Showing posts with label everything is sweet. Show all posts
Showing posts with label everything is sweet. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Nama Saya..

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya...

Entry kali ni sengaja nak mengada-ngada nak tayang nama sendiri..hehehe..

 


Nama saya sangat SIMPLE dan AWESOME..hikhikhik

Nama saya juga selalu menjadi sebutan guru2 dan anak2 murid sebab sangat senang nak diingat..
Nak pulak bila saya mengajar nombor dalam bahasa arab..terus la anak2 murid lebih ingat nama saya...pakej ejek2 pun ade tau..



SAMANIAH
 =
  


semua yang mengenali saya senang nak ingat nama saya sebab katanya, tengok or sebut lapan pasti akan teringat saya yang sweet...hahaha *cukup2 sudah nak perasan weh *


Ingat 8 Ingat Samaniah =D

Friday, April 6, 2012

Terima Kasih =)

Assalamualaikum Malaysia....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
TERIMA KASIH MALAYSIA


 
kerana menghadiahkan para pelajar seperti aku ni " BAUCER BUKU RM200". dengan baucer ni dapatlah aku memborong buku untuk diri sendiri, kengkawan, anak2 murid dan en. heart.oh ye, en.heart dah order macam2 buku..banyak cekadak ler, kalau ade lebih i belikan ye =P
 

Sunday, November 27, 2011

Bertuahnya Disayangi Dan Menyayangi...

Assalamaualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hujung tahun ni bukan orang yang nak kawen je seronok tapi budak2 sekolah pon bukan main happy dan beronok-ronok sebab tak perlu datang sekolah..cuti sekolah kan..sangat seronok andai dapat menjadi budak2 semula tanpa perlu bekerja..ahaksss

*Hanya mereka yang memahami akan menjadikan mereka istimewa di hati *

Cuti sekolah yang terlalu panjang ni menyebabkan aku jadi rindu kat anak2 murid aku...dah lama tak marah dorang, cubit dorang...hahha..cikgu yang sangat keji ye..sebenarnya sangat seronok jadi cikgu sebab sentiasa disayangi..bila datang sekolah, anak murid menjerit panggil aku, salam tangan pastu aku ambil kesempatan suruh bawakan beg...sapa suruh rajin sangat tegur aku..hehe..kalau tak suruh pon, dorang yang minta nak bawa beg aku..hehhe..

 *Riang*

Dah lama tak main dam ular, congkak, susun bongkah, tengok citer tom & jerry dengan anak murid..hehehe..pastu dah lama tak kena kiss...gian ohhh...salu kalau dorang nak balik, dorang akan salam then aku akan suh dorang kiss aku, kalau tak boleh balik ..*kat pipi ye dan hanya utk kanak2 bawah umor je..yang dah besor tu idok le aku suh cium* R.I.N.D.U


p/s : tenet terlalu lembap, tak boleh nak upload gambor banyak =(



Saturday, November 26, 2011

Cerita Kahwin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

KAbare Bloggarian...harap2 korang sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah...

Penghujung tahun ni ramai benor yang melangsungkan perkahwinan..semoga perkahwinan korang diberkati oleh Allah dan berbahgialah hendaknye...

Disebabkan ramai sangat yang kawen, aku pon turut terkena tempias..tempias soalan2 cepu emas dari wartawan2 tak bertauliah yang sentiasa sibuk menjaga kain dalam aku..hahaha..

Untuk mereka yang selalu tanya kenapa aku tak kawen lagi, baca jawapan aku ni ye..

Kawen awal itu bunyinye macam seronok dan bahagia tapi mungkin tidak pada aku..tapi tak bermakna aku tak nak kawen cuma bukan pada umur sekarang..biarlah aku bahagia dan menjiwai watak aku sebagai anak dara sepuas-puasnya dan sebebasnya tanpa sebarang ikatan perkahwinan..bagi aku kalau nak berkahwin, kita kena perlu betul2 sedia untuk bertanggungjawab menjadi seorang isteri, ibu dan menantu...kalau dah kawen ni, kena fikirkan keluarga sebelah suami juga...bukan hanya sekadar berkawen dengan suami tapi perlu kawen dengan keluarganya sekali..

Biarlah aku berkhidmat sepenuhnya untuk ibu yang tersayang sebelum berkhidmat dengan suami..aku pon baru kerja so, biarlah aku melabur pada ibu aku dulu...tak salah kan...

Terlalu banyak impian yang belum dipenuhi lagi...

Tiada salah nak kawen awal  cuma aku je yang belum lagi nak ke arah itu...kepada semua pengantin baru, aku harap korang bijak menjiwai watak sebagai suami atau isteri..kawen awal bukan tiket untuk dapat anak yang dah besar sebelum korang berumur 40 ye...jadilah ibu bapa yang boleh menjadi kawan untuk anak2 =D

Akhir kata, selamat pengantin baru dan selamat berbulan madu...

*gambar tak ada kena mengena dengan jalan cerita =P*


Thursday, October 6, 2011

Permulaan Cerita ......

*Biarlah Gambar berbicara*

 psssss...gambar ni untuk tatapan cik dalilah yang rindu nak tengok muka saya..hikhik..syomel tak saya cik dalilah =,=







........SEKIAN.......



p/s:  Tiada perkara yang lebih best melainkan membahgiakan diri sendiri =D

Thanks =D

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah yang telah membuka pintu hati saya untuk membuat luahan perasaan kat dalam blog ni..tak sangka pulak ikatan yang satu masa dulu pernah jauh kini bertaut kembali..ikatan yang dahulunya rapat menjadi renggang hanya kerana sebaris ayat..betullah orang2 tua pernah kata, kata2 lebih tajam dari hirisan pedang..*tapi aku tak berkata-kata cuma menulis sebaris ayat je.hehe =P*

|| sahabat riang bersuka ria menjadikan diri kita bahagia ||


Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati dia untuk memaafkan saya *walaupun bukan salah saya sorang je*. semoga ikatan persahabatan kita sentiasa berkekalan..insyaAllah..  

|| SpongeBoB n Patrick yang sentiasa bersama ||




p/s: bahagia tak kan datang jika kita tidak mencari..

Monday, January 17, 2011

Hai Cikgu Samaniah..Eh, bukanlah..Assalamualaikum Ustazah Samaniah =)

Assalamualaikum semua...semoga semua sentiasa sihat di samping orang tersayang..ececeh.=P

Hari ini  aku happy sangat..alhamdulillah aku dah dapat kerja tetap sekarang ni..kerja sebagai guru KPLI-jQAF..syukur ya Allah..memang inilah doa aku setiap hari supaya dipermudahkan jalan untukku..Aku rasa orang yang paling gembira dengan kerja aku sekarang tentulah emak..bertambah bilangan guru dalam keluarga aku..kalau ada abah sekarang ni mesti abah pom happy dengan aku..tak apa, yang penting aku tahu abah pasti  gembira dengan kejayaan aku ini..

Sebelum nak tunggu result ni bukan main cemas tak terkata..dah lah result keluar lambat dari yang dijangkakan..aduhh..memang stress..tapi tak apa..berbaloi menunggu berjam jam..

Orang pertama yang aku col mestilah emak..even adik aku yang angkat col tapi still tak nak cakap apa apa kat dia..nak bagitahu mak dulu..hihi..macam biasa emak sangat teruja then cakap tahniah..Pastu barulah aku dok canang canangkan kat orang lain..

Lepas ni tak tahu bila boleh update entry..sebab esok nak balik kampung nak siapkan semua borang dan barang..pastu nanti bila dah duk sana perlu sesuaikan diri pulak..heyy, first time me jejak Melaka..Melaka nantikan kedatangan aku..Lepas ini kena sopan dan ayu coz dah memegang title USTAZAH..

InsyaAllah bakal menjadi seorang ustazah pendidikan Islam pendidikan Khas di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka..yo..saya jadi orang Melaka ohh..setakat ni tak da lagi member member yang dapat tempat sama dengan aku..yang dapat kat sabah and sarawak tu pandai pandailah jaga diri hokeh..moga semua menjadi guru yang terbaik dan hebat =)

p/s : Merantau jauh sekali lagi..aduyaii=,=

p/s/s: Pendidikan Islam Pendidikan Khas sama macam konsep pendidikan khas..mengajar kanak kanak cacat penglihatan, hilang pendengaran, sindrome down, hyper active and so on..cuma ditambah pendidikan islam di hadapan sebab saya kena ajar dorang subjek pendidikan islam je..harap harap kesabaran saya semakin meninggi bila mengajar kanak kanak istimewa ni..=)

p/s/s/s : tak sabar nak belajar gaya tangan bila nak berkomunikasi dengan pelajar pekak dan bisu..wee~

Wednesday, January 5, 2011

Saya Sangat Berbakat :)


Memula nak letak gambar yang ala ala lukisan keras tangan ni...hiphip..malu ai tau..kalau budak tadika tengok pom mesti dia kata dia lagi terer dari cikgu samaniah ni..adakukesahke


||sila klik gambar untuk tumbesaran||
*bila pen or pensil ada kat tangan benda ni la yang akan ku lukis dulu..((siput khinzir..bunga ros..matahariku))jangan tanya kenapa sebab aku pom tak tau kenapa..hoho*

-
-
-
-
-
?????????????????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ada Idea lain tak????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa..


||sila klik gambar untuk tumbesaran||
*What's on my mind*
-Harap semua benda yang aku lukis kat situ akan tercapai suatu hari nanti..insyaALLAH...tang kawen tu kalo boleh nak cepatkan tapi akumasehengat pesanan emak yang menyuruh aku kawen umur 27-..lambat sangat la mak..nanti dapat anak pom lambat..ahakss..anak mak ni dah gatal..haippp..



p/s: Minyak wangi apple blossom sangat sedap ohhh...jom try :)

Tuesday, January 4, 2011

Di Sebalik Header..

Assalamualaikum semua..korang dah makan tengahari belum..korang sihat tak..waa..lama juga tak menghupdate blog ni..ekceli bukan tak ada idea nak menulis tapi tak ada mood  nak menulis..disebabkan tak nak blog aku ni penuh dengan sawang dan segala macam labah labah maka lebih baiklah aku menghupdate dengan entry2 yang terbaru..


*Header saya yang warna warni*

 
Korang perasan tak header aku yang comel tu..cepat cakap comel..kalau tak cakap comel kita majuk rr..hikhik..ekceli header tu bukan aku yang buat *sebab aku sangat malas hokeh* tapi kawan aku yang buatkan..setelah dipujuk, dirayu, dicumbu, dipeluk maka beliau pom bersetuju untuk membuatkan header untuk aku..haa..tengok, cumillkan..ada macam macam gambar kat situ..snail pig aku pom ada juga..haha..*mesti ada hokeh*

Kalau yang perasan, background aku pom jarang nak bertukar..seingat aku ni kali kedua aku tukarkan background blog aku..bukan malas tapi aku ni tetap hati..haha..*sila percaya*..buat masa ni akumemangmalas nak hupdate backgroud blog sebab aku rasa dah hokeh walopom korang kata backround aku burok nak mampos *adakukesah*..mungkin aku akan tukarkan yang baru bila ada idea yang meletup tup tup..ahakss..

Header baru aku ada gambar siput babi..kodok..bantal lurve..tapak kaki..angka lapan..

- Siput babi
Aku bukanlah siputholic..tapi aku sangat suka lukis gambar siput..dan aku sangat bangga dengan haiwan yang bernama siput khinzir ni..tak pernah kenal erti takut dan menggigil walaupom tahu diri dia tak sekuat harimau dan namanya tak secantik burung kasawari..eh, ada kena mengena ke??haha..seperti yang korang tahu siput khinzir ni sangat lambat bila berjalan so sifat dia ni ada kena mengena dengan aku tapi janganlah fikir yang aku ni pom jalan macam siput..aku lempang lelaju nanti..aku jalan sangat laju wooo..weee..

- Kodok a.k.a katak
Aku juga sukakan kodok..mungkin sebab dia comel kot..tapi kalau ada depan mata taklakuhingin nak cium walaupom ku tahu kodok tu akan bertukar jadi putera kodok..aku hanya sukakan replika kodok je..bear kodok ke, keychain ke, baju ke..macam-macam lah..disebabkan terlampau fanatik dengan kodok, aku ada sepit kuku kodok dan bear kodok..cumil bangat..korang ada ke..haha~

-Tapak kaki
Membawa maksud kaki aku ni melangkah or berlari menggunakan kaki sendiri..tak tumpang kaki orang lain..kaki tu juga melambangkan yang aku ni kaki window shopping..huahua *nak shopping gila gila tunggu nuffnang bagi aku 3 ribu dulu lah..boleh tak nuffnang..hoho*

-Angka lapan
Nombor lapan sangat sinonim dengan orang cina..dorang kata nombor ong maa..adakukesah..angka lapan tu memang membawa tuah untuk aku kerana nama aku bermaksud lapan dalam bahasa melayu..eight dalam bahasa inggeris..ba dalam bahasa cina dan samaniah dalam bahasa arab..so, shortformnya 8..korang faham faham sendirilah..

-Bantal lurve
Bantal tu peneman tidur aku..lembut bangat sih bantal tu,..bantal tu banyak sejarah silam..sayang bangat even tuannya dah merantau jauh..*sekarang bantal tu ada kat kampung..tak mo bawa datang sini..nanti terkenang beliau dalam doaku*

So, sesape yang nak bagi hadiah birthday aku, tak payahlah pening lalat memikirkan nak bagi hadiah apa untuk aku..korang bagi menda2 kat atas ni pom aku dah nanges happy tau..yarkk..*ada ke yang nak bagi...lalala*

TAaaraa..ni la beliau yang telah membuat header saya tu..kalau nak berkenalan or risik merisik boleh bitau saya hokeh..

*Inilah tukang buat header belog saya_Ukhti Dalilah*



p/s: Entry ABAH Part 4 mungkin akan disambung bila aku ada mood yang stabil..*mood sentiasa tak stabil bila nak menulis tentang ABAH..sob..sob..*

Tuesday, December 28, 2010

Awak Sombong...

Dah seminggu tak jenguk blog aku ni..maafkan kakak ye adik blog..kakak bukan sengaja nak abaikan adik tapi kakak banyak kerjalah..haha..

Selama seminggu melepak di kampung bergumbira dengan emak tersayang dan juga sibling yang meruntun jiwa..ahakss..balik kali ni ramai juga la kat rumah usang mak aku tu..adik bongsu baru lepas SPM, adik tak berapa nak bongsu cuti semester (bulan 1 ni say good bye la kat rumah tu)..kakak aku cuti cikgu sekolah..abang aku cuti krismas..kesimpulannya yang ada kat rumah semuanya bujang trang tang tang yang dah akil baligh tapi tak reti reti nak kahwin lagi..hakhak..*mak dengar sure kena maki..lalala*, oh ya..credit to my boss coz luluskan cuti aku selama seminggu ('',) sayang bos lebih tau ..*statement tak betul*

Seminggu aku duk rumah, dengan jayanya menyibukkan diri di dapur dengan tujuan nak menghabiskan khazanah  khazanah masakan emak..lalala..*berat naik mendadak..cepat cepat puasa minggu depan*

Hari minggu aku keluar berjalan sambil mebawa beg sandang oren aku yang banyak menabur khidmat masyarakat pada aku..kalau dah berjalan  tu bukan nak reti senyum..tak kuasa aiii..nak senyum tak tentu hala..tapi tak tau lah kenapa hari tu mood aku terover aktif..tersenyum je sampaikan sorang pakcik ni cakap aku ni cantik la..cakap pom tersenyum je..*sumpah betul...sila muntah ye*..sebelum ni usah harap la ko nak tengok aku tersenyum girang happy...masyam macam betik basi je sebelum ni..haha..pakcik terima kasih la puji saya..tapi hari tu mood saya dalam keadaan hyper happy la pokcik..

psss..kawan kawan aku pom ckap aku ni muka sombong..bajet bagus..*adakukesah* eh, suka akulah..muka aku..lagi pom mana aku tau muka aku time aku tengah bercakap dengan ko..takkan nak tilik muka kat cermin sebelum cakap dengan ko..*itu kalau orang yang baru first time nak cuba cuba tegur aku, mesti dorang cakap aku ni syombong tapi bila dah kenal nakal macam puaka..lol*


*Kompius..muka marah atau sombong ni??*


p/s: sombong itu perlu sekadar perencah rasa..bongkak atau bongok sila hindarikan..lalala~

Tuesday, December 14, 2010

Sila Tolong Saya..

Assalamualaikum bloggarians..nak bitau ni..tapi jangan jeles tau..aku update entri guna iPhone..sila cakap hebat..tapi bukan iPhone aku lah..ni iPhone dia..Haha..disebabkan sangat tak best taip guna satu tangan sambil satu jari maka entri ini dipendekkan yo..


Nak tanya ni...nak minta pendapat ni..tolong aku boleh? bolehlah bolehlah..nanti kita bagi dua kupang..nak tak..nak tak..huhu

Aku a.k.a saya nak minta tolong kat kamu semua...............
...........................................
.........
............................



....................
...........
......................
......




Sikit lagi...........
...............
.....................


















Nak minta tolong korang bagi pendapat..kalau korang jadi cikgu apa sumbangan yang korang akan bagi untuk bidang perguruan...thanks all =)



P/s: harap maaf kalau entri ini tak memuaskan..nanti aku nak cek kat lappy rope mana jadinya kalau taip guna iPhone yang mahal ni..Haha









.........

p/s:  setelah dicek dalam lappy..camni jadinya bila taip guna ipone..tak tersusun dan kemas..maklumlah iphone tu kesyil..lappy ni besor..boleh nampak semuanya...

Wednesday, December 1, 2010

Aku Juga Ingin Jadi Seperti Mereka

Assalamualaikum semua..jom layan gambar..tadi aku nampak gambar ni kat fesbuk one of my ex-student so aku pom letakkan kat blog ni untuk dikongsi ngan korang lak coz gambar ni sangat lawa dan cute..dan juga boleh dijadikan entry baru..aku tak ada idea nak menulis..lol.


*sejuk mata memandang*_sesungguhnya aku ingin menjadi wanita solehah..doakan aku ya..amiin :)


*ini saya..baru lepas sesi fotografi*_time ni spek mata ditanggalkan ya..LoL =,=


*Lagi gambar model saya..model baju kawen* _korang layankan jela..hakhak

*Bersama kawan2 di Jepun time musim bunga..nampak tak bunga sakura kat belakang kitorang tu..*

*ehem..korang doakan ye..sape tak nak laki yang sasa n macho gitu..yang penting agamanya..*

*Honeymoon..haha*

Patutlah adik aku cakap aku tak matang lagi..hakhak..sori la dik, aku bukan tak matang tapi imaginasi aku ni luar biasa hebat..tak macam orang lain..

p/s: windu zaman kanak kanak..dulu dulu aku salu tanya kat orang betul ke ada dunia kartun..yela, waktu kecik2 kan taksub sangat tengok kartun sampai aku percaya ada satu dunia yang semua kartun ada kat situ termasuklah doremon..sampaikan aku tingin betul nak masuk dunia dorang yang penuh ngan wane wani dan keseronokan..sebenarnya aku masih ingat lagi sampai sekolah menengah aku masih tanya soalan yang sama kat kawan2..nampak sangat lambat matang nye..LoL..nasib baik sekarang dah matang..yeke??huahua..haippp

Thursday, September 30, 2010

Ini Kisah KonVo Saya

Assalamualaikum semua..diharapkan u'ols semua sihat dan sentiasa dilembayung RahmatNya..Amiin..

Tarikh   : 25 sept 2010
HAri     : Sabtu
Tempat : PICC, Putrajaya

Berdasarkan kenyataan2 di atas, maka telah berkonvolah aku dengan riangnye dengan teman2 seperjuangan yang selama 4 tahun berhempas pulas mencari buku kat library...bersengkang mata wat assignment (padah wat keje last minit..kengkawan yang laen enak tidur..padan muka hakuu)...betatih terkengkang-kengkang mengejar bas sidek nak ke kelas..duyai..macam2 kenangan kat USIM sampai tak tertaip kat sini..apa yang penting,aku dah jadi alumni USIM..perghh..ko ade..

Gambar2 dibawah sebagai bukti..korang layankan jela..ahakss..

Dengan emak tercinta + rakan2 seperjuangan..hud aku dah terlondeh-londeh..rimas giler pakai hud..cam tercekik jer =,=

Member2 taulan..entah bila boleh jumpa lak pasni..


Sakan bergambar sebelum masuk hall (",)

Bunga2 sebagai penyeri tambahan..terima kasih pemberi2 bunga sekalian..

Satu2 nya sahabat sekolah aku yang sama Uni ngan aku..kelihatan muka aku yang sangat bersememeh..huahua

hameekk..layan jela...

Serabut tol..

Pencarian Model Baju Mengandung..ahaks..

Tetopi  ijazah..

Senget2 kepala nak bergambar..

Hanya lelaki..

Tiada aksi keletah di sini..Dalam hall kena sopan2 je..
 



kawan2 yang bakal kawen tak lama lagi..

Sahabat gurau senda,gelak ketawa bertepuk tampar dan tangis2 meroyan..ahaks

Berapa banyak bunga daaa...

Finalis model Jubah Mengandung..Oh siapakah??

Lastly..terimalah ubat gigi colgate halal..


 Last but not least, aku akan rindukan kalian semua..moga2 semuanya dapat keje2 yang tip top..hooyeeyyy..

p/s: jubah konvo kite sangat cantik dan sangt mahal..uitt..
p/s: untuk menampakkan sedikit cumil, aku dengan beraninya telah menanggalkan spek mata..tapi padahnya, bila dalam hall mata aku teraba raba nak tengok orang..bile berjalan kat luar hall ntah bape kali terlanggar orang..haha..padan muka haku..cun nye tak tapi sakit kepala yang dapat..huahua~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...