Wednesday, December 29, 2010

Masih Bertahan Sehingga Kini

Assalamualaikum semua...eh..dah habis office hour la..bolehlah nak wat karangan bahasa melayu jap..hihi..selalunya aku akan update bila tak ada kerja nak di buat ngan pepagi buta..orang lain sedap tidor aku pulak buat karangan baik punya *suka perasan sengsorang walhal tak ada pom yang berminat nak baca entry aku*

Dalilah & Nasrullah ....Masihkah korang ingat bas yang telah banyak berjasa kat korang ni..*sengaja tag dorang berdua coz aku tahu dorang ni rajin baca entry aku..am i rite??*

Nama bas ni Waithong Omnibus Sdn Bhd a.k.a wetong *lengkap siot*..Bas ni dah wujud dari zaman aku baby lagi..punyalah lama bas ni bertahan..driver bas dia pom masih bertahan sampai sekarang..dahsyat3x *baca sambil geleng geleng kepala tau*

Masa kereta tak wujud lagi, bas ni lah yang akan jadi alat pengangkutan utama..dah la family aku ramai..pastu bila nak naik kena beratur dulu..huhu..tapi bila abah dah beli kereta, kitorang dah jarang naik bas..cuma kalau nak jalan dengan kawan kawan atau sengsorang, bas ni lah yang akan jadi sasaran..walaweh, bajet macam banyak je bas nak ke manong..kalau nak tahu ni la satu satunya bas nak ke kuala dan manong..sedih tak..dah la dari dulu warnanya sama ja..bila nak tukar bas baru entahlah..pastu aku rasa dah berzaman bas ni tak pernah dibasuh..hukhuk..tapi apa nak buat..itulah bas kat tempat aku..

Bas ni dah boleh letak kat muzium tau dak..kalau korang nak try naik bolehlah pergi ke tempat aku..gila babeng laju..bunyi pom boleh tahan..tapi kalau uncle yang tua tu bawa bas ni, aku siap tidur lagi..punyalah lambat dia bawa..bawa sikit tekan brek..tersengguk sengguk bas tu jalan..uncle ni dari zaman muda mak aku dia dah jadi driver bas wetong ni..syabas uncle..hukhuk.

Oh ya..kelemahan yang nyata untuk bas ni ialah perkhidmatan malam tidak disediakan..kalau aku sampai dari kolumpo kul 7 ke atas memang aku menangis kat situ..huhu..kadang kadang terpaksa naik teksi nak balik rumah *takut aiii*...dah la sepanjang nak pergi ke rumah aku hutan kiri kanan..* i seram naik teksi memalam tau*..masa ada abah bolehlah nak suruh dia amik kat station bas itupom malas nak menyusahkan beliau sebab mata beliau memang ada masalah..nasib baiklah kakak aku dah ada kereta..bolehlah dia tolong amikkan aku..itupom kena tadah telinga dulu..hukhuk lagi..bila dah tau tak ada bas memalam so aku akan pastikan yang aku akan sampai kat station before 6pm..itopom kadang kadang terlajak sampai malam jugak *dushh...kena tadah telinga lagi*

Walau busuk macam mana pom bas wetong ni..aku akan tetap jadi ahli tegar bas ni selagi aku tak ada kereta sendiri..*tahun bila nak ada kereta sendiri entahla...hukhuk lagi*..


*inilah Wetong Omnibus..cantik di gambar..hakikatnya??*

p/s: Kalau tersalah masa bas wetong, jangan haraplah korang nak ke pekan dalam masa 5 minit komdian..kena tunggu dekat 2 jam barulah next bas akan datang..tayang muka kat tepi jalan raya sambil disiul and dihon oleh mereka yang gatal..*menci*

p/s/s : walopom bas ni sedemikian rupa tapi jangan pandang sebelah mata..bas ni pernah masuk berlakon dalam cerita MAN LAKSA...Hebat dop??

ABAH ::Part 3::


....................................................................................................

Oh ya...Abah kita sangat gharang tau..*baca dengan nada ketakutan* Tatut betul hati kecil kita ni nak lawan lawan cakap abah..askar memang cam gitu..gharang dan bengis..hehe..tapi itu masa zaman muda abah kita la..bila usia dah meningkat dan anak anak pom makin besar saiz badannya dah boleh fikir tak nak buat abah marah marah lagi..masa kecik kecik bukan tak boleh fikir tapi asik fikir nak enjoy je..main dan terus main..

Ni nak cerita betapa gharangnya abah kita..hehe..sampai sekarang masih ingat tragedi ni..bila teringat mesti tersengih macam kerang wangi pastu gelak tetibe..hahaha

Dulu dulu kat rumah kita banyak pokok buah buahan..jambu air..jambu batu..limau bali..rambutan merah ngan kuning..ciku..betik..koko..manggis..buah nyiur..huh, macam macam buah la..oh lupa lak..bapak segala buah iaitu buah durian memang tak payah cakap la..kiri kanan depan belakang ada pokok durian..nikmatnya..

Masa tu kita tak ingat umur kita berapa tapi dah masuk sekolah rendah la..tengahari tu kita panjat pokok jambu air..memang gila ranum la buahnya..sedap kalau dapat cicah dengan garam..urmmpphh..banyak gak yang kita amik..sampai penuh poket seluar..tak cukup dengan poket seluar, kita gendong jambu tu dengan t-shirt yang kita pakai tu..memang nampak macam perempuan mengandung 3 bulan..hakhak..

Masuk je dalam rumah, kita tengok abah  tidur kat ruang tamu..abah kita ni kalau time dia tidur jangan sesape buat bising atau kacau dia..otomatik akan betukar jadi rakshashe yang gharang..hehe..kita lak dengan perasaan takutnya jalan dengan penuh hati hati sambil bawa jambu yang penuh kat dalam baju..entah macam mana satu jambu air ni tergelincir jatuh kat atas perut abah kita..OMG..otomatik abah buka mata..merah gila mata abah..mungkin abah terkejut..hoho.kita lak terus terdiam kat situ..bukannya reti nak lari..bila abah bangun tegak berdiri, barulah kita buka langkah seribu lari keluar rumah..habis semua jambu air yang kita gendung dalam baju tu jatuh bertempiaran..haha..abah  lak kejar sampai depan pintu je..kita lak berhenti jauh sikit dari depan pintu..tak disangka sangka abah baling kita dengan selipar tapi kita terror mengelak..tak kena pom..huhu..pastu kita ejek abah.."haha..tak kena..tak kena.." Memang lagi hangin la abah..dia amik lagi selipar lain baling kat kita..kali ni abah baling dengan penuh semangat..nyaris nyaris nak kena..kita pom tak tunggu lagi terus lari kat rumah opah..sambil tu kita dengar abah cakap "kamu balik rumah nanti, siaplah kamu"..memang sampai ke petang duduk rumah opah sebab takut kena dengan abah..

Disebabkan dah nak malam kita pom balik rumah..dalam hati dok fikir mesti abah dah lupa apa yang dia cakap tadi..elok je masuk rumah kita kena seliang..hamikk ko..sakitnya..sifat abah kita yang satu ni memang kekal..kalau dia kata nak buat dia memang akan buat walaupom lambat..sebab tu saya pom ada sifat camtu..rupa rupanya turun dari abah..

Itu sifat zaman muda abah saya..gharang tau..hihi..rindu sangat kat abah :)

Tuesday, December 28, 2010

ABAH ::Part 2::

...........................................................................................................

Setelah aku mahir membasuh montotkuyangebu..ada lak masalah  lain yang datang..haisssh..macam macam betul la..dah namanya pom pompuan so secara  otomatiknya perasaan takut sangat menggebu dalam jiwa semasa aku kecil ya..dah tau takut tapi masih menggatal tengok semua cerita hantu kat dalam TV..salahkan mereka yang lebih dewasa sebab dorang yang pilih channel..

Time tengok cerita hantu memang suci je muka...perasaan takut hilang ke mana..tapi time nak tido dengan gelap malam memang aku surrender time tu..nak terkencing pom tahan kan jela..tu yang ada kes tilam basah pagi esoknya..*sila salahkan mereka yang dah akil baligh ye*

Masa jadi budak budak bila jam dah pukul seploh otomatik kena pejamkan mata kat atas katil..kalau tak abah aku hambat dengan tali pinggang..tak pom dengan apa yang boleh dicapai..hahaha..bila cuti sekolah memang amik peluang tengok TV dengan sewajarnya..hoho~

Nak dijadikan cerita..tiap tiap malam aku akan menangis sengsorang kat atas katil walopom aku tido dengan dua orang kakak aku..katil aku, katil dua tingkat..aku tidor kat atas...kakak aku yang matang tidor kat bawah and kakak aku yang baru nak masuk akil baligh tido kat katil sebelah tingkap..seronok gila ada katil satu sorang..bilik pom besar..sejuk lak tu..tak payah guna air cond..maklumlah rumah papan beratap rumbia memang sejuk kau..haha..sambung cerita balik.dua orang kakak aku ni buat tak dengar je kalo aku memekak tiap tiap malam..yela sape suh tak nak kencing dulu sebelum tidor..haaa...padan muka aku..tahanlah sorang sorang kat atas katil tu..tapi aku sengaja tarik volume tinggi..menangis kuat kuat biar kakak aku yang dua orang ni buka lampu bilik..memanglah aku boleh buka sendiri tapi masa tu aku penakut tahap nak mampos...nak turun katil pom menggigil tau..nyampah aii..disebabkan aku dah tarik volume paling tinggi mungkin dah mengganggu tido si arjuna..tetibe je bilik cerah pastu datang si arjuna dengan titahnya.."cepatlah turun..malam malam memekak je nak pergi bilik ayor..toinnkk..laju je aku lompat dari katil..sayang abah lebih banyak tau..

kesimpulannya abah aku jugak yang berhati besi temankan aku ke jamban..*walhal tak tahan dengar suara tarik aku..lala*

p/s: zaman sekarang ni kalau aku berada di tempat yang bukan tempat aku..dengan kadar segera sebelum semua orang masuk tido akan ku terjah jamban rumah dorang..haha~


ABAH ::Part 1::

Siapa ada ABAH..AYAH..PAPA..DADDY..ABI..BABA..WALID..APPA...sila angkat dua dua tangan dengan gembiranya!!.ohh..syabas kat korang..Hokeh..saya dah tak ada abah..so, tak boleh nak angkat tangan dengan jayanya..ada sesape yang nak offer jadi bapak angkat saya tak?? Takde..hokeh..saya pom tak nak..sebab abah saya hanya satu..dan tiada jelmaan abah yang lain dalam hidup saya sampai bila bila..


Enrty kali ini sengaja direka untuk mengenangkan segala jasa jasa abah dan semua cerita cerita antara aku dan abah dari aku kecil sampai besor dan sampailah saat abah aku tiada lagi..

Memula sekali nak cerita time zaman aku budak budak..tapi tak adalah start dari zaman baby..time tu emak aku pom lupa nak letak memory card kat badan aku..kalau tak sure aku boleh simpan semua kenangan sejak zaman baby lagi..zaman kanak kanak ribena best sangat sangat..main..main dan terus main..tak payah nak sendatkan kepala nak fikir masalah hal ehwal rumah tangga kan..walaupom dilibas dengan tali pinggang, penyangkut baju, pembaris, rotan *ko sebut je apa..semua dah singgah kat badan ni* Dulu dulu aku nakal banyak..degil tak payah cakaplah..hari ni kena rotan, esok aku buat lagi..*adakukesah*..yang peliknya tak de la pulak sakit sakit badan aku ni..ajaib betul..*mungkin emak dan abah pukul tanda nak bagi pengajaran kat aku walaupom dorang pukul tu kalau orang lain tengok macam real je..sumpah..sakit kejap je..esok baik dah..haha.*

Aku ingat lagi..aku start pandai cuci montot sendiri masa aku umur enam tahun..bangang ke bongok dah besor gajah pom tak pandai cuci montot sendiri *adakukesah*..sepanjang zaman jahiliah tu, abah akulah yang banyak buat pahala besar..tiap kali nak berak mesti aku jerit jerit panggil abah tolong basuhkan montot gebu aku...nak harapkan kakak2 dan abang2 aku semua..berulatlah montot aku ni..hukhuk..tapi tak apa, aku ada abah yang super hebat..terima kasih abah..

Satu hari ada seekor ular masuk dalam rumah..kejar punya kejar ular tu masuk dalam jamban..*dulu dulu tepi dan belakang rumah  aku hutan penglipur lara so, tak kisahlah la kalau ular tersesat masuk rumah..seramm aii*..Nak dijadikan cerita, kebetulan aku sakit perut time tu..memang perlu berak dengan segera..tapi aku takut  sesangat coz ular tadi dah masuk dalam jamban...takutlah aku..buatnya aku tengah berak tetibe die patuk montot gebu aku tak ke naya..tapi dah aku menangis sambil hentak hentak kaki abah aku pom temankan aku..time tu abah aku boleh lak nak menyakat aku..dia cakap ular dah keluar..tak ke aku jerit jerit manja kat situ..Agaknya abah aku dah tak larat nak basuh montot aku tiap tiap hari so, hari tu abah ajar aku cara cara nak basuh montot dengan jayanya..thanks to abah..kalau abah tak ajar mesti sampai sekarang duk mengharap kat orang suruh basuhkan montot aku *gila melampau..haha*

See.sekarang aku dah pandai basuh montot sendiri..tambah tugas jadi pembasuh montot anak2 sedara aku lak..bila aku dah tak larat nak sental montot dorang aku praktikkan ajaran abah kat dorang lak..suruh dorang berdikari basuh montot sendiri..haha~

p/s: Cerita aku panjang lagi..minggu ni korang baca sampai muntah kisah aku dengan abah aku je tau...*I LOVE MY ABAH*

*Al Fatihah untuk abah saya..incik Abdul Latif B.Sa'aya*

Awak Sombong...

Dah seminggu tak jenguk blog aku ni..maafkan kakak ye adik blog..kakak bukan sengaja nak abaikan adik tapi kakak banyak kerjalah..haha..

Selama seminggu melepak di kampung bergumbira dengan emak tersayang dan juga sibling yang meruntun jiwa..ahakss..balik kali ni ramai juga la kat rumah usang mak aku tu..adik bongsu baru lepas SPM, adik tak berapa nak bongsu cuti semester (bulan 1 ni say good bye la kat rumah tu)..kakak aku cuti cikgu sekolah..abang aku cuti krismas..kesimpulannya yang ada kat rumah semuanya bujang trang tang tang yang dah akil baligh tapi tak reti reti nak kahwin lagi..hakhak..*mak dengar sure kena maki..lalala*, oh ya..credit to my boss coz luluskan cuti aku selama seminggu ('',) sayang bos lebih tau ..*statement tak betul*

Seminggu aku duk rumah, dengan jayanya menyibukkan diri di dapur dengan tujuan nak menghabiskan khazanah  khazanah masakan emak..lalala..*berat naik mendadak..cepat cepat puasa minggu depan*

Hari minggu aku keluar berjalan sambil mebawa beg sandang oren aku yang banyak menabur khidmat masyarakat pada aku..kalau dah berjalan  tu bukan nak reti senyum..tak kuasa aiii..nak senyum tak tentu hala..tapi tak tau lah kenapa hari tu mood aku terover aktif..tersenyum je sampaikan sorang pakcik ni cakap aku ni cantik la..cakap pom tersenyum je..*sumpah betul...sila muntah ye*..sebelum ni usah harap la ko nak tengok aku tersenyum girang happy...masyam macam betik basi je sebelum ni..haha..pakcik terima kasih la puji saya..tapi hari tu mood saya dalam keadaan hyper happy la pokcik..

psss..kawan kawan aku pom ckap aku ni muka sombong..bajet bagus..*adakukesah* eh, suka akulah..muka aku..lagi pom mana aku tau muka aku time aku tengah bercakap dengan ko..takkan nak tilik muka kat cermin sebelum cakap dengan ko..*itu kalau orang yang baru first time nak cuba cuba tegur aku, mesti dorang cakap aku ni syombong tapi bila dah kenal nakal macam puaka..lol*


*Kompius..muka marah atau sombong ni??*


p/s: sombong itu perlu sekadar perencah rasa..bongkak atau bongok sila hindarikan..lalala~

Saturday, December 18, 2010

Saya Gay..Saya Okay..

Uiit..tajuk nak gempak aje kan..yang gay tu bukan aku sebab aku ni pompuan..pompuan tak boleh jadi gay..huhu..tak tau la kenapa tak boleh tidur lak..so, dengan ajaibnya aku pom berblogwalking la..banyak sangat jumpa kawan kawan baru tadi..hoho..lepas dah say hye and tata aku pom terus menuju ke youtube..tengok cara cara nak bemekap pula..*tak sudah sudah..tapi tak juga pandai nak mekap muka sendiri..haha*..


Tetibe aku terperasan kat sebelah tu ada tajuk ::saya gay saya okay::...macam haremmm je tajuk dia kan..tapi itulah realiti..so, jom layan video mamat gay ni..haisshh, aku tengok muka dia dengan lentuk lentuk badan dia pom aku dah geli..yarrkk..tapi dia ni pandai..engineer gitu...*salunya orang bijak pandai memang cam gitu..tak bernafsu dengan pompuan..lebih lebih lagi doktor sakit puan...ada butul..* Jom layan video ni..lepas ni kalau korang terserempak dengan mamat ni korang baling je dengan high heel korang hokeh..*teremo lak*



video
*Semoga beliau insaf dan mendapat hidayah dari Allah*


p/s:  Bersyukur dengan apa yang Allah Berikan
p/s/s: Kenapa aku gila sangat dengan shawl..sabar sabar..


Friday, December 17, 2010

Tak salah Menolong...

Assalamualaikum semua...laki laki pergi solat jumaat tak???gegirl dah solat zohor belum??*mood alim*..

Sekarang ni dah masuk pertengahan bulan 12...akhir tahun biasalah kan..banyak sangat promosi kat merata rata tempat termasuklah jualan online..maklumlah cuti sekolah kan..so, sempena akhir tahun ni aku nak promote butik member aku..UK de Vogue Boutique..kat butik dia ada buat year end sale..so, mari reramai terjah blog dia..dia ada wat jubah offer tau..oppss..member aku ni baru nak berjinak jinak dalam dunia bisnes online..so, marilah reramai hulurkan bantuan ringankan beban..cepat cepat...


Jom terjah blog  UK de vOgue Boutique ..jangan segan silu yaaa..=)


*salah satu baju year end sale*


p/s: andainya aku berduit..semuanya akan ku beli...lalala~

Tuesday, December 14, 2010

Sila Tolong Saya..

Assalamualaikum bloggarians..nak bitau ni..tapi jangan jeles tau..aku update entri guna iPhone..sila cakap hebat..tapi bukan iPhone aku lah..ni iPhone dia..Haha..disebabkan sangat tak best taip guna satu tangan sambil satu jari maka entri ini dipendekkan yo..


Nak tanya ni...nak minta pendapat ni..tolong aku boleh? bolehlah bolehlah..nanti kita bagi dua kupang..nak tak..nak tak..huhu

Aku a.k.a saya nak minta tolong kat kamu semua...............
...........................................
.........
............................



....................
...........
......................
......




Sikit lagi...........
...............
.....................


















Nak minta tolong korang bagi pendapat..kalau korang jadi cikgu apa sumbangan yang korang akan bagi untuk bidang perguruan...thanks all =)



P/s: harap maaf kalau entri ini tak memuaskan..nanti aku nak cek kat lappy rope mana jadinya kalau taip guna iPhone yang mahal ni..Haha









.........

p/s:  setelah dicek dalam lappy..camni jadinya bila taip guna ipone..tak tersusun dan kemas..maklumlah iphone tu kesyil..lappy ni besor..boleh nampak semuanya...

Tips Untuk Pergi Interview

Assalamualaikum semua...dah mamam belum..kalau yang belum tu pergi mamam cepat..haiiip..

Sebenarnyakan dalam kepala hotak ni duk memikirkan macam macam benda yang perlu dibawa dan dibuat time interview nanti...benda yang wajib ialah:

  • bawa diri sendiri...yang ni paling penting..kalo tak siapa yang nak ditemuduga nanti kan..hakhak..
  • bawa semua sijil sijil termasuklah semua sijil salinan yag telah dicop sahkan oleh mudim mukim kampung..
  • surat surat yang bekaitan..surat cerai tak perlu kot..haha
  • gambar sinaran pasport kegemilangan...*mencilah nak tangkap gambar bagai ni..i kan artis low profile..huahua


Hokeh..tu yang wajib..yang tak wajib pula:

  • berpakaian kemas dan shantek serta tak menjolokkan mata para penemuduga..
  • kasut bertutup..nak pakai selipar pom boleh tapi kompem lepas tu sampai surat kat rumah.."TAKZIAH..anda tidak luluh dalam temuduga"...
  • Mesti kena bawa beg..bukan beg sekolah tapi handbag hokeh..diulangi handbag atau bahasa jerman beg tangan..waaa, ni masalah paling berat..sepanjang aku hidup tak pernah aku ada handbag..jangan kata nak pakai..nak beli pom dah geli..tak reti lah nak berhandbag bagai ni..tapi kali ini aku perlu jadi hipokrit..mungkin aku perlu lupakan beg sandang oren aku wat sementara waktu ni..
  • fail..kalau boleh warna hitam..hitam itu kan menawan..harap harap hincik penemuduga akan menerima saya dengan ikhlas bukan kerana fail saya hokeh..haha

Yang Harus...perlulah bersedia dengan lebih awal..buat research sikit sikit tentang apa yang bakal ditanya nanti..yang paling penting hubungan dengan Allah perlu jaga..cuma Allah yang menentukan segalanya..oh, terlupa lak, senyum pom perlu juga ya..sesape yang rasa dia tak pandai nak senyum tu paksalah diri  senyum jugak..huhu..


*sila jangan duduk camni time interview..kurang sopan tau..*


p/s: Tatutnya nak interview..doakan saya semua..

Monday, December 13, 2010

Tak Perlu Bercerita la..

Assalamualaikum semua...Hope korang sihat..aku baru balik dari pasar malam then terus buka tenet update entry terbaru..hebat tak aku..*sila cakap hebat hokeh*..nasi ayam yang aku beli tadi pom tak makan lagi..memang la sebab nak bagi ayam makan kan..haha


Hujung minggu hari tu aku keluar dengan member member aku *cerita lama tapi baru nak update..ceh..* kiranya macam wat reunion party la..hakhak..biasalah aku, kalau keluar mana mana mesti ajak main bowling..tak sangka dorang accept..tapi macam biasalah aku still tak dapat tempat pertama..*bengang*..lepas kitorang main bowling berfikir fikir nak buat apa lak lepas tu..kebetulan sebelum main bowling, member aku sorang ni dah terperasan tempat main game sebelah bowling ni..so, kitorang pom main game dengan gumbiranya..beli token bukan main banyak lagi..yang tak boleh blah main lumba kereta tapi aku kalah sebab banyak langgar divider dari drive macam orang biasa..member aku cakap biasalah tu kamu..alang alang saya yang pro bawa kereta ni pom langgar divider je..ini kan kamu *mencilah dia cakap camtu..huhu*


Lepas dah semua game kat situ kami bantai *tipu je*..perut pom lapor siap nyanyi dangdut dah..masing masing sibuk nak pilih tempat makan..alih alih aku yang menang *terer tak*..aku suggest makan kat McD..tempat peberet aku..sebelum tu kitorang beli tiket wayang dulu..cerita Ngangkung ..takut habis nanti mahu meraung raung kat luar wayang tu lak *bukan aku hokeh tapi mereka..ahakss*..


Dah selesai makan pastu solat..kitorang pom terpacak get ready macam tak sabar sangat nak masuk wayang..punyalah semangat kan..sebelum tu one of my member ni cakap dia dah tengok dah cerita Ngangkung tu..dalam hati aku dah tak sedap..tapi aku biarkan jela..malas nak layankan hati..


Masuk je dalam panggung semua tercangak cangak cari nombor kerusi..dalam gelap mana nak nampak kan..*alasan*..kebetulan aku duduk sebelah member aku yang dah tengok cerita Ngangkung ni..dalam hati dah tak sedap dah tapi malas nak layankan hati..buat tak tahu jela..


Ni dah sampai klimaks cerita..haha..belum start cerita Ngangkung member aku ni dah story baik punya kat member sebelah aku..sebab bila dia nak cerita kat aku, aku malas nak layan..nanti tak ada feel nak tengok cerita kalau dah tahu..tapi nasib aku malang sebab dari awal hingga akhir dia duk sedap bercerita dengan member aku lagi sorang..menci tol la..nape lak member aku yang lagi sorang tu dok layan..menci menci menci..TAK PERLU BERCERITA LA...hilang feel aku..


::sekian::

p/s: berbuat baik walaupom hati sering disakiti..=p

Sunday, December 12, 2010

Tutorial :: Saya nak tag awak lah ::

Salam and Hello semua..aku nak sambung tutorial ni..[tutorial ni pom korang dah tahu..tapi aku tetap nak bitau pada yang belum tahu]..sesape kutuk, aku lempang lelaju..haippp

[Bahagian 2]
  • Kebanyakan contest/giveaway mesti suruh korang tag tiga atau pom lebih kawan kawan korang kan..so, meh sini aku nak tunjuk cara cara nak tag orang..hehehe..

  • Memula pergi kat bahagian Link * mata anda sila pandang ke atas jap kat bahagian sederet dengan tempat nak upload gambar and nak tukar tukar color tulisan *..haa, tekan kat situ pastu ada la kuar statement suruh isi kat ruangan Text to display dan Link to ..korang wajib isi benda benda ni tau

  • Ruangan Text to Display adalah ruangan yang korang boleh tulis nama nama yang korang nak tag..contoh aku tulis  Qeen Sha [Tak boleh klik lagi sebab aku tak letak link/url si Qeen Sha ni lagi =p]

  • Pastu pergi kat ruangan Link to then letak url sesape yang korang nak tag [http://qeensha.blogspot.com]<-----*inilah url*..mudah kan...contoh macam aku buat ni.. "saya nak tag Qeen Sha"..sangat easy kan..

  • Perlulah diingatkan blog ni bukan macam fesbuk..bila orang tu kena tag dah boleh tau sebab ada kuar kat wall profile dia kan..kalo korang dah tag orang kat dalam blog korang, korang perlu menghebohkan kat shoutmix orang yang dah kena tag tu..kalau dia tak ada shoutmix, ringan kan tangan hulurkan bantuan tulis kat entry komen dorang yang terlatest..

Feel free..sila baca [Bahagian 1]

Tutorial :: Macam mana nak join Contest or Giveaway ::

Salam semua..Selamat petang ahad..hurm, hari ini tak leh pergi jejalan..beristirehat sepanjang masa di kondom kondo mewah (ok, aku tipu.)..rehat rehat kat rumah yang dilengkapi kipas, laptop dan tenet..tak ada benda benda ni mahu sesak nafas aku..huhu


Tajuk entry kali ni macam nak syok sendiri je kan..tapi atas permintaan Qeen Sha (dia wat permintaan sebab semua contest/giveaway yang aku join aku tag dia..haha) aku nak buat juga tutorial ni..mungkin semua dah tahu macam mana cara cara nak join contest or giveaway tapi korang perlu sedar yang bukan semua orang tahu macam yang korang tahu..mungkin mereka yang baru nak kenal dengan dunia blogging baru nak tahu cara nak join contest after baca my tutorial ni. * terperasan jap..haha*..neway, sesape yang rasa nak tahu boleh terus follow..sesape yang tak nak sila lari jauh jauh..*shuuuhh*..

[Bahagian 1]

Yang perlu korang tahu:

1) Copy Banner kat korang punya entry and sidebar..then, perlu link banner itu ke dorang punya (penganjur) blog..
- hokeh..memula copy banner tu..kalo banner tu tak disertakan kod, korang just right click kat image banner tu komdian save as image..pastu bila nak tulis entry pasal contest or giveaway korang tempek gambar tu semula kat korang punya  entry..
- kalau contest /giveaway tu buat banner yang ada kod..korang just copy kod tu then paste kat korang nyer entry..ala.macam korang copy paste asignment..tak gitu..huhu


2) Tinggalkan link entry korang kat ruangan komen
- maksudnya..entry yang korang buat cantik cantik untuk join contest/giveaway ni perlu di link kat ruangan komen yang anjurkan contest/giveaway ni..jangan lak korang link kat entry bukan bahagian contest/giveaway..
-link yang perlu diletak ke bahagian komen perlulah link yang terus pergi ke bahagian contest/giveaway..contohnya http://eightissamaniah.blogspot.com/2010/12/photo-contest-my-bestfriend-forever.html  * tak boleh blah siap nak bagi contoh berbagai..sila gelak kat haku..hahaha..*


3) Perkara lain yang perlu diikuti..
-mesti ikut syarat syarat penganjur..kalau dia suruh letak tajuk "saya sayang samaniah"..so, korang pom kena wat tajuk camtu..jangan memandai nak ubah tajuk nak syok sendiri..ahaksss..
- kalau penganjur suruh jadi follower dia sebagai syarat penyertaan, korang pom kena ikut kan jugak..suruh tag orang lain pom korang kena turutkan juga hokeh..
- akhir kata..semua kena ikut cakap penganjur..jangan degil degil..nanti tak dapat hadiah..hoho..

Feel free..sila baca  [Bahagian 2]

Mama Kembar 3 Buat Giveaway..YaY!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Jalan jalan kat bloglarian tetiba aku jumpa giveaway yang menarik dan hadiahnya juga menarik..oh.siapa tak nak join sila lari jauh jauh..hihi
*Sesape yang nak join klik Mama Kembar 3 buat Giveaway..Yay!! *


Serba sedikit tentang mama kembar 3 :

- Giveaway ni dibuat sempena ulang tahun mama kembar 3 yang ke enam..*Happy anniversary ye..tahniah*
- Beliau ni ada baby kembar 3..that's why nama blog beliau mama kembar 3.
- Kembar beliau shomel shomel tau..rezeki sekali lahir dapat tiga terus..tak ke hebat tu..Allah itu maha berkuasa *insaf*..mak aku dapat penyakit darah tinggi selepas lahirkan aku..maybe waktu tu mak terlebih nervous or stress..mak..i love u sangat sangat..nanti balik kampung orang bagi upah cium dengan peluk kat mak..mmmuaahh :)


Jom layan video ni..tengok macam mana susahnya ibu korang nak lahirkan korang...


video

*kelahiran dengan pembedahan..nak letak yang lahir secara normal macam tak sopan lak..lagi pom aku takut nak tengok yang lahir normal punya..seram dan insaf*


Ni pula hadiah untuk yang menang giveaway..hebat hebat weh..tu fasal aku join tau...*big grin smile*


:: Hadiah Tempat Ketiga || Telekung Travel ::
*uit..bestnyer..*


:: Hadiah Tempat Kedua || Island waters Body Mist + Telekung Travel ::
*oitt..ini lagi best..*

 :: Hadiah Tempat Pertama || Pure sedection midnight body lotion + Body Mist + Telekung Travel ::
*wow..amazing!!ini super best...*


:: Saya nak tag Qeen Sha *haruslah*...afi...sakinah ::



p/s: saya pom nak baby kembar jugak..boleh??

MyAuthenticZone Opening Giveaway

*Opening Giveaway from My Authentic Zone Online Shop *

Giveaway ini sangat mudah..bloggers yang berminat bolehlah join contest ini..kebetulan perfume aku dah nak habis..nampak je giveaway ni terus aku join..sebab giveaway ni tak mention yang akan ada pemenang yang akan menang dengan jayanya..so, aku dengan perasaan yang bersangka baik telah menjoin kat sini hokeh..sebab saya suka benda wangi..siapa tak join dia busuk..AWAK BUSUK bak kata Noh Hujan :)


PembaikanPulih Blogshop:

- Blogshop anda dah mesra pelanggan cuma mungkin perlu ubahsuai warna background anda...


Penambahan Jualan:

- Try la jual bear or music box  yang ada pompuan menari nari tu pulak *kedua duanya perlu unik untuk tarik minat buyer*..kebanyakan blogshop yang saya usyar susah nak cari benda ni..i lurve bear :)


Saya nak tag Qeen Sha *saya sangat suka tag dia ni..haruslah begitu kan..sebab dia pembaca setia saya yang paling saya kenal*



p/s: minggu ni aku banyak join contest dan giveaway coz tak ada idea nak tulis entry baru and busy wat preparation for KPLI (jqaf) interview..*maklum =p*

Saturday, December 11, 2010

Bloglarian ::No. Rumah 114 ::

Assalamualaikum all readers..

Korang semua sihat tak..aku terlebih sihat..alhamdulillah..

Hari minggu yang indah ni aku keluar lagi..tiap tiap minggu mesti kena jejalan..lepaskan tension setelah penat lelah bekerja..penat ke? huhu

Entry yang lepas aku ada cakap nak beli eyeliner, eyeshadow and blusher kat elianto kan tapi malangnya aku hanya beli eyeliner je..*tanpa eyeliner tak ceria la hidup aku* yang lain tu aku terpaksa abaikan je la..ada benda yang lebih mustahak aku nak beli tau..




Korang..aku punya blog dah tersenarai hitam dalam blogharian..bestnye..ramai bloggers dah jenguk dan tinggalkan mesej dorang kat shoutbox aku..tak apa la, baru permulaan..lama lama nanti dorang mesti tinggalkan komen kat setiap entry aku lak *tingginya harapan*..hehe..aku dari rumah no 114..kalo rajin silalah baca semua entry aku yer..huhu~

Ok..terima kasih blogharian sudi terima saya jadi anak angkat kamu...=p


p/s: saya dah ada eyeliner baru...suka..suka..sukanyer...

Contest Cerpen Sesedap Rasa




PART 1

Hujung minggu yang membosankan..arghhh..semua housemate Ain Zulaikha keluar ke bandar dengan tujuan masing masing..Hanya Ain Zulaikha dan Parsi yang masih setia di hostel..

Selepas solat zuhur, Ain Zulaikha baring baring di atas katil..kononnya nak berehat sejam dua tapi terlelap sampai ke asar..tiba tiba handphone Ain Zulaikha memberi isyarat bunyi mesej masuk..terkebil kebil Ain Zulaikha membaca mesej tu..


Apasal lak dia minta share..entah nombor sapa pun aku tak kenal..tapi si Ain Zulaikha ni sungguh gatal tangan nak balas mesej tu..

Ain : eh, awak salah hantar mesej la..

Si Silap : eh, yela..sori hokeh..saya nak send mesej tu kat member saya..hihi =p

Ain : it's ok..biasalah tu..saya pun kadang kadang tersalah hantar mesej..peace no war..
*tetibe..*
Si Silap : awk ni macam baik je..saya nak kawan dengan awak boleh? boleh lah...pleaseeee..

Ain : Maaflah..mak saya pesan jangan kawan dengan orang yang tak kenal..huhu..*mahu tapi malu*

Si Silap : tak apalah camtu..anyway, saya fariz..

*terloncat gembira Ain Zulaikha bila tahu yang si silap tu lelaki..entah macam mana dorang ni terus jadi kawan..mungkin si Fariz dah mandrem kan si Ain Zulaikha ni..haiipp..tak baik tuduh tuduh tau..menci*


PART 2

Sedar tak sedar dah dua bulan Ain Zulaikha dan Fariz ni berkawan hanya kerana salah hantar mesej je..Ain Zulaikha la yang paling gembira sebab dia dah ada boypren sekarang ni..tak perlu lagi ada rasa tersisih dengan housemate dah..cuma yang Ain Zulaikha risau macam mana la muka si Fariz ni..bila suruh MMS gambar macam macam alasan dia bagi..cuak juga Ain Zulaikha takut terkenan dengan laki orang..huhu..petang tu Ain zulaikha makan kat Restoran je sebab tak cukup bajet nak makan kat warung..betul ke??


Masa tengah makan..Fariz mesej cakap nak jumpa Ain Zulaikha hujung minggu ni..kalau Ain Zulaikha tak setuju dia tak nak mesej dengan Ain Zulaikha dah..hamboiii..hitler betul ko ni Fariz..


PART 3

Jeng jeng..hari minggu yang dijanjikan tiba juga..dup dap dup dap jantung Ain Zulaikha dari malam semalam..Fariz cakap dia pakai baju pink..dalam fikiran Ain Zulaikha dah fikir fariz ni jantan selamat tinggal dunia pondan..

Masa Ain Zulaikha tunggu bas kat depan hostel, tiba tiba Parsi melintas nak dapatkan Ain Zulaikha..Kebetulan pula  ada sebuah teksi lalu dengan laju..mengaum bunyi tayar tekan brek..tak fasal fasal ain Zulaikha kena marah dengan pak cik teksi tu..malunya ain Zulaikha..dalam hati ain Zulaikha dah fikir bukan bukan sebab macam macam benda buruk berlaku sebelum nak jumpa si Fariz ni..tapi ain Zulaikha terpaksa pergi juga sebab dah berjanji..sedihnyaa



PART 4

Sampai kat Restoran, ain zulaikha terus mesej Fariz..Fariz ni pula macam main nyorok nyorok dengan ain zulaikha..dah la tak nak bagi sekeping gambar pun..jenuhlah si Ain Zulaikha ni mencari Fariz..habis semua lelaki yang pakai baju pink dia sergah..malunya Ain Zulaikha..Tiba tiba ada seorang lelaki pakai baju pink masuk ke dalam restoran..ain zulaikha terus menyorok belakang tiang kat restoran tu..dalam hati dia takut sangat sebab laki tu betul betul mengerikan..pakai skirt perempuan kau tahu..tiba tiba handphone ain zulaikha berbunyi..FARIZ!!..ain zulaikha takut nak jawab tapi dia angkat juga sebab dia nak say good bye kat Fariz..tapi Fariz kata " awak pusing belakang..saya kat belakang awak ni...tengah duduk.." malunya ain zulaikha bila pandang ke belakang dan lebih malu bila dia tahu yang Fariz sangat handsome macam Lee Min Ho..*blushing*


Inilah Fariz..padan muka ain zulaikha selalu fikir yang bukan bukan tentang Fariz..last last jatuh cinta kaw kaw dengan Fariz..

::Tamat::

Saya nak tag dorang ni :






p/s: Boleh apply jadi cikgu BM lepas ni..haha..lingkup2 =p


Friday, December 10, 2010

Photo Contest :: My Bestfriend Forever ::

Salam semua..

Ini kali pertama aku join contest..sebelum ni aku memang tak pernah join mana mana contest coz i ni pemalu + pemalas tahap kritikal..(ok saya tipu)..contest ni dianjurkan oleh cik siti..dia pom baru pertama kali buat contest so, kiranya adil la kan..dua dua baru kali pertama kan..hihi =p

* Tuan punya badan yang anjurkan contest ni..*
* kalau nak join sila tekan My Bestfriend Forever *


* ini dia bestfriend forever aku..sahabat bertepuk tampar..menangis..meroyan dan bergelak ketawa bersama sama..kelihatan di sana muka muka kami yang sangat innocent.sila puji kami hokeh *


- Aku kenalkan sengsorang yer..saman (aku lahh)..yati..dila..liza..dijah..Kami semua kenal kat tempat menimba ilmu iaitu USIM..kenal dari tahun satu lagi tapi masa tahun satu tu aku tak rapat pom dengan dorang ni kecuali dijah coz aku sebilik dengan dijah..mana mana pergi sentiasa dan selalu bersama sama..seingat aku kitorang jadi kamceng start tahun tiga semester enam..

- Dorang ni the best among the best laa..sentiasa ada time susah dan senang..time nak menangis pom dorang ada gak..i malu tau nangis depan orang ni *blushing*..tapi tak kisah la..dorang pom dua kali lima..menangis depan aku gak..hihi

- weh..sayang korang tau *malu tau nak tulis camni..kang aku emo susah lak*..hope korang dapat kerja yang bagus bagus..ke semua nak jadi cikgu..hehe~


Bloglarian :: Untung Si Blogwalkers ::

Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat..bagi si teruna selamat sembahyang jumaat dan bagi si dara selamat bershopping * tak percaya cuba korang tengok kat shopping complex sekarang ni mesti gegurl menimbun kat sana*..


Sejak Akhir akhir ni blog aku ni ada la jugak perkembangan dari dulu..yeke??..semenjak dua menjak ni aku dah rajin blogwalking..terjah blog orang pastu menjerit kat shoutbox dorang..agaknya tu pasal dorang terjah blog aku balik..dulu dulu usah harap la aku nak blogwalking ni..wat perangai lagak huduh je..haha..tujuan aku blogwalking bukan semata nak ada feedback dari dorang tapi nak cari ilmu..yela, aku kan manusia bertubuh pendek yang tak banyak ilmu tentang blog..so, bila wat blogwalking banyak la yang aku dapat..dapat tambah kawan kawan alam maya, dapat idea nak wat banner yang shantek2, dapat tau tuan blog  tu cantik/hensem ke dak, dapat macam2 ilmu..sharing is caring not boring hokeh..



Bloglarian..boleh tingkatkan traffic korang juga*
 * Aizul Marcello..Zack Zuhairi dan blogger tegar yang lain pom ramai join bloglarian =p*


Yang best kat Bloglarian ini:

- Blogwalking dengan lebih mudah dan pantas
- Boleh Buka 5 blog dalam hanya dalam satu window..tak faham, sila buat buat faham hokeh..
- Loading time untuk blog lebih cepat.
- Trafik berganda..Bila ada orang buka senarai korang je, korang dah dapat trafik..korang nak tak??


||Kalau rasa nak join bloglarian  ni sila klik Saya dengan ini nak sertai Bloglarian||


Saya nak tag bebudak ni:



p/s/s: Tak salah berkongsi..jangan kongsi suami sudahh =,=


Lelaki Pilihan Perempuan...


*Sila abaikan..Tiada kena mengena dengan cerita*

Jangan risau wahai pria di luar sana kalau anda tidak sekacak Shah Rukh Khan dan tidak sekuat Badang..Anda yang bernama lelaki tak perlu jadi model atau pelakon untuk memikat hati wanita..dan tak perlu juga nak makan muntah hantu air macam badang..buduh punya badang kan..sebenarnya senang je nak pikat hati perempuan ni kalau betul caranya..sebab aku pom tergolong dalam kategori wanita yang payah nak jatuh sayang kat orang..sekali dah sayang memang sayang habis habisan..apalagi, marilah ramai ramai menyayangi aku..haha..hokeh, stop mengarut..kang tak tercapai misi asal lak..hihi..moh, usyar sama sama apa benda yang hebat sangat sampai perempuan boleh jatuh sayang kat lelaki even laki tu tak segah dan sehensem abah aku..*betul2*

1. Lelaki yang mempunyai cita2 besar bukan berbadan besar serta berperut boroi hokeh..beliau juga berhasrat untuk menolong orang yang memerlukan..dan bukan beliau yang meminta pertolongan kepada orang lain terutama meminta tolong kat pompuan..

2, Lelaki yang tidak malu untuk berkata, "Saya minta maaf..saya yang bersalah..." atau nak lebih mengayat, korang digalakkan buat ayat pemanis mulut sebelum perkataan saya minta maaf..kompem cair..tapi semua tu tertakluk pada kekerasan hati awek yang korang nak ayat tu..*Tak cuba tak tahu..cubalah dulu.."

3. Lelaki yang meletakkan urusan dengan Tuhan melebihi segala galanya..*yang ni aku paling suka*.

4. Lelaki yang sentiasa bersungguh sungguh bila melakukan sesuatu perkara..dan bila mendapat hasil, dia akan membuat setinggi tinggi penghargaan kat orang yang tolong dia..

5. Lelaki yang sentiasa tersenyum..mesra..merendah diri dan tidak ego.tak kira la dengan siapa pom..orang tua, orang muda, kawan kawan, atau dengan baby sekali pom jangan sesekali nak tayang korang punya hero hokeh..amat dibenci oleh kaum yang sensitif seperti aku..

6. Lelaki yang sedar akan silap sendiri dan tak kepoh kepoh nak sebar kesilapan orang lain kat dalam facebook..lelaki sekarang lagi demand dari perempuan hokeh..bila ada benda tak puas hati or tesentap sikit mesti nak mengadu dalam facebook..haduiii..*abaikan jika anda bukan kaki mengadu ye*

7. Lelaki pemurah..yang sanggup keluar duit tanpa berfikir 44 kali..dan sanggup meluangkan masa serta mensedekahkan kebolehannya tanpa minta dibalas balik..*oh..sangat sangat suka laki2 macam ini..bila sale je aku pom terus buat ayat baik punya..kompem dapat..boleh??

8. Lelaki yang bukan hanya pandai cakap kosong je..ada certain lelaki cukup suka tunjuk pandai dan lagak..kunun2 dorang jela da best in da world padahal haprak..dapat laki yang macam ni korang blah je..patutkah??tepuk dada tanya iman hokeh..

9. Lelaki yang berusaha menjadi contoh yang terbaik untuk anak anaknya dan membawa anak2 nya ke masjid..bukan cuma hantar anak kat depan pagar masjid je, lepas tu blah macam tak ada perasaan bersalah lak..tak lupa juga sentiasa ingin jadi yang terbaik untuk isteri sendiri..

10. Lelaki yang cool dan tak cepat melenting bila tak ada mood..ala, lebih kurang simptom pompuan datang bulan la..sikit2 nak marah..sikit2 nak tersentap bagai..pastu menyesal nyesal hentak pintu bila hati dah sejuk..haha

**sesungguhnya lidah wanita akan menjadi lebih tajam bila lidah lelaki menjadi semakin bercabang**

*Pilihan di tangan masing2*

p/s: korang yang bernama lelaki..rajin rajinlah pakai deodorant..rajin rajinlah basuh baju..rajin rajinlah tolong emak bapak..

p/s: Harta aku bukan hak milik kekal ko..dosye tau buat camtu kat kite..

Thursday, December 9, 2010

Hanya suka-suka..

Assalamualaikum semua...

Mood: sedang menahan kesejukan sambil menggigil tahan sejuk disertai dengan bunyian tarikan hingus..yarkk..sungguh pengotor..hurm..dah tiga hari selesema..pedihnya hidung..rasa macam nak cabutkan hidung pastu cuci guna sabun bio zip..pastu letak balik hidung tu kat tempat asal..boleh?

Sebenarnya kan..aku ni tak suka la nak cakap aku..kalau cakap dengan orang yang lebih tua dari aku, aku guna ganti diri  "kita"..dulu dulu masa kecik kecik mak salu pesan jangan cakap aku nanti malam hantu paku datang..masa tu memang percaya habis la..cuba sekarang kalau mak aku camtu, mesti ada jawapan yang membina dari anak dia yang memang banyak bunyi ni..memanglah kalau guna "kita" agak sopan dari aku tapi kalo tulis blog guna "kita" mau nya aku di cop sebagai gediks girl..ahaks..tak percaya eh, jap aku tukar bahasa untuk entry kali ni..

uhukk..*test anak tekak dulu*..sebenarnyakan kita tulis blog ni sebab kita ni minat menulis..kalau korang baca entry kita yang dulu dulu, kita ada state kan kat situ yang kita sebelum ni pernah ada blog lebih dari tiga kali..tapi waktu tu kita macam belum bersedia nak jadi blogger tegar lagi so, blog itu selalulah di anak tirikan..sampai lah ke satu tahap macam sekarang ni bila sehari tak tulis blog rasa macam tidur tak lena je..huhu..

Bak kata Aizul Marcello tangkap gambar guna hati so menulis pom kena guna hati jugak..ayat si aizul ni lebih kurang cam gitulah...so, kita menulis ni pom guna hati kita tau, kita tak suka tau nak tulis saja saja..mana tau satu hari nanti  kita boleh tulis novel berdasarkan cerita cerita kat dalam blog kita ni kan..*tinggi angan angan kita kan*..tulis blog pom boleh dapat duit tau..tapi itu hanya sampingan je..kalo dah beghibu-ghibu sebulan macam penulis blog yang memang dah memang femes, kompem kita tak cari kerja lain dah...

walau tak ada orang yang sudi membaca kita tetap nak post entry tiap tiap hari jugak even tak ada idea gempak macam  si Sepet..boleh?? eh, suka hati kita lah,kita punya blog kan..haha..

p/s: Bercakap dan menulis tak sama..memang aku tak boleh tulis guna ganti diri "kita"..geli telingo den mendongar..macam pompuan gediks la...haiipp

Oh Elianto Sayang!!!

Salam all readers....

Dua minggu lepas aku pergi The Mines..Jejalan menghabiskan masa hujung minggu..yela, bila lagi nak merayau tak tentu pasal kan..haha..Selalunya aku window shopping je..masuk kedai ni..keluar kedai tu..pastu sibuk tanya jurujual macam macam padahal tak beli pom..selalunya jurujual tu tetap memaniskan muka..tak kan nak maki hamun aku lak..customer is always be right..tugas ko layan customer je..dapat customer yang macam aku nasiblah..haha..

Sibuk berjalan2 aku nampak ada satu kiosk ni tulis "elianto"..dengar nama kiosk dia pom aku dah rasa ni mesti barang barang tak ada brand coz tak pernah dengar pom sebelum ni..tapi disebabkan kiosk tu jual alat mekap, aku pom sangat sangat teruja nak masuk..masuk je dalam aku dah teruja tengok alat alat mekap yang berwarna warni..sumpah teruja tau..lebih teruja dari aku masuk MAC kiosk..sebelum beli aku pom belek belek harga dulu..kang lari bajet aku yang susah..terkejut aku blusher only RM5..Eyeliner and eyeshadow aku tak hingat tapi tak lebih dari RM10 la..kalau lebih pom around RM15-RM20..murah bangat..pelik juga, tak kan la murah sangat kan..rupa rupanya ada seasonal sales sampai 70%..ish3..

Walaupom barang barangnya murah tapi aku hanya beli pengilat kuku je T_T..pengilat kuku tu harga dia mahal  tau tapi selepas sales dapat la harga runtuh RM5..warna pom cantik dan berkilat...aku beli yang natural color..cop2..aku beli pengilat kuku tu bukan nak taruk kat kuku tapi taruk kat broach2 aku supaya batu batu kat broach aku tak tertanggal..fikir bukan bukan aku seligi kepala korang..haiiipp~

Disebabkan tak ada duit time tu, aku just telan air liur jela..tapi dah pasang niat di hari lain..hokeh, weekend ni aku nak pergi elianto lagi nak beli benda benda alah ni:
-Eyeliner..sangat penting untuk aku..eyeliner sekarang yang aku pakai ,adik aku sengaja terpatahkan..hampeh tol..bila tak pakai eyeliner sama rasa macam tak makan nasi ..yeke?haha
-Eyeshadow: nak beli kaler hitam or dark blue..*tertakluk pada harga dan duit poket*
-Blusher:baru berjinak jinak dengan dunia blusher..penangan kak ipar den..haha..kalo ade extra money aku sambar je..huahua..


Korang..Jom la p sama2...=,=

p/s: aku pom tak tahu sejak bila aku mula terjebak dengan dunia warna warni ni (mekap)..tapi aku suka..korang??

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum semua....

Hari ini bermulanya tahun baru hijrah..1432 menjenguk dan 1431 melambai lambai sambil say selamat tinggal kepada semua kenangan manis, pahit, masam, masin yang berada dalam tahun 1431...

Doa penutup tahun dan pembuka tahun sebagai pembuka tirai 1432..ahlan wahasahlan ya 1432..semoga hijrah tahun ini lebih bermakna dari tahun 1431...

Tak perlu berceloteh panjang sebab masing masing sudah tahu tentang konsep hijrah yang sebenarnya cuma nak berkongsi beberapa mesej dengan korang...yang mungkin korang pom dapat mesej yang sama juga macam aku..*sila hangguk pale ye*..saje letak mesej kat sini coz kejap lagi dengan riang hati aku boleh delete  mesej ini semua..bukan tak nak simpan buat kenangan tapi memori tak cukup la..tulis kat sini korang pom boleh baca mesej apa yang aku dapatkan..betul tak..betul tak..*hanya mesej terpilih layak dipapar..layankan jela...*

Mesej pertama:
"Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhan Kami, sempena awal Muharam 1432 hijrah yang barakah ini, muliakanlah dan sayangilah sahabatku..Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya dan kuatkan imannya..Berikan kenikmatan ibadah , jauhkan dari fitnah ..Suburkanlah benih KEISLAMAN pada dirinya..masukkan ia ke dalam syurgaMU tanpa hisab.Dekatkan dirinya kepadaMU..Amin ya Rabbul Alamin..Allahu Akbar..Salam MAal Hijrah *Sent by Yati*..

Mesej Kedua:
Kita Datang Disambut Azan..
Kita Pulang Diiringi Sembahyang...
Antara Azan dan Sembahyang..
Alangkah Singkatnya hidup ini..
Salam Maal Hijrah 1432
*Mesej ni tak berapa nak faham maksud yang nak disampaikan...tapi sangat dihargai sebab orang yang baginya pom memang aku hargai sangat2..hoho*

Mesej Ketiga:
Salam Hijrah 1432..
*sent by ira*
yang ni mesej paling pendek walopom orang yang bagi mesej ni tinggi macam pokok nyiur..tapi aku hargai juga..

p/s: Baju raya tahun baru tak de ke??

Sekarang ini..

Sekarang ni muka layu jer............

Sekarang ni bawah mata buntal dah ada tompok hitam yang mengerikan...............

Sekarang ni perut sentiasa lapor je.....................

Sekarang ni sentiasa tak cukup tidur................

Sekarang ni dah kurang cakap dah......................

Sekarang ni sentiasa boring.....................

Sekarang ni hidup perlu berjimat cermat......................

Sekarang ni sibuk memikirkan tentang kerja..................

Sekarang ni bila ada sale aku kena tutup mata dan tutup pintu nafsu...adussss...*nafsu meronta ronta bila nampak SALE...pejam2..bupp..langgar tiang..

p/s: Bilalah tabung siput ni nak penuh...*kompius*

Friday, December 3, 2010

10 Sebab Saya Sayangkan Diri Saya

Siapa tak sayang diri sendiri jangan baca tau..Entry ini hanya layak dibaca bagi mereka mereka yang saling menyayangi diri masing masing atau pom yang menyayangi diri aku sahaja..lalala~

*sekadar ingin menayang*

10 Sebab jer..

1. Sebab aku seorang yang selamba..otai..dan rockers..*menurut kata kawan2 aku dari sekolah rendah sampai la dah   masuk unibesiti, termasuk la pensyarah aku*..Selamba n otai tu aku masih boleh terima lagi tapi part rockers tu aku dah mula kompius 95 darjah celcius..tak apalah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan lidah manusia yang tak bertulang..kalau tak faham sila rujuk kamus yo

2. Sebab aku seorang yang pembersih dan pengemas..akan datang aku nak up lagi satu benda..pandai masak lak..entah bila nak majukan diri dalam industri masakan ni..

3. Sebab aku ada wajah yang unik..aku ada muka yang panjang macam jagung rebus..dan aku juga ada mata seperti ikan buntal..yang ni kakak aku cakap..dia selalu ejek mata aku macam mata ikan buntal..tapi aku anggap tu sebagai pujian tau..*pitam*  =,=

4. Sebab mulut aku sangat aktif bertanya..bak kata orang2 tua sediakan payung sebelum hujan..tu pasal aku perlu banyak bertanya..kang bila segan nak bertanya tak tahu jalan maka bila hujan dah tak ada payung..korang buat buat faham jela..aku pom pening apa yang aku tulis ni..*blur*  (*0^)

5. Sebab aku sangat suka memprotes atau dalam bahasa jawa berleter..huahua..sila jangan jadikan saya sebagai kekasih anda..woop.kejap2..berleter kat sini bukan macam opah2 korang ye..aku ni kan pengemas orangnya so, bila aku nampak je kekotoran atau ketidak kemasan secara otomatik aku akan memprotes sambil hentak2 pinggan..sila jangan tiru aksi ini di rumah..

6. Sebab aku ada suara yang high volume..sesiapa yang terasa dengan aku sebelum ni, aku minta maaflah..kadang2 korang tersalah tafsir volume suara aku..tak pasal2 merajuk tetibe..kadang2 mereka mereka ini tanya aku dengan suara yang lemah gemalai tapi dijawab pula dengan suara bak guruh..aku dah biasa la kat rumah cakap kuat kuat..tak best langsung cakap slow2 macam ayam tertelan telur sendiri je bunyinye..telinga aku pom geli bila aku cakap slow..*selalu kena tegur..eh, ko ni tak gheti2 nak cakap slow sikit ke..dari luar dah dengar suara ko*..hoho..ampun ya semua.._dengan guru2 n ibubapa je suara aku bak buluh perindu..

7. Sebab aku suka tolong emak aku..*Tak perlu disertakan sebab..kang dikira riyak lak*

8. Sebab aku ada anak sedara yang comel lote..kalau tak ada aku, tak ada lah sesape yang nak melayan basuh punggung dorang..kenapa mesti aku..sebab adik aku dah warning awal2 lagi kat dorang bila nak basuh punggung panggil cik atun..durjana kamuu...tapi tak apa, practice makes perfect ..ada mak kisahhhh *sila baca dengan lenggok pondan*

9. Sebab nama aku Samaniah..nama yang senang diingati..tak percaya sila tanya lecturers n members aku..terima kasih kepada yang memberi nama..

10. Sebab aku tahu korang sayangkan aku..so perlulah aku sayangkan diri aku juga..hasilnya terciptalah entry baru untuk korang..perasan yang amat..*blushing*

p/s: Yang tua dihormati..yang muda disayangi..yang baby diciumi..auummm..meowww~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...