aku sibuk2 pilih tudung saji..eh silap..tudung bawal aku ternampak ada sorang peminta sedekah buta  menyanyi sambil tangan duk hulur raga..suara dia boleh tahan la..so, aku pom bersedekah atas dasar belas ehsan...

aku pom meneruskan shopping yang tertunda..baru je jalan tak sampai dua meter aku jumpa lagi seorang peminta sedekah..alamak..macam mane ni,..tadi dah bagi takkan nak bagi lagi..tapi disebabkan tengok si peminta sedekah ni tak ada kaki aku pom bersedekah lagi...

tudung yang dicari still belum jumpa..aku pom berjalan lagi..tak lama lepas tu aku nampak ada lagi sorang peminta sedekah..waktu tu memang aku buat2 tak nampak je dengan peminta sedekah tu tapi kesian punya pasal aku bersedekah lagi..ok, fine..dah 3 kali aku bersedekah tapi tudung yang nak dibeli still belum jumpa lagi..cari punya cari aku nampak ada lagi peminta sedekah..ya Allah..ni tempat shopping ke tempat peminta sedekah..lepas tu laju je kaki aku tinggalkan tempat tu..memang peminta sedekah kat situ ramai gile..kesimpulannya, tudung yang dicari still tak jumpa dan mood nak shopping pom dah rosak..bukan tak nak bersedekah tapi kalo dah sepanjang jalan aku jumpa 1o orang peminta sedekah, perlukah kesemuanya aku hulurkan..oh...apakah??


SITUASI KETIGA

Aku ingat lagi, time tu aku nak shopping kat Giant, nak beli barang makan and mandi yang dah tinggal nyawa nyawa ikan je..sebelum ke Giant aku pergi cucuk duit dulu di Bank Islam..Elok saja keluar dari  bank, ada sorang budak ni minta derma nak bina sekolah untuk anak2 yatim..ok, fine..aku pom amik RM 1 kononnya nak saving tapi budak tu boleh kata macam ni "kak, minimum untuk derma RM 5"..wallawehh..apakah??..perlu ke kalo kita yang nak menderma tapi harga derma dah ditetapkan pulak..aduyai..dunia semata mata..dah tu boleh pulak nak bagi resit sebagai bukti..malas nak layan, aku bagi je duit..resit tu aku suh budak tu simpan sebagai tanda terkejut dari aku..

Sebenarnya banyak lagi situasi situasi yang nak diceritakan tapi aku rasa cukup lah tiga  je..

p/s: dunia sekarang, macam2 cara dibuat sebab nak cari duit punya pasal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...