Wednesday, December 29, 2010

Masih Bertahan Sehingga Kini

Assalamualaikum semua...eh..dah habis office hour la..bolehlah nak wat karangan bahasa melayu jap..hihi..selalunya aku akan update bila tak ada kerja nak di buat ngan pepagi buta..orang lain sedap tidor aku pulak buat karangan baik punya *suka perasan sengsorang walhal tak ada pom yang berminat nak baca entry aku*

Dalilah & Nasrullah ....Masihkah korang ingat bas yang telah banyak berjasa kat korang ni..*sengaja tag dorang berdua coz aku tahu dorang ni rajin baca entry aku..am i rite??*

Nama bas ni Waithong Omnibus Sdn Bhd a.k.a wetong *lengkap siot*..Bas ni dah wujud dari zaman aku baby lagi..punyalah lama bas ni bertahan..driver bas dia pom masih bertahan sampai sekarang..dahsyat3x *baca sambil geleng geleng kepala tau*

Masa kereta tak wujud lagi, bas ni lah yang akan jadi alat pengangkutan utama..dah la family aku ramai..pastu bila nak naik kena beratur dulu..huhu..tapi bila abah dah beli kereta, kitorang dah jarang naik bas..cuma kalau nak jalan dengan kawan kawan atau sengsorang, bas ni lah yang akan jadi sasaran..walaweh, bajet macam banyak je bas nak ke manong..kalau nak tahu ni la satu satunya bas nak ke kuala dan manong..sedih tak..dah la dari dulu warnanya sama ja..bila nak tukar bas baru entahlah..pastu aku rasa dah berzaman bas ni tak pernah dibasuh..hukhuk..tapi apa nak buat..itulah bas kat tempat aku..

Bas ni dah boleh letak kat muzium tau dak..kalau korang nak try naik bolehlah pergi ke tempat aku..gila babeng laju..bunyi pom boleh tahan..tapi kalau uncle yang tua tu bawa bas ni, aku siap tidur lagi..punyalah lambat dia bawa..bawa sikit tekan brek..tersengguk sengguk bas tu jalan..uncle ni dari zaman muda mak aku dia dah jadi driver bas wetong ni..syabas uncle..hukhuk.

Oh ya..kelemahan yang nyata untuk bas ni ialah perkhidmatan malam tidak disediakan..kalau aku sampai dari kolumpo kul 7 ke atas memang aku menangis kat situ..huhu..kadang kadang terpaksa naik teksi nak balik rumah *takut aiii*...dah la sepanjang nak pergi ke rumah aku hutan kiri kanan..* i seram naik teksi memalam tau*..masa ada abah bolehlah nak suruh dia amik kat station bas itupom malas nak menyusahkan beliau sebab mata beliau memang ada masalah..nasib baiklah kakak aku dah ada kereta..bolehlah dia tolong amikkan aku..itupom kena tadah telinga dulu..hukhuk lagi..bila dah tau tak ada bas memalam so aku akan pastikan yang aku akan sampai kat station before 6pm..itopom kadang kadang terlajak sampai malam jugak *dushh...kena tadah telinga lagi*

Walau busuk macam mana pom bas wetong ni..aku akan tetap jadi ahli tegar bas ni selagi aku tak ada kereta sendiri..*tahun bila nak ada kereta sendiri entahla...hukhuk lagi*..


*inilah Wetong Omnibus..cantik di gambar..hakikatnya??*

p/s: Kalau tersalah masa bas wetong, jangan haraplah korang nak ke pekan dalam masa 5 minit komdian..kena tunggu dekat 2 jam barulah next bas akan datang..tayang muka kat tepi jalan raya sambil disiul and dihon oleh mereka yang gatal..*menci*

p/s/s : walopom bas ni sedemikian rupa tapi jangan pandang sebelah mata..bas ni pernah masuk berlakon dalam cerita MAN LAKSA...Hebat dop??

5 comments:

Ain Zulaikha said...

gila lama betul bas ni.. mesti kalau jual ni mmg berjuta.. baru petama kali tahu pasal bas ni T_T

EIGHT IS SAMANIAH said...

ain berkenan ke dengan bas ni..tu la pasal,ada sentimental value tau bas ni..rege tak ternilai..hikhik

Aisyah Ahmad said...

kene hantar muzium dah tu sepatut nye..hehe..bus ni.sezaman dgn bus kat kampong akak jugak..Pahang Lin Siong...sekali masuk kampung...passenger ade 2 orang jekk..cayalahh...hehe

anda di tag!!

http://blackishitam.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

penaberkala said...

bus ni katne? mcm kat ipoh je
klu kat ipoh mmg mcm ni la busnya
byk berjasa woo utk budak2 u kua ke ipoh,haha

tq ye singgah my blog
salam kenal

EIGHT IS SAMANIAH said...

aisyah: huhu..passenger bas wetong ni masih ramai lagi..jasa tak terkata la..ok,time kasih tag saya..

pena: ni bas nak ke kuala kangsar and manong..kat ipoh pom banyak gak bas2 yang dah lusuh macam wetong ni tapi rasanya bas wetong ni lg lama hidup dari bas2 kat malaysia ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...