Sunday, November 27, 2011

Bertuahnya Disayangi Dan Menyayangi...

Assalamaualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hujung tahun ni bukan orang yang nak kawen je seronok tapi budak2 sekolah pon bukan main happy dan beronok-ronok sebab tak perlu datang sekolah..cuti sekolah kan..sangat seronok andai dapat menjadi budak2 semula tanpa perlu bekerja..ahaksss

*Hanya mereka yang memahami akan menjadikan mereka istimewa di hati *

Cuti sekolah yang terlalu panjang ni menyebabkan aku jadi rindu kat anak2 murid aku...dah lama tak marah dorang, cubit dorang...hahha..cikgu yang sangat keji ye..sebenarnya sangat seronok jadi cikgu sebab sentiasa disayangi..bila datang sekolah, anak murid menjerit panggil aku, salam tangan pastu aku ambil kesempatan suruh bawakan beg...sapa suruh rajin sangat tegur aku..hehe..kalau tak suruh pon, dorang yang minta nak bawa beg aku..hehhe..

 *Riang*

Dah lama tak main dam ular, congkak, susun bongkah, tengok citer tom & jerry dengan anak murid..hehehe..pastu dah lama tak kena kiss...gian ohhh...salu kalau dorang nak balik, dorang akan salam then aku akan suh dorang kiss aku, kalau tak boleh balik ..*kat pipi ye dan hanya utk kanak2 bawah umor je..yang dah besor tu idok le aku suh cium* R.I.N.D.U


p/s : tenet terlalu lembap, tak boleh nak upload gambor banyak =(



Saturday, November 26, 2011

Cerita Kahwin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

KAbare Bloggarian...harap2 korang sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah...

Penghujung tahun ni ramai benor yang melangsungkan perkahwinan..semoga perkahwinan korang diberkati oleh Allah dan berbahgialah hendaknye...

Disebabkan ramai sangat yang kawen, aku pon turut terkena tempias..tempias soalan2 cepu emas dari wartawan2 tak bertauliah yang sentiasa sibuk menjaga kain dalam aku..hahaha..

Untuk mereka yang selalu tanya kenapa aku tak kawen lagi, baca jawapan aku ni ye..

Kawen awal itu bunyinye macam seronok dan bahagia tapi mungkin tidak pada aku..tapi tak bermakna aku tak nak kawen cuma bukan pada umur sekarang..biarlah aku bahagia dan menjiwai watak aku sebagai anak dara sepuas-puasnya dan sebebasnya tanpa sebarang ikatan perkahwinan..bagi aku kalau nak berkahwin, kita kena perlu betul2 sedia untuk bertanggungjawab menjadi seorang isteri, ibu dan menantu...kalau dah kawen ni, kena fikirkan keluarga sebelah suami juga...bukan hanya sekadar berkawen dengan suami tapi perlu kawen dengan keluarganya sekali..

Biarlah aku berkhidmat sepenuhnya untuk ibu yang tersayang sebelum berkhidmat dengan suami..aku pon baru kerja so, biarlah aku melabur pada ibu aku dulu...tak salah kan...

Terlalu banyak impian yang belum dipenuhi lagi...

Tiada salah nak kawen awal  cuma aku je yang belum lagi nak ke arah itu...kepada semua pengantin baru, aku harap korang bijak menjiwai watak sebagai suami atau isteri..kawen awal bukan tiket untuk dapat anak yang dah besar sebelum korang berumur 40 ye...jadilah ibu bapa yang boleh menjadi kawan untuk anak2 =D

Akhir kata, selamat pengantin baru dan selamat berbulan madu...

*gambar tak ada kena mengena dengan jalan cerita =P*


Sunday, October 30, 2011

Mahu Kurus

Assalamualaikum pembaca semua...

Sejak akhir2 ni aku memang mempunyai semangat yang tinggi nak kurus...aku ni xda la gemuk sangat tp BMI dah lari so kite kena kejar laju2 semula...tak larat rasanya nak bawa badan dan seringkali malu nak tengok badan kat cermin...hahaha, ayat agak poyo...kalau nak diikutkan aku ni bukan la pelahap pun tapi badan naik sebab banyak tidur..mungkin stress dengan kerja sekolah jadi bila ada peluang mesti aku akan tidur...tidur pulak macam tak nak bangun terus...dahsyat sungguh...

visi dan misi aku nak dapatkan balik berat aku dulu...

chaiyyok  >,<

Thursday, October 6, 2011

Permulaan Cerita ......

*Biarlah Gambar berbicara*

 psssss...gambar ni untuk tatapan cik dalilah yang rindu nak tengok muka saya..hikhik..syomel tak saya cik dalilah =,=







........SEKIAN.......



p/s:  Tiada perkara yang lebih best melainkan membahgiakan diri sendiri =D

Thanks =D

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah yang telah membuka pintu hati saya untuk membuat luahan perasaan kat dalam blog ni..tak sangka pulak ikatan yang satu masa dulu pernah jauh kini bertaut kembali..ikatan yang dahulunya rapat menjadi renggang hanya kerana sebaris ayat..betullah orang2 tua pernah kata, kata2 lebih tajam dari hirisan pedang..*tapi aku tak berkata-kata cuma menulis sebaris ayat je.hehe =P*

|| sahabat riang bersuka ria menjadikan diri kita bahagia ||


Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati dia untuk memaafkan saya *walaupun bukan salah saya sorang je*. semoga ikatan persahabatan kita sentiasa berkekalan..insyaAllah..  

|| SpongeBoB n Patrick yang sentiasa bersama ||




p/s: bahagia tak kan datang jika kita tidak mencari..

Saturday, September 17, 2011

Lawatan ke Kubur

Assalamualaikum semua...


Pernahkah anda pergi ke kawasan perkuburan..kawasan yang sunyi dan seram..kawasan bagi semua orang yang telah mati dan juga kawasan yang paling mudah untuk mengingati  mati bagi yang masih hidup..ye, mengigati  mati adalah wajib..*mukaddimah saya agak sopan untuk entry kali ni *

Petang tadi setelah sekian lama tak menziarahi kubur, aku kembali semula ke sana..setiap kali balik ke kampung memang sentiasa berniat nak pergi kubur  menziarahi abah, fatah dan atok tapi ada je halangan yang menghalang perjalanan..sehinggalah petang tadi aku berjaya juga ke kawasan perkuburan...alhamdulillah..

Tiada apa yang berubah di sana tapi semakin banyak  kubur baru bertambah..sampaikan aku pom terkeliru nak cam kubur abah,,sebelum ni sebelah kubur abah kosong tapi sekarang ni dah x ada ruang kosong sebelah kubur abah..berderet kubur2 baru..selepas borak2 dengan abah aku pergi ke kubur fatah dan atok pulak..fatah dan atok berjiran..kubur sebelah menyebelah je..kubur dorang pom masih baru..x ada batu nisan lagi cuma ada kayu nisan berbalut kain putih menandakan kubur baru.

Dah 2 tahun lebih abah pergi meninggalkan kami..fatah dan atok masih baru lagi...setelah cukup 44 hari fatah meninggalkan dunia, atok pulak menyusul...aku redha dengan  pemergian mereka tapi kadang2 ada juga emosi mengganggu minda..huhuhu..aku selalu berdoa mereka semua tenang di sana dan ditempatkan di syurga yang indah..amin ya rabb..insyaAllah, aku akan menziarahi mereka lagi...

AL FATIHAH to THEM.....

p/s : selamat pengantin baru kak aisyah ahmad..maaf tak dapat datang sebab perkara yang menghalang...semoga berbahagia disamping suami..tahun depan bagi baby ye =D

Wednesday, September 14, 2011

‎9 GOLONGAN ORANG YANG BERSOLAT



Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.

Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi mereka sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang dan tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.

Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Dimana Kawan-Kawan Saya..

Assalamualaikum semua...

Haaaa...amik..satu malam boleh tulis dua entry..idea datang melimpah ruah ni..aku kalau dah menulis tak tahu nak berhenti dah...hehehe...

Ehem...sepanjang aku hidup di dunia ni, dah banyak sangat orang yang aku jumpa sehingga aku tak pasti sama ada mereka itu hanya sekadar kenalan, kawan atau sahabat...daripada zaman sekolah rendah, menengah, universiti sehinggalah ke zaman kerja banyak kawan-kawan yang mengelilingi hidup aku..hidup aku tak pernah sunyi atau putus daripada pelbagai kawan..banyak suka dan duka yang dikongsi bersama walaupun jangka persahabatan tidak lama..orang kata, perempuan ni kawan2nya susah nak kekal..sentiasa bertukar-tukar kawan bila berhijrah di tempat lain..

Aku tak kisah kalau orang nak lupakan aku sebagai kawan..aku tulis macam ni sebab ada sorang kawan aku ni sampai block aku dari 'pesbuk' die hanya kerana aku komen di status dia..agaknya komen aku tu busuk sangat kot..maaf la ye friend..sampai sekarang aku makan dalam dengan dia tau...

Ada pulak kawan aku ni, bila ada masalah baru sibuk mencari aku..aku ni kiranya dijadikan last choice dia la..bila kawan2 yang lain semua tak nak bersama dia barulah die mencari aku..aku ni pulak jenis tak suka nak hampakan orang atau tak biasa bila orang nak bercerita tapi aku buat endah tak endah je...so, layankan jela..walhal dalam hati makan dalam tau..huhuhu *sadis*

Kawan2 sekolah menengah pula jenis yang suka pilih bulu..pilih bulu tu maknanya pilih kawan la..tapi bukan semua..segelintir je..waktu zaman sekolah menengah aku tak tinggal kat asrama so, memang tak rapat sangat dengan kawan2 tapi kawan2 yang jenis memang suka merapatkan diri kat aku plus sekepala memang jadi geng la...hikhikhik..dulu2 sapa yang pandai  geng dengan budak pandai je..yang cantik nak kawan yang cantik juga..yang paling best sape yang pandai bodek dan cantik  selalunya jadi anak emas cikgu2 laki..*memang aku makan dalam je*..kawan2 lelaki sekolah menengah pon tak ada yang kamceng..dorang pilih yang cantik dan pandai je..*aku tak cantik+pandai ke..hahha*

Bila dah tua ni, masuk pulak zaman kerja...bila dah kerja memang fikiran tak boleh gila2 sangat sebab banyak cikgu2 senior beb..cakap pon lemah dan santun je tau..dunia kerja aku dikelilingi kawan2 penghujung 30 an...dengan adanya kawan2 yang berusia pemikiran pon semakin berusia..banyak fakta2 aku tau hokey..lebih2 lagi fakta bilik tidur...omaigod...nafas2....huahuahua =P


Tuesday, September 13, 2011

Sudah Nasib Diri....

Assalamualaikum semua....

Huhuhu...memang lama gila aku tak meng'update' blog aku ni..hari ni tetiba rajin nak mengemas dan menyapu segala sawang yang melekat kat blog aku ni..sebenarnya bukan aku langsung tak jenguk blog ni..selalu sangat aku menjenguk blog aku ni dan mengusyar blog orang lain cuma kekangan masa yang menyebabkan aku gagal untuk menulis walaupun sefakta ayat..hehehehe...soriii...

Sejak akhir2 ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku..semuanya datang mengejut..sampaikan aku rasa betul2 tak semangat nak menghadapi hidup..kawan2 sekeliling pon sering bertukar ganti..sampaikan dah tak tahu yang mana satu kawan dan lawan..

Dalam usia sekarang ni, aku dah menjadi seorang guru..aku sangkakan dunia perguruan ni senang kerjanya..rupa-rupanya bukan sesenang yang disangka..banyak yang perlu difikir dan dibuat..kadang2 kerja yang sepatutnya kerani yang buat tapi cikgu pula yang kena buat...*sangat stress hokkey*

Ditambah pula aku ditempatkan di satu sekolah yang sangat memaksa..memaksa guru dan murid2..kadang2 aku kesian dengan murid2 sebab selalu dikerah dan dipaksa, lebih2 kesian dengan diri sendiri yang kadang2 sengaja buat tak tau yang diri sendiri kena buli dengan senior..*double stress hokkey*...ikutkan hati aku nak tahun depan aku nak apply jadi guru besor pulak...hahaha..

* gambar tiada kena mengena dengan cerita =P *


Hidup sebagai guru memang kena faham dan selami dunia perguruan..walaupun stress dengan guru tapi nasib baik terhibur dengan murid2 yang seribu macam perangai....


p/s: aku lebih stress bekerja dengan guru2 berbanding dengan murid...hohoho..what the funny???


Sunday, May 8, 2011

Kau Yang Teristimewa

salam semua..

Hari ini mood saya sangat mandom..ini semua salah facebook *terus salahkan facebook..haha* kerana facebooklah saya gatal tangan tengok gambar2 kengkawan masa zaman belajar dulu..actually saya sangat rindu dengan kawan masa belajar..happening gile..that's why la tangan saya ni gatal menggodek-godek FB dorang..sekarang ni dah hati lak jadi MANDOM..arrr..menciklah macam ni =(

Esok hari isnin..bila isnin menjelma je mulalah hati pom berdondang syahdu..macam-macam perasaan bercampur aduk..hurm...untuk menaikkan semangat pergi ke sekolah esok, saya tengok gambar anak2 murid saya..comel je dorang..jom usyar =)


Ini anak murid saya..dorang ni kanak2 istimewa =D



semangat bergambar sampai tersepit2 haa..


Gambar2 tu masa saya suruh dorang hafal surah al falak....nak dengar dorang baca tak..cepat cakap nak..cepat..cepat..

sebab mereka terlalu istimewa so sangat perlu menyabarkan diri walopom hanya menghafal surah al falak tp bagi mereka seperti menghafal surah al baqarah..tapi ada aku kisah, janji objektif aku tercapai..cian anak murid aku kena dera hafal sampai boleh..akhirnya, alhamdulillah..=D

---------------------------------------------------------------

Hohoho.,..dah try upload video dorang tapi tak boleh coz kena tukar format fail dulu..xpe, nanti saya wat entry letakkan video dorang pulak ye =D

Hokeh, entry kali ni pendek je..saja update supaya blog ni tak bersawang sampai lembu masuk pom tak perasan..hiihii..k, choww..

p/s: Happy mother day to my mummy _Pn.Aisyah =D


Wednesday, April 6, 2011

Legging ke Lenggeng

Assalamualaikum bloggarian ..harap-harap korang semua sihat disamping insan yang tersayang..jangan jadi macam aku ni..dah berbulan-bulan tak balik kampung..gian dah ni nak melepaskan rindu kat amma dan orang yang sentiasa menyayangi diri aku..*tunggu kepulangan saya ye semua*..


Hokeh..kali ni topik hangat yang selalu dibicarakan dalam blog-blog sang arjuna saja iaitu kisah perempuan yang suka memakai legging..LEGGING ye..bukan LENGGENG..LENGGENG tu nama tempat kat nogori sembilan ye korang..para arjuna sangat suka mengutuk para dara walaupom dorang tu tak la perfect sangat pom..tapi para dara perlulah mengambil kisah akan apa yang dikutuk oleh para arjuna sebab apa yang dikutuk oleh mereka adalah betul dan mempunyai sebab-sebab yang amat munasabah untuk dikutuk-kutuk malah dicaci..


Aku sebagai seorang dara pom sangat malu dan tak suka dengan dara-dara lain yang amat suka memakai lengging..banggakah dara-dara kalian memakai sesuatu yang dianggap seperti memakai tetapi sebenarnya seperti bertelanjang bulat..kan mak dah termencarut..mak tak sukalah carut-carut ni..*pitam*


Segmen cuci mata..jom heboh-heboh =D..














ini imej cekci..jangan tiru gaya  ini..AWAS!!


*ini bukan legging tapi ini kain halam..bile tak berjalan halal dah berjalan haram*








*gebunya montot ko..ini kalau laki tengok time bulan puasa mau ganti pose 60 hari berturut-turut*



Setelah tengok gambar-gambar kat atas ini, adakah korang masih mahu pakai lengging..mungkin si dara akan berkata, tak kanlah kerana lengging para arjuna boleh tergersang..eh..para dara, korang tahu ke apa yang berada dalam fikiran para arjuna..mereka ada 9 akal tetapi hanya mempunyai satu nafsu..dan satu nafsu mereka itu memang hanya kepada para dara..

Banggakah para dara menayang montot debab anda..dan bahagian depan pula alur vagina anda..banggakah anda sebagai wanita islam memakai lengging seperti itu..ingatlah anda bukan baby..kalo baby pakai lengging amatlah comel ye..sebab bermacam kaler dan pattern ada..tepuk tangan, ubah fikiran..jangan meniru budaya  songsang fesyen barat secara membuta tuli..dorang tak nak pakai baju, korang pom nak bolen sama..mak terover laa..


p/s: kalau ada yang terasa dengan entry ini amatlah bagus..kerana orang yang terasa itu adalah orang yang masih mempunyai iman..sedarlah ALlah masih menyayangi anda...sesamalah kita menjadi umat islam yang dipandang tinggi oleh orang bukan Islam..wallahua'lam..

Tuesday, April 5, 2011

Malaysiaku Indonesia

Assalamualaikum semua..diharapkan korang-korang yang membaca blog aku ini sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah sentiasa..*sangat manis ayat mukaddimah aku ini..sila tepuk tangan ye..*


Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan cuma malas nak mention kat blog kesayangan aku ini..nak pulak sejak jadi ustazah bertauliah yang sentiasa banyak memelihara lemak di petang hari..huhu..kalau korang perasan setiap TV, baik swasta atau kerajaan semuanya nak tayang cerita sinetron indonesia *menyampah mak*..pagi, petang, malam semua indon..sampaikan aku rasa yang aku ni tinggal kat indonesia..Astro di hatiku pula tak sudah-sudah dengan cerita hantu prono indon..


Oh..kamonlah Malaysia..ape,  malaysia  ni dah  kering idea ke nak buat cerita banyak-banyak..atau artis malaysia ni terlalu demand dengan watak atau sememangnya artis malaysia pemalas..*mak menci tau*..aku penatlah tengok sinetron indon yang macam kartun  tu..tak ada motif pom..tayang muka mak-mak yang muda, anak-anak yang umur sebaya dengan mak-mak, boypren yang comel, bila terkejut zoom  muka terkejut dan ternganga mulut sorang-sorang sampai lima minit terlopong je..*mak penat nak membebel panjang-panjang..bukannya orang TV nak dengar rintihan mak yang kegersangan nak tengok cerita melayu..layan hindustan lagi besh..mantoop*


p/s : Tahniah kat ukhti Dalilah yang baru dapat anak buah sulung..musti kamu sangat gembira sekarang ini sampai terlupa nak baca blog adinda =D

*muka mak cik gojes nak ucapkan selamat datang ke dunia kepada anak buah ukhti Dalilah_gojes tak?? T_T*


p/s/s : saya sangat rindukan Malaysia yang dahulu -,-

Friday, April 1, 2011

♥ ABAH KU SAYANG ♥

  Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita

  Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian? 



♥  Saat kita sakit atau demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau?   

  Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita.. Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.. Saat kita sudah dipercayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau. 

  Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya.  



 Saat kita berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Abah akan tersenyum dengan bangga.

  Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya, Saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..abah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis.. Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan abah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita ♥ 


p/s : sayangilah abah kita masing-masing sementara beliau masih ada..dan taburkanlah bakti kepada abah dan emak kita..tanpa mereka tak wujudlah kita =)



♥ I   Ɩ♥ѵӗ U ABAH ♥

Saturday, March 26, 2011

Istimewanya Saya Kerana Kanak-Kanak Istimewa



Semakin hari, semakin dapat ku rasa yang aku begitu istimewa..
Bukan kerana aku cantik atau comel (sila percaya ye..hahaha)
Tapi istimewanya aku kerana mengajar kanak-kanak yang sungguh istimewa..




p/s : ada orang cakap perempuan yang tak bermekap hanya perempuan yang nak mati je..kecik ati aku

Ustazah Oh Ustazah

Ustazah Oh Ustazah...
Betapa beratnya title "USTAZAH" yang dipegang...
Tersilap sikit, cerita heboh berbulan-bulan tak pon bertahun...
Ustazah juga manusia..setiap manusia dijadikan tidak sempurna...
Tetapi berusaha untuk menjadi sempurna...

Ustazah Oh Ustazah...
Adakah dengan title tersebut, selamanya ustazah tidak boleh membuat silap...
Ustazah juga manusia seperti guru-guru yang lain..

Ustazah Oh ustazah...
selalu dijadikan bahan rujukan jika ada kemusykilan agama..
Jika tidak dapat jawab dengan betul dikatakan BODOH
Adakah guru-guru boleh menjawab semua soalan dengan betul tentang sains, matematik, georgafi..
pasti semua akan buka buku juga untuk menjawab..

Ustazah Oh Ustazah..
Berhias sedikit dikatakan BERDOSA..
Habis tu tak kanlah nak pakai baju koyak ke sekolah..
Berwangi sikit pon BERDOSA..
Habis tu tak kan lah nak busuk dengan muka serabai pergi ke sekolah..
Kesimpulannya, cikgu sahaja yang boleh melawa dan berwangi sampai senak hidung ..

USTAZAH dan USTAZ bukan MALAIKAT


p/s:   sekadar renungan untuk semua..peace no war :D

Tuesday, March 22, 2011

Doa Mengelakkan Diri Daripada Dirogol

Assalamualaikum semua....

Sejak akhir-akhir ni ramai sangat gegirl yang kena rogol..tak kira la anak dara, emak dara, nenek dara, budak dara..semua kena asalkan perempuan..so, kita sebagai perempuan perlulah mengetahui cara-cara mengelakkan diri dari dirogol..bak kata pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubati"..sebelum berlaku perkara yang lebih tak elok, lebih baik kaum Hawa ambil langkah awal..


Di bawah  ini adalah cara-cara untuk mengelak diri dari di rogol (dari segi fizikal) :


  • Gunakan laluan yang selalu dilalui oleh orang lain atau laluan yang ramai orang..biar bersesak janji maruah tak tergadai..Elakkan diri dari  berjalan di tempat yang sunyi dan gelap.

  • Jangan berpakaian seksi atau menjolok mata. berpakaianlah mengikut syariat dan landasan yang betul.

  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.

  • Jangan layan teguran atau pelawaan minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

  • Jangan biasakan diri balik lewat malam.

  • Biasakan diri berjogging atau bersiar-siar di dalam kumpulan.

  • Ibu bapa jangan menyuruh anak anak kecil perempuan membeli barang di kedai pada waktu malam.

  • Jerit sekuat hati, jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

  • Lapor kepada polis dengan segera jika diganggu  -----> sumber


Cara- cara untuk mengelakkan diri dari dirogol (dari segi rohani iaitu berdoa):

DOA MENGELAKKAN DIRI DARI DIROGOL



Terjemahannya:  Ya Allah..sekiranya Engkau mnengetahui bahawa aku  beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim.


DOA MENGELAKKAN ANAK DAR DIROGOL



Terjemahannya: Ya Allah..sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya , maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan zalim.

Wednesday, March 2, 2011

Langkahan kakiku bermula di sini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada kamu kamu yang sentiasa sudi membaca blog saya ini..sob..sob..dah lama tak update blog..bukan setakat tak update tapi dah lama gila tak jenguk nak buang sawang bagai..alhamdulillah hari ini ada masa yang sangat sedikit untuk mengemas dan membuang semua sawang yang dah penuh kat blog ni..hahaha

2o11..langkahan kakiku bermula di Melaka sebagai penuntut IPG Melaka kemudian terhenti seketika di negeri sembilan sebagai guru j-QAF LPBS..lepas ni tak tau kat mana..kalau dapat bakal suami orang perak maka menetaplah aku di perak..ahakkss..Sekarang ni aku dah bekerja sebagai guru agama pendidikan khas..dan yang paling penting aku adalah guru yang paling muda kat sekolah ni..pewwwitt..lagi muda lagi senang dibuli..menyampah mak..

Mengajar Kanak kanak istimewa ni tak serupa dengan mengajar kanak kanak biasa..tapi aku rasa akulah guru yang paling disayangi..hahaha..sumpah tak tipu...buat masa ni memanglah paling disayangi sebab taring tak keluar lagi..nak mengajar pom masih shy shy cat..tunggu  2, 3 bulan  mengajar nanti tanduk pom tetibe tumbuh kat atas kepala..huahua..insyaAllah kalau ada masa yang sangat banyak, aku upload gambar gambar  shantek untuk tatapan korang sepanjang aku mengajar kat sekolah ni..lupa nak bagitau, sekarang ni aku mengajar kat SK Taman Paroi Jaya..tempat bulan madu emak and abah aku zaman muda mudi dulu..(dulu dulu family aku duk kat Paroi laaa)

Last but not least, doakan aku sentiasa menjadi guru yang penyabar dan disayangi murid..bila dah masuk zaman bekerja ni baru aku tau betapa susahnya nak cari duit untuk berdiri di kaki sendiri..dulu pom berdiri kat kaki sendiri tapi parent yang hulurkan bantuan ringankan beban.sekarang ni dah bergaji tak kan pula nak minta dengan parent lagi..malu aiii..banyak juga kesusahan waktu mula mula ni..nak pula kena tunggu 3 bulan lagi untuk dapat elaun..pastu ada la lagi peristiwa yang mengecikkan hati aku sebagai guru baru  tapi lupakan kesedihan dan kesusahan yang penting tingkatkan kegembiraan..semoga kesusahan ini akan berakhir dengan kesenangan.(time dah berkerja ni baru ku tahu indahnya dunia belajar)

p/s: sepanjang cuti sekolah kena melepak kat IPG Melaka..sedihnya hati tak dapat balik kampung..huaaaaa..rindu gila ni kat emak..

p/s/s: Heii..kita pom rindu kamu jugak..*blushing*


Sunday, January 23, 2011

Semuanya Nak Cepat

Assalamualaikum semua...semoga sentiasa sihat..

Hei..hari isnin ni me dah kena daftar masuk maktab IPG Kampus Perempuan Melayu..doakan me semuanya berjalan lancar ye..

Seminggu sebelum daftar ni me very quite busy la..haha..mana taknya, dalam masa seminggu me perlu x-ray..medical check up..buat pengesahan bagai..pos sana sini..omaigod..nasib baik me masih bernafas lagi..penat tau..balik kampung macam tak da nikmat je..awal malam dah tido..pastu pukul 2 3 pagi dah terjaga..double recheck borang lagi..oh..me memang suka buat recheck berkali kali..haha..

Pastu penat memikirkan sapelah yang berhati mulia nak hantar me ke Melaka..dah la tak ada sedara mara kat sana..sob..sob T_T..my sis dah offer nak hantar tapi dia tak tau jalan la pulak..akhirnya, nasib baik abang yang kat nogori tu sanggup amik cuti nak hantar adik kesayangan dia ni..

Yang paling memeningkan kepala, baju kurung me la..me memang tak dimanjakan dengan baju kurung..bukan bermaksud me ni tak suka pakai baju kurung tapi me ni bukanlah pengumpul tegar baju kurung..cukuplah setakat ada baju kurung baru time raya je..dulu waktu belajar kat USIM pom me hanya ada tak sampai 10 helai pom baju kurung dalam loker..bila pergi kelas memang ulang pakai baju yang sama aje..sampaikan ada sorang mamat ni tegur me tak basuh baju sebab paki baju yang sama ja..please lah..saya amat mementingkan kewangian hokeh..so, dengan muka tak malunya, kakak me la yang sudi mensedekahkan baju dan duitnya untuk membeli baju kurung baru untuk me..oh..kakak me adalah orang yang paling gembira after emak bila tahu me masuk maktab..mana tak gembira ikut jejak langkah dia..kakak me ajar subjek BM and Geografi yer..

Lagi satu yang merunsingkan hati, me perlu mensedekahkan shalw me yang shantek shantek itu..perlulah disedekahkan kat kakak and adik me..dorang awal awal dah sound, nak jadi ustazah kenalah jaga imej sebagai ustazah..seluar jeans tu simpanlah dalam peti sejuk..tapi shawl2 yang labuh memang me simpan..nak gak pakai kalau nak beli belah tingkap..haha..oh ya, mak pom turut menyumbangkan baju ye..terima kasih emak..memang gojes la anak emak ni nanti..tehee..

Yang ni paling memenatkan hati..kat maktab me tu semua girl la..alaaa.tak semangat la nak belajar camni..tak aci la dorang hantar me kat situ..sila percaya saya ustazah yang bermata keranjang..haha..bukanlah, me budak baik tau..tak percaya p tanya emak me..

Yang ni me paling tak puas hati..kebanyakan orang tanya, kat sana amik kos ape..then me cakaplah pendidikan Islam Pendidikan Khas..pastu dorang cakap..hurm.patutlah senang nak dapat sebab amik pendidikan khas..siap kena kutuk kaw kaw lagi..hello..kalau tak usaha boleh ke me sampai ke tahap ini..dah la me ni memang malas belajar..emak me cakap, biarlah dorang nak cakap apa pom..susah mengata, senang pom mengata..susah duk kampung ni..duk kat hutan best kot..pasni nak ajak emak wat rumah dalam hutan la..kawan dengan beruk tiap tiap hari..


p/s: 'me' kata ganti bagi 'aku'..nak jadi ustazah bahasa perlu bagus rite...*tak tahulah sampai bile boleh bertahan tulis 'me'..nak tulis saya macam abnormal lak..haha~*


Tuesday, January 18, 2011

Blog Bakal Terbiar a.k.a Bersawang

Assalamualaikum bloggarian =P

Selamat pagi dan selamat tidur semua..di pagi yang indah ni aku nak memberitahu kepada semua yang sudi baca blog aku ni,ceh..bajet blog hebat macam fatin liyana lak..tapi adakukesah..mungkin dalam seminggu ini tiada entry baru akan tercipta..seminggu boleh jadi dua minggu atau lebih..semuanya bergantung pada sekolah yang bakal aku mengajar nanti..kalau aku dapat sekolah kat dalam hutan rimba yang nak pergi sekolah pom kena naik bot maknanya time cuti sekolah jela aku baru hupdate entry baru tapi kalo dapat sekolah di tengah kotaraya insyaAllah sedaya mungkin akan ku update adik belog aku ni..

Hokeh semua..doakan aku menjadi guru yang dihormati dan disegani..wahhh terbaekk!!!

p/s: jangan lupa doakan aku jadi seorang guru yang sangat penyabar..sebab saya bakal mengajar kanak kanak istimewa..tak sabarnyer =)

*saya tak mengajar ABC..saya mengajar alif..ba.ta.*

Monday, January 17, 2011

Hai Cikgu Samaniah..Eh, bukanlah..Assalamualaikum Ustazah Samaniah =)

Assalamualaikum semua...semoga semua sentiasa sihat di samping orang tersayang..ececeh.=P

Hari ini  aku happy sangat..alhamdulillah aku dah dapat kerja tetap sekarang ni..kerja sebagai guru KPLI-jQAF..syukur ya Allah..memang inilah doa aku setiap hari supaya dipermudahkan jalan untukku..Aku rasa orang yang paling gembira dengan kerja aku sekarang tentulah emak..bertambah bilangan guru dalam keluarga aku..kalau ada abah sekarang ni mesti abah pom happy dengan aku..tak apa, yang penting aku tahu abah pasti  gembira dengan kejayaan aku ini..

Sebelum nak tunggu result ni bukan main cemas tak terkata..dah lah result keluar lambat dari yang dijangkakan..aduhh..memang stress..tapi tak apa..berbaloi menunggu berjam jam..

Orang pertama yang aku col mestilah emak..even adik aku yang angkat col tapi still tak nak cakap apa apa kat dia..nak bagitahu mak dulu..hihi..macam biasa emak sangat teruja then cakap tahniah..Pastu barulah aku dok canang canangkan kat orang lain..

Lepas ni tak tahu bila boleh update entry..sebab esok nak balik kampung nak siapkan semua borang dan barang..pastu nanti bila dah duk sana perlu sesuaikan diri pulak..heyy, first time me jejak Melaka..Melaka nantikan kedatangan aku..Lepas ini kena sopan dan ayu coz dah memegang title USTAZAH..

InsyaAllah bakal menjadi seorang ustazah pendidikan Islam pendidikan Khas di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka..yo..saya jadi orang Melaka ohh..setakat ni tak da lagi member member yang dapat tempat sama dengan aku..yang dapat kat sabah and sarawak tu pandai pandailah jaga diri hokeh..moga semua menjadi guru yang terbaik dan hebat =)

p/s : Merantau jauh sekali lagi..aduyaii=,=

p/s/s: Pendidikan Islam Pendidikan Khas sama macam konsep pendidikan khas..mengajar kanak kanak cacat penglihatan, hilang pendengaran, sindrome down, hyper active and so on..cuma ditambah pendidikan islam di hadapan sebab saya kena ajar dorang subjek pendidikan islam je..harap harap kesabaran saya semakin meninggi bila mengajar kanak kanak istimewa ni..=)

p/s/s/s : tak sabar nak belajar gaya tangan bila nak berkomunikasi dengan pelajar pekak dan bisu..wee~

Friday, January 14, 2011

Dah Lama Rasanya Tak Menangis

Assalamualaikum readers..May Allah bless you whenever you go and whatever you do :)

Korang masih ingat tak bila kali terakhir korang menangis..sila angkat tangan dengan pantas hokeh..

Aku masih ingat yang kali terakhir aku menangis bila nak berpisah dengan emak..berpisah sebab terpaksa kerja jauh jauh dengan emak..mengada ngadakan aku..even aku bukan anak bongsu tapi sebagai anak aku tetap akan rasa sebak sampai nak menangis T_T..ko ingat anak bongsu je ke yang boleh ngada ngada nak menangis ni..Ohh terlupa..paling latest aku menangis sebab bf aku meninggal dunia..al fatihah to him..

Dulu dulu aku sangat suka menangis..sikit sikit nak sentap..sekarang pom masih sentap juga..pastu sakit sikit pom menangis nak emak and abah..beriya telefon dorang mengadu domba cakap yang anak kesayangan dorang ni tengah sakit menanggung selesema je pom..hahaha..eh, bukan2..aku taklah mengada sangat sampai nak mengadu sakit yang simple2 ni..sakit kronik baru call dorang tau..sila percaya kat aku..

Kalau ada benda yang nak dikongsi pom aku lebih selesa ada bercerita dengan my parent dari orang yang tak berapa aku nak mesra..bercerita dengan dorang lagi best and happening gitu..tehee..

Sekarang ni aku sangat susah nak menangis..aku ingat lagi masa tu aku join kursus..akhir kursus tu ada la tayang short video yang sedih tapi aku dengan mantain otai boleh tak menangis..sungguh tak percaya dengan diri aku..selalunya kalau bab air mata ni akulah ratu..tehee..

Sebenarnya aku jadi tak berselera nak menangis selepas kehilangan abah..entah la..lepas abah pergi emosi aku jadi kuat walaupom dalam hati tu dah berdendang lagu sedih ratapan pilu tapi sedaya upaya menahan tak nak menangis..dulu dulu waktu abah masih ada memang aku suka menangis..bab emosi memang bagi kat aku..nak dikatakan menangis tu adalah hobi aku..sebab abah sangat manjakan saya hokeh..tapi sekarang tak lagi..sejak abah dah tak ada aku rasa tak best nak menangis..sampaikan ada sorang member aku ni cakap kalau dah sdih sangat lepaskan jela..tak dosa pom kalau menangis..

Sejak abah dah tak ada rasa macam kosong je hidup ni..memang yang lain masih ada tapi tak sama dengan abah..apa apa pom saya masih ada emak..dan masih boleh bercerita dengan emak..menangis depan emak and tidur dengan emak ..wee..sila jangan jeles.. :)




Sayang emak dan abah..alfatihah untuk abah..

Tuesday, January 11, 2011

Kalau Saya Dah Tak Ada Baru Awak Boleh Menggatal Dengan Perempuan Lain


Name aku Amir.. Aku ada sorang awek.. Sorang??? huhu.. Awek aku ni memang lawa giler laa!! Sebab die lawa tu la aku dengan member2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dapat jugak die....memandangkan aku ni pun kategori orang yang handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorang tak sama kampung tapi satu sekolah.. Satu hari ni aku dapat tawaran sambung belajar kat satu IPTA ni.. Awek aku pun dapat.. Alhamdulillah result SPM kitorag cemerlang walaupun aku pun tak percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tapi mmg giler la.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kat Selatan..

Die ni kuat jeles tu jangan cakap laa.. hidup aku dia yang aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jangan harap la aku nk keluar dengan member2 perempuan aku.. Jangankan keluar same, pandang pun tak boleh.. Kadang2 aku rimas jugak dengan die.. bila aku cakap banyak dengan die, mau die marah2 then merajuk.. Benci betul aku.. Aku tau die sayang sangat2 kat aku. Aku tau die memang tak layan mane2 lelaki yang cube usyar line die.. Kadang2 aku bengang jugak if ade lelaki yang hantar2 mesej kat die walaupun die tak reply..

Tapi sebenarnye aku ade sorokkan something daripada die.. Disebabkan kitorang pun da terpisah jauh, aku mule la nak test market kt utara ni.. Jahatkan? Aku rase bebas!!! Aku pun rase die macam tu jugak kot.. Yelah, die kan lawa.. Mesti la ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nak menutup perasaan prasangka yang buruk2 tu, aku mula la berkawan dengan ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jawab aku single.. Aku selalu keluar dengan member2 perempuan aku kat sini.. Memang lagak cam org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tengah berfoya2.. Bile waktu malam sebelum tidur, mesti die yang call aku.. Aku? Kadang2 kot.. Tapi aku sayang sangat kat die.. Aku cakap kat die, member2 aku kat sini semuanye jantan.. Die cakap die pun same.. Sebelum kitorang end call mesti die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu cakap, "kalau saya dah tak ade baru awak leh gatal dengan perempuan lain".. Kadang2 aku marah die sebab die cakap yang bukan2 walaupun hakikatnya aku memang dah menggatal dah pun.. Kadang2 aku selalu jugak create pergaduhan dengan die.. banyak kali die nangis time gaduh2 dengan aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die..

.................................................................................................


"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut daripada lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pun dengan bangang aku terima..
Mase duit PTPTN keluar, aku beli sebijik henpon lagi. Satu henpon khas untuk mesej Nadia, satu lagi untuk Tiqah.. Dalam tempoh aku belajar kat sini, macam2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tapi hati aku tetap sayangkan Nadia.. Mungkin sebab jauh, perasaan tu kadang2 bercampur.. Tiqah pun macam Nadia.. Sejak aku couple dengan minah ni, aku dah tak keluar dengan member2 perempuan lain.. semuanya kembali macam mase aku dengan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sangat.. Tapi dalam mase yang same aku just nak hilangkan perasaan bosan sorang2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kadang2 aku terfikir nak berterus-terang.. Tapi aku tak berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kadang2 pukul 4.. Yelah sebab nak gayut dengan dua2.. Semua orang tak tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia tak balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dapat cuti same2.. Cuti raye kan.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lagi tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tengok gerenti cair ni.. Nadia cakap cinta die hanya untuk aku.. Selama die berpisah dengan aku, die semakin rindu, semakin sayang dan cintakn aku.. Untuk hilang rase camtu, die habiskan mase dengan belajar.. Kadang2 die cakap belajar sampai tau2 dah mlm.. Die happy sebab hati aku masih tak berubah untuk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sangat.. "Kalau saya dah tak ade, baru awk boleh gatal dengan perempuan laen tau!" cakap die sambil tergelak2.. Perkataan tu dah berjuta kali kot die sebut.. Aku tengok muke die yang lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nak aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nak kami kerja, kumpul duit banyak2 dan kahwin then sambung belajar lagi.. Beria2 die menceritakan impian die kat aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yang ke 4...
Pada satu hari ni aku pergi makan dengn Tiqah macam biasa... Heboh kampus aku jadi tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ini ulangtahun ke 3 aku dengan Nadia.. Macam biase aku pergi makan dengan Tiqah kat cafe.. Mase Tiqah tengah ambil lauk, aku terniat hati nak cek mesej die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 mesej sorang jantan yang bersayang2 kat  inbox dia.. Aku pun angin la.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni tak terniat pulak aku nak cek.. Tiqah cakap die tetap sayangkan aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek datang kat meja aku time2 gini la pulak.. tak lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur..  Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nampak ramai2 awek tu datang kat aku, pelik la die.. dan dengan kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. Tiqah sendiri mengaku yang dielah awek aku kat depan Nadia.. Aku tengok Nadia menangis.. Die tak bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkan aku.. Aku terus putuskan hubungan aku dengan Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hantar mesej berlambak2 kat die.. die tak reply pun... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sangat2.. Aku berjanji tak nak kecewakan die lagi.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Orang2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nak2 yang member2 perempuan aku la.. Aku dah tak kesah dah.. Aku dah berubah.. Aku cuma nak dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nak dapatkan kerja baik2.. Apa2 pun aku nak ikat Nadia dulu.. Kadang2 aku berasa malu sangat kat Nadia nak2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die tak pergi report kat mak dan ayah dia.. hehe.. Dalam tengah syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dapat mesej daripada member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jadi tak sedap.. Mesej kedua daripada member die sampai lagi.. Terasa panas muka aku bile bace mesej tu.. "Nadia dah tak  ada.. Die kene langgar dengan kereta mase lintas jalan.." Macam orang gila lepas aku bace mesej tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sangat.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dalam bas.. Aku tak peduli dengan orang2 yang pandang aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku dengan Nadia bermain dalam kepala aku.. Aku tak mampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace mesej terakhir Nadia malam tadi.. "Awak, saya nak tidor.. Macam biase, saya sayangkan awak untuk selamanye walaupun awak dah lukekn hati saya, saya maafkan... Tapi ingat! Kalau saya tak ade baru awak boleh gatal dengan perempuan laen tau! Hehe.. Nak marah la tu.. Saya leb awak! Sweet dreams.."  Ya Allah! Kuatkan hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kat korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi  aku tau, Nadia tak kan kembali dah.. tak ade lagi mesej Nadia, panggilan Nadia.. tak ade dah ungkapan "kalau saya tak ada" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tapi bagi aku, inilah kisah yang paling bermakna untuk aku.. Untuk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nak bersiap2 untuk beri penghormatan terakhir buat die yang aku sayangi.. Sememangnya cinta die untuk aku sehingga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

..................................................................................................
p/s: kredit to Facebook..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...