Showing posts with label ABAH. Show all posts
Showing posts with label ABAH. Show all posts

Friday, April 1, 2011

♥ ABAH KU SAYANG ♥

♥   Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ♥

 ♥ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian? ♥



♥  Saat kita sakit atau demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau? ♥  

♥  Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita.. Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.. Saat kita sudah dipercayai, abah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.♥ 

♥  Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya. ♥ 



♥  Saat kita berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Abah akan tersenyum dengan bangga.♥

♥  Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya, Saat abah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..abah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis.. Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan abah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita ♥ 


p/s : sayangilah abah kita masing-masing sementara beliau masih ada..dan taburkanlah bakti kepada abah dan emak kita..tanpa mereka tak wujudlah kita =)



♥ I   Ɩ♥ѵӗ U ABAH ♥

Wednesday, December 29, 2010

ABAH ::Part 3::


....................................................................................................

Oh ya...Abah kita sangat gharang tau..*baca dengan nada ketakutan* Tatut betul hati kecil kita ni nak lawan lawan cakap abah..askar memang cam gitu..gharang dan bengis..hehe..tapi itu masa zaman muda abah kita la..bila usia dah meningkat dan anak anak pom makin besar saiz badannya dah boleh fikir tak nak buat abah marah marah lagi..masa kecik kecik bukan tak boleh fikir tapi asik fikir nak enjoy je..main dan terus main..

Ni nak cerita betapa gharangnya abah kita..hehe..sampai sekarang masih ingat tragedi ni..bila teringat mesti tersengih macam kerang wangi pastu gelak tetibe..hahaha

Dulu dulu kat rumah kita banyak pokok buah buahan..jambu air..jambu batu..limau bali..rambutan merah ngan kuning..ciku..betik..koko..manggis..buah nyiur..huh, macam macam buah la..oh lupa lak..bapak segala buah iaitu buah durian memang tak payah cakap la..kiri kanan depan belakang ada pokok durian..nikmatnya..

Masa tu kita tak ingat umur kita berapa tapi dah masuk sekolah rendah la..tengahari tu kita panjat pokok jambu air..memang gila ranum la buahnya..sedap kalau dapat cicah dengan garam..urmmpphh..banyak gak yang kita amik..sampai penuh poket seluar..tak cukup dengan poket seluar, kita gendong jambu tu dengan t-shirt yang kita pakai tu..memang nampak macam perempuan mengandung 3 bulan..hakhak..

Masuk je dalam rumah, kita tengok abah  tidur kat ruang tamu..abah kita ni kalau time dia tidur jangan sesape buat bising atau kacau dia..otomatik akan betukar jadi rakshashe yang gharang..hehe..kita lak dengan perasaan takutnya jalan dengan penuh hati hati sambil bawa jambu yang penuh kat dalam baju..entah macam mana satu jambu air ni tergelincir jatuh kat atas perut abah kita..OMG..otomatik abah buka mata..merah gila mata abah..mungkin abah terkejut..hoho.kita lak terus terdiam kat situ..bukannya reti nak lari..bila abah bangun tegak berdiri, barulah kita buka langkah seribu lari keluar rumah..habis semua jambu air yang kita gendung dalam baju tu jatuh bertempiaran..haha..abah  lak kejar sampai depan pintu je..kita lak berhenti jauh sikit dari depan pintu..tak disangka sangka abah baling kita dengan selipar tapi kita terror mengelak..tak kena pom..huhu..pastu kita ejek abah.."haha..tak kena..tak kena.." Memang lagi hangin la abah..dia amik lagi selipar lain baling kat kita..kali ni abah baling dengan penuh semangat..nyaris nyaris nak kena..kita pom tak tunggu lagi terus lari kat rumah opah..sambil tu kita dengar abah cakap "kamu balik rumah nanti, siaplah kamu"..memang sampai ke petang duduk rumah opah sebab takut kena dengan abah..

Disebabkan dah nak malam kita pom balik rumah..dalam hati dok fikir mesti abah dah lupa apa yang dia cakap tadi..elok je masuk rumah kita kena seliang..hamikk ko..sakitnya..sifat abah kita yang satu ni memang kekal..kalau dia kata nak buat dia memang akan buat walaupom lambat..sebab tu saya pom ada sifat camtu..rupa rupanya turun dari abah..

Itu sifat zaman muda abah saya..gharang tau..hihi..rindu sangat kat abah :)

Tuesday, December 28, 2010

ABAH ::Part 2::

...........................................................................................................

Setelah aku mahir membasuh montotkuyangebu..ada lak masalah  lain yang datang..haisssh..macam macam betul la..dah namanya pom pompuan so secara  otomatiknya perasaan takut sangat menggebu dalam jiwa semasa aku kecil ya..dah tau takut tapi masih menggatal tengok semua cerita hantu kat dalam TV..salahkan mereka yang lebih dewasa sebab dorang yang pilih channel..

Time tengok cerita hantu memang suci je muka...perasaan takut hilang ke mana..tapi time nak tido dengan gelap malam memang aku surrender time tu..nak terkencing pom tahan kan jela..tu yang ada kes tilam basah pagi esoknya..*sila salahkan mereka yang dah akil baligh ye*

Masa jadi budak budak bila jam dah pukul seploh otomatik kena pejamkan mata kat atas katil..kalau tak abah aku hambat dengan tali pinggang..tak pom dengan apa yang boleh dicapai..hahaha..bila cuti sekolah memang amik peluang tengok TV dengan sewajarnya..hoho~

Nak dijadikan cerita..tiap tiap malam aku akan menangis sengsorang kat atas katil walopom aku tido dengan dua orang kakak aku..katil aku, katil dua tingkat..aku tidor kat atas...kakak aku yang matang tidor kat bawah and kakak aku yang baru nak masuk akil baligh tido kat katil sebelah tingkap..seronok gila ada katil satu sorang..bilik pom besar..sejuk lak tu..tak payah guna air cond..maklumlah rumah papan beratap rumbia memang sejuk kau..haha..sambung cerita balik.dua orang kakak aku ni buat tak dengar je kalo aku memekak tiap tiap malam..yela sape suh tak nak kencing dulu sebelum tidor..haaa...padan muka aku..tahanlah sorang sorang kat atas katil tu..tapi aku sengaja tarik volume tinggi..menangis kuat kuat biar kakak aku yang dua orang ni buka lampu bilik..memanglah aku boleh buka sendiri tapi masa tu aku penakut tahap nak mampos...nak turun katil pom menggigil tau..nyampah aii..disebabkan aku dah tarik volume paling tinggi mungkin dah mengganggu tido si arjuna..tetibe je bilik cerah pastu datang si arjuna dengan titahnya.."cepatlah turun..malam malam memekak je nak pergi bilik ayor..toinnkk..laju je aku lompat dari katil..sayang abah lebih banyak tau..

kesimpulannya abah aku jugak yang berhati besi temankan aku ke jamban..*walhal tak tahan dengar suara tarik aku..lala*

p/s: zaman sekarang ni kalau aku berada di tempat yang bukan tempat aku..dengan kadar segera sebelum semua orang masuk tido akan ku terjah jamban rumah dorang..haha~


ABAH ::Part 1::

Siapa ada ABAH..AYAH..PAPA..DADDY..ABI..BABA..WALID..APPA...sila angkat dua dua tangan dengan gembiranya!!.ohh..syabas kat korang..Hokeh..saya dah tak ada abah..so, tak boleh nak angkat tangan dengan jayanya..ada sesape yang nak offer jadi bapak angkat saya tak?? Takde..hokeh..saya pom tak nak..sebab abah saya hanya satu..dan tiada jelmaan abah yang lain dalam hidup saya sampai bila bila..


Enrty kali ini sengaja direka untuk mengenangkan segala jasa jasa abah dan semua cerita cerita antara aku dan abah dari aku kecil sampai besor dan sampailah saat abah aku tiada lagi..

Memula sekali nak cerita time zaman aku budak budak..tapi tak adalah start dari zaman baby..time tu emak aku pom lupa nak letak memory card kat badan aku..kalau tak sure aku boleh simpan semua kenangan sejak zaman baby lagi..zaman kanak kanak ribena best sangat sangat..main..main dan terus main..tak payah nak sendatkan kepala nak fikir masalah hal ehwal rumah tangga kan..walaupom dilibas dengan tali pinggang, penyangkut baju, pembaris, rotan *ko sebut je apa..semua dah singgah kat badan ni* Dulu dulu aku nakal banyak..degil tak payah cakaplah..hari ni kena rotan, esok aku buat lagi..*adakukesah*..yang peliknya tak de la pulak sakit sakit badan aku ni..ajaib betul..*mungkin emak dan abah pukul tanda nak bagi pengajaran kat aku walaupom dorang pukul tu kalau orang lain tengok macam real je..sumpah..sakit kejap je..esok baik dah..haha.*

Aku ingat lagi..aku start pandai cuci montot sendiri masa aku umur enam tahun..bangang ke bongok dah besor gajah pom tak pandai cuci montot sendiri *adakukesah*..sepanjang zaman jahiliah tu, abah akulah yang banyak buat pahala besar..tiap kali nak berak mesti aku jerit jerit panggil abah tolong basuhkan montot gebu aku...nak harapkan kakak2 dan abang2 aku semua..berulatlah montot aku ni..hukhuk..tapi tak apa, aku ada abah yang super hebat..terima kasih abah..

Satu hari ada seekor ular masuk dalam rumah..kejar punya kejar ular tu masuk dalam jamban..*dulu dulu tepi dan belakang rumah  aku hutan penglipur lara so, tak kisahlah la kalau ular tersesat masuk rumah..seramm aii*..Nak dijadikan cerita, kebetulan aku sakit perut time tu..memang perlu berak dengan segera..tapi aku takut  sesangat coz ular tadi dah masuk dalam jamban...takutlah aku..buatnya aku tengah berak tetibe die patuk montot gebu aku tak ke naya..tapi dah aku menangis sambil hentak hentak kaki abah aku pom temankan aku..time tu abah aku boleh lak nak menyakat aku..dia cakap ular dah keluar..tak ke aku jerit jerit manja kat situ..Agaknya abah aku dah tak larat nak basuh montot aku tiap tiap hari so, hari tu abah ajar aku cara cara nak basuh montot dengan jayanya..thanks to abah..kalau abah tak ajar mesti sampai sekarang duk mengharap kat orang suruh basuhkan montot aku *gila melampau..haha*

See.sekarang aku dah pandai basuh montot sendiri..tambah tugas jadi pembasuh montot anak2 sedara aku lak..bila aku dah tak larat nak sental montot dorang aku praktikkan ajaran abah kat dorang lak..suruh dorang berdikari basuh montot sendiri..haha~

p/s: Cerita aku panjang lagi..minggu ni korang baca sampai muntah kisah aku dengan abah aku je tau...*I LOVE MY ABAH*

*Al Fatihah untuk abah saya..incik Abdul Latif B.Sa'aya*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...