Friday, December 10, 2010

Lelaki Pilihan Perempuan...


*Sila abaikan..Tiada kena mengena dengan cerita*

Jangan risau wahai pria di luar sana kalau anda tidak sekacak Shah Rukh Khan dan tidak sekuat Badang..Anda yang bernama lelaki tak perlu jadi model atau pelakon untuk memikat hati wanita..dan tak perlu juga nak makan muntah hantu air macam badang..buduh punya badang kan..sebenarnya senang je nak pikat hati perempuan ni kalau betul caranya..sebab aku pom tergolong dalam kategori wanita yang payah nak jatuh sayang kat orang..sekali dah sayang memang sayang habis habisan..apalagi, marilah ramai ramai menyayangi aku..haha..hokeh, stop mengarut..kang tak tercapai misi asal lak..hihi..moh, usyar sama sama apa benda yang hebat sangat sampai perempuan boleh jatuh sayang kat lelaki even laki tu tak segah dan sehensem abah aku..*betul2*

1. Lelaki yang mempunyai cita2 besar bukan berbadan besar serta berperut boroi hokeh..beliau juga berhasrat untuk menolong orang yang memerlukan..dan bukan beliau yang meminta pertolongan kepada orang lain terutama meminta tolong kat pompuan..

2, Lelaki yang tidak malu untuk berkata, "Saya minta maaf..saya yang bersalah..." atau nak lebih mengayat, korang digalakkan buat ayat pemanis mulut sebelum perkataan saya minta maaf..kompem cair..tapi semua tu tertakluk pada kekerasan hati awek yang korang nak ayat tu..*Tak cuba tak tahu..cubalah dulu.."

3. Lelaki yang meletakkan urusan dengan Tuhan melebihi segala galanya..*yang ni aku paling suka*.

4. Lelaki yang sentiasa bersungguh sungguh bila melakukan sesuatu perkara..dan bila mendapat hasil, dia akan membuat setinggi tinggi penghargaan kat orang yang tolong dia..

5. Lelaki yang sentiasa tersenyum..mesra..merendah diri dan tidak ego.tak kira la dengan siapa pom..orang tua, orang muda, kawan kawan, atau dengan baby sekali pom jangan sesekali nak tayang korang punya hero hokeh..amat dibenci oleh kaum yang sensitif seperti aku..

6. Lelaki yang sedar akan silap sendiri dan tak kepoh kepoh nak sebar kesilapan orang lain kat dalam facebook..lelaki sekarang lagi demand dari perempuan hokeh..bila ada benda tak puas hati or tesentap sikit mesti nak mengadu dalam facebook..haduiii..*abaikan jika anda bukan kaki mengadu ye*

7. Lelaki pemurah..yang sanggup keluar duit tanpa berfikir 44 kali..dan sanggup meluangkan masa serta mensedekahkan kebolehannya tanpa minta dibalas balik..*oh..sangat sangat suka laki2 macam ini..bila sale je aku pom terus buat ayat baik punya..kompem dapat..boleh??

8. Lelaki yang bukan hanya pandai cakap kosong je..ada certain lelaki cukup suka tunjuk pandai dan lagak..kunun2 dorang jela da best in da world padahal haprak..dapat laki yang macam ni korang blah je..patutkah??tepuk dada tanya iman hokeh..

9. Lelaki yang berusaha menjadi contoh yang terbaik untuk anak anaknya dan membawa anak2 nya ke masjid..bukan cuma hantar anak kat depan pagar masjid je, lepas tu blah macam tak ada perasaan bersalah lak..tak lupa juga sentiasa ingin jadi yang terbaik untuk isteri sendiri..

10. Lelaki yang cool dan tak cepat melenting bila tak ada mood..ala, lebih kurang simptom pompuan datang bulan la..sikit2 nak marah..sikit2 nak tersentap bagai..pastu menyesal nyesal hentak pintu bila hati dah sejuk..haha

**sesungguhnya lidah wanita akan menjadi lebih tajam bila lidah lelaki menjadi semakin bercabang**

*Pilihan di tangan masing2*

p/s: korang yang bernama lelaki..rajin rajinlah pakai deodorant..rajin rajinlah basuh baju..rajin rajinlah tolong emak bapak..

p/s: Harta aku bukan hak milik kekal ko..dosye tau buat camtu kat kite..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...