Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Legging ke Lenggeng

Assalamualaikum bloggarian ..harap-harap korang semua sihat disamping insan yang tersayang..jangan jadi macam aku ni..dah berbulan-bulan tak balik kampung..gian dah ni nak melepaskan rindu kat amma dan orang yang sentiasa menyayangi diri aku..*tunggu kepulangan saya ye semua*..


Hokeh..kali ni topik hangat yang selalu dibicarakan dalam blog-blog sang arjuna saja iaitu kisah perempuan yang suka memakai legging..LEGGING ye..bukan LENGGENG..LENGGENG tu nama tempat kat nogori sembilan ye korang..para arjuna sangat suka mengutuk para dara walaupom dorang tu tak la perfect sangat pom..tapi para dara perlulah mengambil kisah akan apa yang dikutuk oleh para arjuna sebab apa yang dikutuk oleh mereka adalah betul dan mempunyai sebab-sebab yang amat munasabah untuk dikutuk-kutuk malah dicaci..


Aku sebagai seorang dara pom sangat malu dan tak suka dengan dara-dara lain yang amat suka memakai lengging..banggakah dara-dara kalian memakai sesuatu yang dianggap seperti memakai tetapi sebenarnya seperti bertelanjang bulat..kan mak dah termencarut..mak tak sukalah carut-carut ni..*pitam*


Segmen cuci mata..jom heboh-heboh =D..














ini imej cekci..jangan tiru gaya  ini..AWAS!!


*ini bukan legging tapi ini kain halam..bile tak berjalan halal dah berjalan haram*








*gebunya montot ko..ini kalau laki tengok time bulan puasa mau ganti pose 60 hari berturut-turut*



Setelah tengok gambar-gambar kat atas ini, adakah korang masih mahu pakai lengging..mungkin si dara akan berkata, tak kanlah kerana lengging para arjuna boleh tergersang..eh..para dara, korang tahu ke apa yang berada dalam fikiran para arjuna..mereka ada 9 akal tetapi hanya mempunyai satu nafsu..dan satu nafsu mereka itu memang hanya kepada para dara..

Banggakah para dara menayang montot debab anda..dan bahagian depan pula alur vagina anda..banggakah anda sebagai wanita islam memakai lengging seperti itu..ingatlah anda bukan baby..kalo baby pakai lengging amatlah comel ye..sebab bermacam kaler dan pattern ada..tepuk tangan, ubah fikiran..jangan meniru budaya  songsang fesyen barat secara membuta tuli..dorang tak nak pakai baju, korang pom nak bolen sama..mak terover laa..


p/s: kalau ada yang terasa dengan entry ini amatlah bagus..kerana orang yang terasa itu adalah orang yang masih mempunyai iman..sedarlah ALlah masih menyayangi anda...sesamalah kita menjadi umat islam yang dipandang tinggi oleh orang bukan Islam..wallahua'lam..

Tuesday, April 5, 2011

Malaysiaku Indonesia

Assalamualaikum semua..diharapkan korang-korang yang membaca blog aku ini sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah sentiasa..*sangat manis ayat mukaddimah aku ini..sila tepuk tangan ye..*


Sebenarnya perkara ini dah lama aku perasan cuma malas nak mention kat blog kesayangan aku ini..nak pulak sejak jadi ustazah bertauliah yang sentiasa banyak memelihara lemak di petang hari..huhu..kalau korang perasan setiap TV, baik swasta atau kerajaan semuanya nak tayang cerita sinetron indonesia *menyampah mak*..pagi, petang, malam semua indon..sampaikan aku rasa yang aku ni tinggal kat indonesia..Astro di hatiku pula tak sudah-sudah dengan cerita hantu prono indon..


Oh..kamonlah Malaysia..ape,  malaysia  ni dah  kering idea ke nak buat cerita banyak-banyak..atau artis malaysia ni terlalu demand dengan watak atau sememangnya artis malaysia pemalas..*mak menci tau*..aku penatlah tengok sinetron indon yang macam kartun  tu..tak ada motif pom..tayang muka mak-mak yang muda, anak-anak yang umur sebaya dengan mak-mak, boypren yang comel, bila terkejut zoom  muka terkejut dan ternganga mulut sorang-sorang sampai lima minit terlopong je..*mak penat nak membebel panjang-panjang..bukannya orang TV nak dengar rintihan mak yang kegersangan nak tengok cerita melayu..layan hindustan lagi besh..mantoop*


p/s : Tahniah kat ukhti Dalilah yang baru dapat anak buah sulung..musti kamu sangat gembira sekarang ini sampai terlupa nak baca blog adinda =D

*muka mak cik gojes nak ucapkan selamat datang ke dunia kepada anak buah ukhti Dalilah_gojes tak?? T_T*


p/s/s : saya sangat rindukan Malaysia yang dahulu -,-

Saturday, March 26, 2011

Ustazah Oh Ustazah

Ustazah Oh Ustazah...
Betapa beratnya title "USTAZAH" yang dipegang...
Tersilap sikit, cerita heboh berbulan-bulan tak pon bertahun...
Ustazah juga manusia..setiap manusia dijadikan tidak sempurna...
Tetapi berusaha untuk menjadi sempurna...

Ustazah Oh Ustazah...
Adakah dengan title tersebut, selamanya ustazah tidak boleh membuat silap...
Ustazah juga manusia seperti guru-guru yang lain..

Ustazah Oh ustazah...
selalu dijadikan bahan rujukan jika ada kemusykilan agama..
Jika tidak dapat jawab dengan betul dikatakan BODOH
Adakah guru-guru boleh menjawab semua soalan dengan betul tentang sains, matematik, georgafi..
pasti semua akan buka buku juga untuk menjawab..

Ustazah Oh Ustazah..
Berhias sedikit dikatakan BERDOSA..
Habis tu tak kanlah nak pakai baju koyak ke sekolah..
Berwangi sikit pon BERDOSA..
Habis tu tak kan lah nak busuk dengan muka serabai pergi ke sekolah..
Kesimpulannya, cikgu sahaja yang boleh melawa dan berwangi sampai senak hidung ..

USTAZAH dan USTAZ bukan MALAIKAT


p/s:   sekadar renungan untuk semua..peace no war :D

Tuesday, March 22, 2011

Doa Mengelakkan Diri Daripada Dirogol

Assalamualaikum semua....

Sejak akhir-akhir ni ramai sangat gegirl yang kena rogol..tak kira la anak dara, emak dara, nenek dara, budak dara..semua kena asalkan perempuan..so, kita sebagai perempuan perlulah mengetahui cara-cara mengelakkan diri dari dirogol..bak kata pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubati"..sebelum berlaku perkara yang lebih tak elok, lebih baik kaum Hawa ambil langkah awal..


Di bawah  ini adalah cara-cara untuk mengelak diri dari di rogol (dari segi fizikal) :


  • Gunakan laluan yang selalu dilalui oleh orang lain atau laluan yang ramai orang..biar bersesak janji maruah tak tergadai..Elakkan diri dari  berjalan di tempat yang sunyi dan gelap.

  • Jangan berpakaian seksi atau menjolok mata. berpakaianlah mengikut syariat dan landasan yang betul.

  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.

  • Jangan layan teguran atau pelawaan minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

  • Jangan biasakan diri balik lewat malam.

  • Biasakan diri berjogging atau bersiar-siar di dalam kumpulan.

  • Ibu bapa jangan menyuruh anak anak kecil perempuan membeli barang di kedai pada waktu malam.

  • Jerit sekuat hati, jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

  • Lapor kepada polis dengan segera jika diganggu  -----> sumber


Cara- cara untuk mengelakkan diri dari dirogol (dari segi rohani iaitu berdoa):

DOA MENGELAKKAN DIRI DARI DIROGOL



Terjemahannya:  Ya Allah..sekiranya Engkau mnengetahui bahawa aku  beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan zalim.


DOA MENGELAKKAN ANAK DAR DIROGOL



Terjemahannya: Ya Allah..sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya , maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan zalim.

Tuesday, January 18, 2011

Blog Bakal Terbiar a.k.a Bersawang

Assalamualaikum bloggarian =P

Selamat pagi dan selamat tidur semua..di pagi yang indah ni aku nak memberitahu kepada semua yang sudi baca blog aku ni,ceh..bajet blog hebat macam fatin liyana lak..tapi adakukesah..mungkin dalam seminggu ini tiada entry baru akan tercipta..seminggu boleh jadi dua minggu atau lebih..semuanya bergantung pada sekolah yang bakal aku mengajar nanti..kalau aku dapat sekolah kat dalam hutan rimba yang nak pergi sekolah pom kena naik bot maknanya time cuti sekolah jela aku baru hupdate entry baru tapi kalo dapat sekolah di tengah kotaraya insyaAllah sedaya mungkin akan ku update adik belog aku ni..

Hokeh semua..doakan aku menjadi guru yang dihormati dan disegani..wahhh terbaekk!!!

p/s: jangan lupa doakan aku jadi seorang guru yang sangat penyabar..sebab saya bakal mengajar kanak kanak istimewa..tak sabarnyer =)

*saya tak mengajar ABC..saya mengajar alif..ba.ta.*

Wednesday, January 5, 2011

Perempuan Yang Bersanggul Tinggi

Assalamualaikum w.b.t
(entry ini hanya untuk saling ingat mengingati di jalan ALLAH)

Korang perasan tak kebanyakan perempuan yang bertudung sekarang ni suka buat sanggul tinggi tinggi..kalau boleh dorang nak sama tinggi dengan gunung everest..teheee..

Entry kali ni aku copy dari 10jarijemari..*aku dah minta izin beliau sebelum mengcopy entry beliau ni..dah dapat kebenaran dah pom..beliau pesan sesamelah kita share info ni coz beliau pom dapat info ni dari blog kawan beliau..sharing is caring right :) *

Kepada wanita yang bergelar muslimah, jom baca entry ni..yang bukan muslimah pom dialu alukan untuk membaca supaya dapat menambah ilmu pengetahuan.


*sekadar gambar hiasan*

Bila pandang dari depan cun je tapi bila tengok dari tepi or belakang..alamak!!! bersanggul tinggi macam ni haram tau..aku tak tipu..ni hadisnya..


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita       yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223 -




Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


Setelah membaca entry ini, apa yang korang akan lakukan..bagi yang bersanggul tinggi adakah korang akan menurunkan sanggul anda?? tak mau tulis panjang panjang..tepuk dada tanya iman..


p/s: sesungguhnya aku pom sudah jauh tersasar..astaghfirullahal 'azim~


p/s/s: jom baca entry ni jugak Siapa bunuh MJ sebenarnya??


Thursday, December 9, 2010

Oh Elianto Sayang!!!

Salam all readers....

Dua minggu lepas aku pergi The Mines..Jejalan menghabiskan masa hujung minggu..yela, bila lagi nak merayau tak tentu pasal kan..haha..Selalunya aku window shopping je..masuk kedai ni..keluar kedai tu..pastu sibuk tanya jurujual macam macam padahal tak beli pom..selalunya jurujual tu tetap memaniskan muka..tak kan nak maki hamun aku lak..customer is always be right..tugas ko layan customer je..dapat customer yang macam aku nasiblah..haha..

Sibuk berjalan2 aku nampak ada satu kiosk ni tulis "elianto"..dengar nama kiosk dia pom aku dah rasa ni mesti barang barang tak ada brand coz tak pernah dengar pom sebelum ni..tapi disebabkan kiosk tu jual alat mekap, aku pom sangat sangat teruja nak masuk..masuk je dalam aku dah teruja tengok alat alat mekap yang berwarna warni..sumpah teruja tau..lebih teruja dari aku masuk MAC kiosk..sebelum beli aku pom belek belek harga dulu..kang lari bajet aku yang susah..terkejut aku blusher only RM5..Eyeliner and eyeshadow aku tak hingat tapi tak lebih dari RM10 la..kalau lebih pom around RM15-RM20..murah bangat..pelik juga, tak kan la murah sangat kan..rupa rupanya ada seasonal sales sampai 70%..ish3..

Walaupom barang barangnya murah tapi aku hanya beli pengilat kuku je T_T..pengilat kuku tu harga dia mahal  tau tapi selepas sales dapat la harga runtuh RM5..warna pom cantik dan berkilat...aku beli yang natural color..cop2..aku beli pengilat kuku tu bukan nak taruk kat kuku tapi taruk kat broach2 aku supaya batu batu kat broach aku tak tertanggal..fikir bukan bukan aku seligi kepala korang..haiiipp~

Disebabkan tak ada duit time tu, aku just telan air liur jela..tapi dah pasang niat di hari lain..hokeh, weekend ni aku nak pergi elianto lagi nak beli benda benda alah ni:
-Eyeliner..sangat penting untuk aku..eyeliner sekarang yang aku pakai ,adik aku sengaja terpatahkan..hampeh tol..bila tak pakai eyeliner sama rasa macam tak makan nasi ..yeke?haha
-Eyeshadow: nak beli kaler hitam or dark blue..*tertakluk pada harga dan duit poket*
-Blusher:baru berjinak jinak dengan dunia blusher..penangan kak ipar den..haha..kalo ade extra money aku sambar je..huahua..


Korang..Jom la p sama2...=,=

p/s: aku pom tak tahu sejak bila aku mula terjebak dengan dunia warna warni ni (mekap)..tapi aku suka..korang??

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum semua....

Hari ini bermulanya tahun baru hijrah..1432 menjenguk dan 1431 melambai lambai sambil say selamat tinggal kepada semua kenangan manis, pahit, masam, masin yang berada dalam tahun 1431...

Doa penutup tahun dan pembuka tahun sebagai pembuka tirai 1432..ahlan wahasahlan ya 1432..semoga hijrah tahun ini lebih bermakna dari tahun 1431...

Tak perlu berceloteh panjang sebab masing masing sudah tahu tentang konsep hijrah yang sebenarnya cuma nak berkongsi beberapa mesej dengan korang...yang mungkin korang pom dapat mesej yang sama juga macam aku..*sila hangguk pale ye*..saje letak mesej kat sini coz kejap lagi dengan riang hati aku boleh delete  mesej ini semua..bukan tak nak simpan buat kenangan tapi memori tak cukup la..tulis kat sini korang pom boleh baca mesej apa yang aku dapatkan..betul tak..betul tak..*hanya mesej terpilih layak dipapar..layankan jela...*

Mesej pertama:
"Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhan Kami, sempena awal Muharam 1432 hijrah yang barakah ini, muliakanlah dan sayangilah sahabatku..Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya dan kuatkan imannya..Berikan kenikmatan ibadah , jauhkan dari fitnah ..Suburkanlah benih KEISLAMAN pada dirinya..masukkan ia ke dalam syurgaMU tanpa hisab.Dekatkan dirinya kepadaMU..Amin ya Rabbul Alamin..Allahu Akbar..Salam MAal Hijrah *Sent by Yati*..

Mesej Kedua:
Kita Datang Disambut Azan..
Kita Pulang Diiringi Sembahyang...
Antara Azan dan Sembahyang..
Alangkah Singkatnya hidup ini..
Salam Maal Hijrah 1432
*Mesej ni tak berapa nak faham maksud yang nak disampaikan...tapi sangat dihargai sebab orang yang baginya pom memang aku hargai sangat2..hoho*

Mesej Ketiga:
Salam Hijrah 1432..
*sent by ira*
yang ni mesej paling pendek walopom orang yang bagi mesej ni tinggi macam pokok nyiur..tapi aku hargai juga..

p/s: Baju raya tahun baru tak de ke??

Wednesday, September 22, 2010

Fesyen Tudung Menjana Transformasi

Assalamualaikum semua...Kaifa halukum?? (Hehe..lama tak praktik cakap arab..dah berbelit dah lidah ni..hukhuk)..

Entry kali ni more to pesanan ikhlas yang akan menambahkan pahala saya dan anda semua..ececeh..bahasa pom dah bertukar..dari "aku" tukar jadi "saya"..maklumlah nak wat amal kebaikan bahasa pom perlu baik..tapi kenapa ngan Allah  kita cakap "aku"..contohnya, "ya Allah..aku memohon kepadaMu....." sampai sekarang saya tak tahu jawapannya.. zaman belajra dulu ada sorang ustaz aku saya tanya soklan camtu jugak..kalo cakap "AKU"  itu tak elok dan kasar kenapa bila minta tolong ngan Allah kita gunakan "AKU"..sedangkan minta doa mestilah kena cakap lembut2 kan...hah..fikir2..dah dapat jawapan, bagitau aku saya ye..

Fokus utama entry kali ni tentang fesyen tudung Menjana Transformasi..(tajuk entry lebih kurang sama ngan tema merdeka tahun ni..huhu) ada orang paggil tudung tu tudung express, tudung lekap, tudung ariani, tudung jangan pandang belakang (dah macam nama movie hantu lak..huhu)..walaupom tudung tu diberi banyak nama tapi aku tetap akan panggil tudung bibik..hahaha..

Ok..kat bawah ni, tudung yang pengantin tu pakai maybe salah satu brand tudung yang saya sebut kat atas tadi..kat sebelah tu pulak gambar birawati..gambar ni masing2 ngah pakai tudung..nak tau perbezaannya baca kat bawah yer..ohhh..sebelum terlupa..info2 ni saya dapat dari fesbuk member saya =)

  haaa... ni fesyen bertudung zaman sekarang yang orang2 tertentu bangga2kan...!!!

Hadis nabi :"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud..

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang atau di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami..

Setelah membaca info ni apa tindakan korang..nak terus pakai or buang je..

p/s: Bila saya try pakai tudung macam tu, kakak2 saya kata macam "bibik"..that's why saya panggil tudung bibik..terima kasih kat kakak saya sebab cakap camtu walopom ayat die kedengaran macam nak kondem kan saya.. kalau dia tak cakap camtu mesti skang ni almari saya penuh ngan tudung bibik..ahakss..

Monday, August 23, 2010

Kelebihan sabun serbuk dari sabun buku..

Ooo yey..(sila baca dengan nada happy!!)..bertemu lagi..Oh..sebelum terlupa..Assalamualaikum and selamat dinihari semua..Ekceli, aku baru saja selesai menaip kertas soalan exam (tak siap pom lagi sebenarnya)..penat gila..banyak betul soalan..nasib baik aku tak disuruh create soalan kalo tak boleh koma students aku..ahaks..disebabkan aku terlampau bizi dua tiga hari ni so, baju kotor aku pom dah membukit dalam baldi..setiap kali nak mandi memang dah pasang azam nak menyental semua baju2 tu tapi mesti tak jadi..haha..

Pagi tadi, lepas balik dari mengajar kononnya nak membasuh tapi membuta dulu..penat beb..budak2 sekarang memang hebat2..nak dilempang anak orang..kang free aje aku kena saman..mahkamah mari lol..

Ok, tak boleh membebel tanpa matlamat..kang tak sampai jalan cerita aku..hihi..lepas je bangun tidur, aku terus mandi..kali ni memang betul2 nak membasuh..tak sanggup aku tengok baldi aku yang melimpah ruah dengan baju tu..sesuai dengan tajuk entry ni, kelebihan sabun serbuk dari sabun buku..so, dengan bangganya aku memang menggunakan sabun serbuk cap BIO ZIP..sabun BIO ZIP ada banyak bau tapi aku suka pakai yang bau bunga ros tu..kompem melekat 88 hari baunya ..sangat wangi..jadi, silalah bertukar kepad BIO ZIP sekarang juga..

kenapa aku suka pakai sabun serbuk..sebenarnya sabuk serbuk ni boleh guna time malas dan rajin..sebagai contoh time malas..cara pertama..kalo korang malas korang boleh taruh sabun serbuk dalam mesin cuci..sabun buku memang tak boleh guna..kalo rasa nak kena bebelan free dengan emak korang cubalah buat..haha..cara kedua..kalo korang still lagi di tahap kemalasan tahap longkang..korang boleh rendam baju korang dengan sabun serbuk..nak rendam berapa lama pom tak kisah..janji jangan sampai bau longkang sudah..dulu time study aku memang suka rendam2 baju ni..ikut tahap kemalasan aku, pernah lebih dari 3 hari aku rendam  tapi baju still berbau wangi coz BIO ZIP punya kuasa..tak percaya, korang try buat..

Ape lagi ye istimewanya sabun serbuk ni..jap2 bagi aku fikir..Hahh..lupa nak cakap untuk time rajin pulak..huhu..ok, kalo korang terlampau rajin nak menyental baju2 korang tu, aku syorkan guna sabun serbuk juga..sebabnya jimat..betul2 jimat..aku tak tipu coz yang ni pom aku dah buat kajian..menurut kajian aku, sabun buku ni tak tahan lama..baru pakai 3 hari saja dah haus..oh..sangat membazir kalo nak membeli lagi..dah la sebuku RM 1..kalo 3 buku RM 3..lebih baik beli yang serbuk..baru dalam sekitar RM 4..dah tu boleh gune dekat sebulan..secara otomatiknya sabun buku still kalah dengan sabun serbuk..

Tapikan sabun serbuk ni ada gak kekurangannya..walopom aku suka dengan sabun serbuk sebab puas hati bila tengok buih2 yang banyak (sabun buku tak banyak buih) tapi aku still tak leh terima kalo ada orang manipulasikan buih2 sabun serbuk tu...dulu time study, ada sorang member aku ni..tiap kali membasuh mesti tak nak siram semua buih yang bertaburan kat lantai bilik air tu..sampaikan satu tahap aku pernah tertonggeng gara2 buih sabun serbuk tu..licin siot..kat sini aku nak sound kat korang2 yang suka guna sabun serbuk tu..lepas habis membasuh pastikan lantai clear dari buih..kalo tak akan mengakibatkan aku atau user lain terjelepok gemalai..lagi satu, jangan amalkan tabiat camtu selalu nanti lantai tak cantik lol, berlumut + berdaki...jagalah nama baik sabun serbuk..ahaks..

 p/s: Tetibe rindu kat kawan aku yang salu buat onar buih dengan sabun serbuk..rindu nak membebel kat dia sebenarnya..


 sabun serbuk kegeraman aku..jom semua guna BIO ZIP =,=



sabun yang kurang mendapat perhatian aku..ngeh3

Thursday, August 12, 2010

(Gambar) Buang Bayi Dah Macam Buang Sampah lak..

Korang percaya tak majoriti pelajar IPT ni sundal bolong..oppsss..terlajak sudah..

Asal aku cakap camtu..korang tengok la tiap2 hari dalam berita or paper mesti ada kes pembuangan bayi..kebanyakan yang wat benda terkutuk ni golongan IPT..dorang ni memang terror bab buang membuang ni..dalam semak, tong sampah,celah2 longkang sume ade..ada yang mati,ada yang hidup..aku tak tau la camne dorang ni tergamak leh buang baby yang shomel2 tu..weh..siyes baby sume shomel...sedangkan orang yang dah kawin yang still tak ada anak sibuk bertungkus lumus berusaha tiap tiap malam..tak kisah la berusaha yang tuuuttt or semayang hajat..yang penting berusaha..huahua..


Haa..ni contoh aksi ringan + terlarang (sila jangan tiru aksi ini)..just duduk peluk2 sambil say i lap u, u lap me..bermula dari yang ringan maka akan jadi lak yang lebih berat..pas dah buat yang ringan2 sure la cari hotel lak..tak payah hotel pom tak pe..dalam kereta pom boleh..janji lepas..oppss...lepas tu jadi lah kes2 pembuangan bayi merata rata..dah macam buang sampah lak bunyi nyer..huhu..


Ni gambar baby tersepit dalam baldi..agaknya baru lepas terberanak senyap senyap dalam jamban .


pandang kiri,pandang kanan..sini pom boleh jugak..dah macam landing atas tilam lak baby ni..


kononnya nak buang sampah..tengok kat dalam ada baby la plop..



jangan tengok kalo tak lalu..yang ni memang sedih tol..memang bahlul tol orang yang membuangnyer..maybe baby ni dah lama kene buang tapi baru jumpa.sadis2..


Ayoyo..memang banyak gile gambar pembuangan bayi..kalo korang nak tengok lagi..pergi je search kat pakcik google..kompem loya beb..

nak salahkan sape..mak bapak??family??cikgu??kerajaan??diri sendiri??aku??opss..sesungguhnya aku tak ada kene mengena dalam situasi ni..entry kali n memang saja dibuat untuk menginsafkan korang sume..dalam hal ni tak sepatutnya tuding menuding jari korang yang kontot tu..seafdalnya bantulah dorang and bimbing dorang..memang tak sepatutnya pembuangan bayi ni terjadi tapi bese la manusia..nobody perfect.. aku cakap camni bukan bermakna aku sokong dengan kes2 buang baby ni..memang aku geram betul ngan orang yang tak da hati perut  ni..sanggup dan tergamak sampai ke tahap membuang..macam la dah tak ada jalan penyelesaian lain..tu la,pandai buat tapi tak pandai cari jalan..akal tarak ker??



Kan bagus kalo baby tu sesihat baby ni..montel..gebu..shomel..waa..tiap2 ari boleh kiss puas..that's my Amani..(sila klik untuk lihat kesyomelan amani dengan lebih nyata dan jelas)


p/s: sangat teringin nak ada baby sendiri..huhu.apakah??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...