Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum semua....

Hari ini bermulanya tahun baru hijrah..1432 menjenguk dan 1431 melambai lambai sambil say selamat tinggal kepada semua kenangan manis, pahit, masam, masin yang berada dalam tahun 1431...

Doa penutup tahun dan pembuka tahun sebagai pembuka tirai 1432..ahlan wahasahlan ya 1432..semoga hijrah tahun ini lebih bermakna dari tahun 1431...

Tak perlu berceloteh panjang sebab masing masing sudah tahu tentang konsep hijrah yang sebenarnya cuma nak berkongsi beberapa mesej dengan korang...yang mungkin korang pom dapat mesej yang sama juga macam aku..*sila hangguk pale ye*..saje letak mesej kat sini coz kejap lagi dengan riang hati aku boleh delete  mesej ini semua..bukan tak nak simpan buat kenangan tapi memori tak cukup la..tulis kat sini korang pom boleh baca mesej apa yang aku dapatkan..betul tak..betul tak..*hanya mesej terpilih layak dipapar..layankan jela...*

Mesej pertama:
"Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhan Kami, sempena awal Muharam 1432 hijrah yang barakah ini, muliakanlah dan sayangilah sahabatku..Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya dan kuatkan imannya..Berikan kenikmatan ibadah , jauhkan dari fitnah ..Suburkanlah benih KEISLAMAN pada dirinya..masukkan ia ke dalam syurgaMU tanpa hisab.Dekatkan dirinya kepadaMU..Amin ya Rabbul Alamin..Allahu Akbar..Salam MAal Hijrah *Sent by Yati*..

Mesej Kedua:
Kita Datang Disambut Azan..
Kita Pulang Diiringi Sembahyang...
Antara Azan dan Sembahyang..
Alangkah Singkatnya hidup ini..
Salam Maal Hijrah 1432
*Mesej ni tak berapa nak faham maksud yang nak disampaikan...tapi sangat dihargai sebab orang yang baginya pom memang aku hargai sangat2..hoho*

Mesej Ketiga:
Salam Hijrah 1432..
*sent by ira*
yang ni mesej paling pendek walopom orang yang bagi mesej ni tinggi macam pokok nyiur..tapi aku hargai juga..

p/s: Baju raya tahun baru tak de ke??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...