Sunday, December 12, 2010

Tutorial :: Macam mana nak join Contest or Giveaway ::

Salam semua..Selamat petang ahad..hurm, hari ini tak leh pergi jejalan..beristirehat sepanjang masa di kondom kondo mewah (ok, aku tipu.)..rehat rehat kat rumah yang dilengkapi kipas, laptop dan tenet..tak ada benda benda ni mahu sesak nafas aku..huhu


Tajuk entry kali ni macam nak syok sendiri je kan..tapi atas permintaan Qeen Sha (dia wat permintaan sebab semua contest/giveaway yang aku join aku tag dia..haha) aku nak buat juga tutorial ni..mungkin semua dah tahu macam mana cara cara nak join contest or giveaway tapi korang perlu sedar yang bukan semua orang tahu macam yang korang tahu..mungkin mereka yang baru nak kenal dengan dunia blogging baru nak tahu cara nak join contest after baca my tutorial ni. * terperasan jap..haha*..neway, sesape yang rasa nak tahu boleh terus follow..sesape yang tak nak sila lari jauh jauh..*shuuuhh*..

[Bahagian 1]

Yang perlu korang tahu:

1) Copy Banner kat korang punya entry and sidebar..then, perlu link banner itu ke dorang punya (penganjur) blog..
- hokeh..memula copy banner tu..kalo banner tu tak disertakan kod, korang just right click kat image banner tu komdian save as image..pastu bila nak tulis entry pasal contest or giveaway korang tempek gambar tu semula kat korang punya  entry..
- kalau contest /giveaway tu buat banner yang ada kod..korang just copy kod tu then paste kat korang nyer entry..ala.macam korang copy paste asignment..tak gitu..huhu


2) Tinggalkan link entry korang kat ruangan komen
- maksudnya..entry yang korang buat cantik cantik untuk join contest/giveaway ni perlu di link kat ruangan komen yang anjurkan contest/giveaway ni..jangan lak korang link kat entry bukan bahagian contest/giveaway..
-link yang perlu diletak ke bahagian komen perlulah link yang terus pergi ke bahagian contest/giveaway..contohnya http://eightissamaniah.blogspot.com/2010/12/photo-contest-my-bestfriend-forever.html  * tak boleh blah siap nak bagi contoh berbagai..sila gelak kat haku..hahaha..*


3) Perkara lain yang perlu diikuti..
-mesti ikut syarat syarat penganjur..kalau dia suruh letak tajuk "saya sayang samaniah"..so, korang pom kena wat tajuk camtu..jangan memandai nak ubah tajuk nak syok sendiri..ahaksss..
- kalau penganjur suruh jadi follower dia sebagai syarat penyertaan, korang pom kena ikut kan jugak..suruh tag orang lain pom korang kena turutkan juga hokeh..
- akhir kata..semua kena ikut cakap penganjur..jangan degil degil..nanti tak dapat hadiah..hoho..

Feel free..sila baca  [Bahagian 2]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...