Tuesday, December 28, 2010

ABAH ::Part 2::

...........................................................................................................

Setelah aku mahir membasuh montotkuyangebu..ada lak masalah  lain yang datang..haisssh..macam macam betul la..dah namanya pom pompuan so secara  otomatiknya perasaan takut sangat menggebu dalam jiwa semasa aku kecil ya..dah tau takut tapi masih menggatal tengok semua cerita hantu kat dalam TV..salahkan mereka yang lebih dewasa sebab dorang yang pilih channel..

Time tengok cerita hantu memang suci je muka...perasaan takut hilang ke mana..tapi time nak tido dengan gelap malam memang aku surrender time tu..nak terkencing pom tahan kan jela..tu yang ada kes tilam basah pagi esoknya..*sila salahkan mereka yang dah akil baligh ye*

Masa jadi budak budak bila jam dah pukul seploh otomatik kena pejamkan mata kat atas katil..kalau tak abah aku hambat dengan tali pinggang..tak pom dengan apa yang boleh dicapai..hahaha..bila cuti sekolah memang amik peluang tengok TV dengan sewajarnya..hoho~

Nak dijadikan cerita..tiap tiap malam aku akan menangis sengsorang kat atas katil walopom aku tido dengan dua orang kakak aku..katil aku, katil dua tingkat..aku tidor kat atas...kakak aku yang matang tidor kat bawah and kakak aku yang baru nak masuk akil baligh tido kat katil sebelah tingkap..seronok gila ada katil satu sorang..bilik pom besar..sejuk lak tu..tak payah guna air cond..maklumlah rumah papan beratap rumbia memang sejuk kau..haha..sambung cerita balik.dua orang kakak aku ni buat tak dengar je kalo aku memekak tiap tiap malam..yela sape suh tak nak kencing dulu sebelum tidor..haaa...padan muka aku..tahanlah sorang sorang kat atas katil tu..tapi aku sengaja tarik volume tinggi..menangis kuat kuat biar kakak aku yang dua orang ni buka lampu bilik..memanglah aku boleh buka sendiri tapi masa tu aku penakut tahap nak mampos...nak turun katil pom menggigil tau..nyampah aii..disebabkan aku dah tarik volume paling tinggi mungkin dah mengganggu tido si arjuna..tetibe je bilik cerah pastu datang si arjuna dengan titahnya.."cepatlah turun..malam malam memekak je nak pergi bilik ayor..toinnkk..laju je aku lompat dari katil..sayang abah lebih banyak tau..

kesimpulannya abah aku jugak yang berhati besi temankan aku ke jamban..*walhal tak tahan dengar suara tarik aku..lala*

p/s: zaman sekarang ni kalau aku berada di tempat yang bukan tempat aku..dengan kadar segera sebelum semua orang masuk tido akan ku terjah jamban rumah dorang..haha~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...