Showing posts with label All About Family. Show all posts
Showing posts with label All About Family. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Lawatan ke Kubur

Assalamualaikum semua...


Pernahkah anda pergi ke kawasan perkuburan..kawasan yang sunyi dan seram..kawasan bagi semua orang yang telah mati dan juga kawasan yang paling mudah untuk mengingati  mati bagi yang masih hidup..ye, mengigati  mati adalah wajib..*mukaddimah saya agak sopan untuk entry kali ni *

Petang tadi setelah sekian lama tak menziarahi kubur, aku kembali semula ke sana..setiap kali balik ke kampung memang sentiasa berniat nak pergi kubur  menziarahi abah, fatah dan atok tapi ada je halangan yang menghalang perjalanan..sehinggalah petang tadi aku berjaya juga ke kawasan perkuburan...alhamdulillah..

Tiada apa yang berubah di sana tapi semakin banyak  kubur baru bertambah..sampaikan aku pom terkeliru nak cam kubur abah,,sebelum ni sebelah kubur abah kosong tapi sekarang ni dah x ada ruang kosong sebelah kubur abah..berderet kubur2 baru..selepas borak2 dengan abah aku pergi ke kubur fatah dan atok pulak..fatah dan atok berjiran..kubur sebelah menyebelah je..kubur dorang pom masih baru..x ada batu nisan lagi cuma ada kayu nisan berbalut kain putih menandakan kubur baru.

Dah 2 tahun lebih abah pergi meninggalkan kami..fatah dan atok masih baru lagi...setelah cukup 44 hari fatah meninggalkan dunia, atok pulak menyusul...aku redha dengan  pemergian mereka tapi kadang2 ada juga emosi mengganggu minda..huhuhu..aku selalu berdoa mereka semua tenang di sana dan ditempatkan di syurga yang indah..amin ya rabb..insyaAllah, aku akan menziarahi mereka lagi...

AL FATIHAH to THEM.....

p/s : selamat pengantin baru kak aisyah ahmad..maaf tak dapat datang sebab perkara yang menghalang...semoga berbahagia disamping suami..tahun depan bagi baby ye =D

Friday, January 14, 2011

Dah Lama Rasanya Tak Menangis

Assalamualaikum readers..May Allah bless you whenever you go and whatever you do :)

Korang masih ingat tak bila kali terakhir korang menangis..sila angkat tangan dengan pantas hokeh..

Aku masih ingat yang kali terakhir aku menangis bila nak berpisah dengan emak..berpisah sebab terpaksa kerja jauh jauh dengan emak..mengada ngadakan aku..even aku bukan anak bongsu tapi sebagai anak aku tetap akan rasa sebak sampai nak menangis T_T..ko ingat anak bongsu je ke yang boleh ngada ngada nak menangis ni..Ohh terlupa..paling latest aku menangis sebab bf aku meninggal dunia..al fatihah to him..

Dulu dulu aku sangat suka menangis..sikit sikit nak sentap..sekarang pom masih sentap juga..pastu sakit sikit pom menangis nak emak and abah..beriya telefon dorang mengadu domba cakap yang anak kesayangan dorang ni tengah sakit menanggung selesema je pom..hahaha..eh, bukan2..aku taklah mengada sangat sampai nak mengadu sakit yang simple2 ni..sakit kronik baru call dorang tau..sila percaya kat aku..

Kalau ada benda yang nak dikongsi pom aku lebih selesa ada bercerita dengan my parent dari orang yang tak berapa aku nak mesra..bercerita dengan dorang lagi best and happening gitu..tehee..

Sekarang ni aku sangat susah nak menangis..aku ingat lagi masa tu aku join kursus..akhir kursus tu ada la tayang short video yang sedih tapi aku dengan mantain otai boleh tak menangis..sungguh tak percaya dengan diri aku..selalunya kalau bab air mata ni akulah ratu..tehee..

Sebenarnya aku jadi tak berselera nak menangis selepas kehilangan abah..entah la..lepas abah pergi emosi aku jadi kuat walaupom dalam hati tu dah berdendang lagu sedih ratapan pilu tapi sedaya upaya menahan tak nak menangis..dulu dulu waktu abah masih ada memang aku suka menangis..bab emosi memang bagi kat aku..nak dikatakan menangis tu adalah hobi aku..sebab abah sangat manjakan saya hokeh..tapi sekarang tak lagi..sejak abah dah tak ada aku rasa tak best nak menangis..sampaikan ada sorang member aku ni cakap kalau dah sdih sangat lepaskan jela..tak dosa pom kalau menangis..

Sejak abah dah tak ada rasa macam kosong je hidup ni..memang yang lain masih ada tapi tak sama dengan abah..apa apa pom saya masih ada emak..dan masih boleh bercerita dengan emak..menangis depan emak and tidur dengan emak ..wee..sila jangan jeles.. :)




Sayang emak dan abah..alfatihah untuk abah..

Monday, November 22, 2010

Selamat Menduduki peperiksaan SPM

Salam...

Tak perlu ada rasa cinta untuk membaca post aku ni walopom korang ngah hangat bercinta..pehal??tetibe lak..haha..yang sebenarnya aku dah tak ada idea nak wat ayat intro yang power..maklumlah dah lame gile aku tak tulis blog sampai  terlupa camne nak buat mukaddimah..huahua.(gelak sopan)..

Post kali ni pendek je coz hanya untuk mengucapkan selamat berjuang wat adik2 yang  nak amik SPM esok...kepada adik bongsu aku, selamat menduduki peperiksaan SPM..semoga berjaya mengharumkan nama diri sendiri dan keluarga anda..kamu sebagai anak bongsu adalah penutup generasi SPM untuk keluarga kita..TeRbaik yaa...Abaikan kata2 kecundang yang melemahkan semangat kamu dari insan2 yang amat mendengkikan diri kamu serta menjengkelkan diri aku..ingat!!diri kamu banyak pesaing...bersaing la secara sihat...ok, selamat berjaya adik yang matang..*sebab kamu selalu kata aku tak matang lagi *.haha


p/s: tak perlu seksa diri dengan luka yang dicipta diri sendiri...ahakss

Wednesday, September 22, 2010

Raya..Raya..Raya..

Assalamualaikum semua...rindu sama saya tak??hehe..lama tol tak hupdate..sumpah!!aku rindu + gian nak menulis blog tapi disebabkan hal2 yang tak boleh nak dielakkan terpaksa la saling tunda menundakan hari..ahakss...

Hari ni dah masuk syawal yang ke 13..dah tak da lagi kanak2 riang datang beraya..bukan nak beraya sangat pom dorang tu..nak duet raya je sebenarnya..sebab dulu2 time aku kesyil2 pom aku macam dorang gak..hehe..tanpa belas kasihan, aku suh dorang habiskan semua laksa (raya pertama rumah aku wat laksa), setitik kuah pom tak boleh tertinggal..air pom mesti habiskan juga..kesian kanak2 riang tu..dah seronok mendera baru aku bagi duit raya..tu pom kena salam tangan aku sambil cakap terima kasih kakak..laksa kakak memang sedap.. (ayat2 yang terkemudian tu aku reka sendiri..tak baik mendera jiwa kanak2 walopom aku tau laksa mak aku memang sedap..ahaks..)

Raya tahun ni tak berapa best coz raya bujang trang tang tang..abang dan kakak aku yang dah kawen sume raya rumah mertua masing2..yang tinggal kat rumah cuma teruna dan dara je..sunyi je rumah coz tak de suara budak2 terjerit pekik gurau2+gaduh2..

Lepas sembahyang raya kitorang pergi rumah abah..dah lama tak pergi rumah abah..rindu sangat2 kat abah..dah 2 kali raya tak dapat beraya ngan abah..rumah abah dah cantik..dah ada penambahan baru kat rumah abah..seronok je tengok..bulan puasa hari tu, abang aku dah tempah batu nisan nak letak kat rumah abah..cantik je aku tengok batu nisan tu..kitorang baca yassin untuk abah sebelum balik rumah..semoga abah dicucuri rahmat..al-fatihah..

Kesimpulannya, raya tanpa abah sangat tak best coz lepas abah dah tak ada..sedara mara, jiran tetangga pom dah kurang datang beraya..hurmmm..yang penting aku masih ada emak..tak dapat dibayangkan kalo beraya tanpa emak..i lurve u emak..mmmuah3x...

Friday, August 13, 2010

Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar

Tajuk tak boleh blah..plagiat tajuk iklan..hoho..

Sempena puasa yang ketiga ni aku sekali lagi nak wish salam ramadhan kareem kat semua..Puasa kali ni memang la tersangat tak best..sepatutnya time awal2 puasa ni aku ada kat kampung, sambut puasa ngan emak tersayang tapi apa nak buat puasa tahun ni tak mengizinkan daku berada di sana..sumpah!!!sedih yang tersangat sangat...

Tahun ni, tahun yang kedua aku berpuasa tanpa abah disisi..sekali lagi, sumpah!!aku sangat sedih..cup cup..nak tenangkan hati jap..kang kalo ter'emo' dah tak leh nak membebel ngan gembira kat blog ni..hukhuk..

Ok..dah tenang sikit..entry kali ni aku nak tayang video 'segalanya mungkin dengan jalur lebar...kalo tak silap aku iklan ni salu on kat TV 1..


Iklan ni tentang jalur lebar..kalo korang tak tau jalur lebar tu ape mesti korang tau broadband kan..haa, jalur lebar ni lebih sikit je dari broadband.. tiap kali aku tengok iklan ni sure meleleh..sedih siot..sebab aku dah terlampau suka ngan iklan ni so dengan rajinnya aku mendownload kat youtube..lepas  ni, tiap2 hari boleh tengok..

First time tengok iklan ni aku dah tau yang iklan ni nak promote dorang punye produk tapi ape punye baghal aku boleh meleleh leleh lak..ekceli aku teringat kat abah aku..rindu sangat kat abah..yela, iklan ni kan ada selitkan tentang kasih sayang anak kat abah dia so, tu yang aku tangkap leleh jap..kalo la dengan jalur lebar ni aku boleh berhubung ngan abah aku..wahh..alangkah bagusnya..oppss..stop mengarut samaniah..ko dah tau sume ni tak kan terjadi..kalo ko nak abah ko bahagia dan tenang di sana ko kena banyak berdoa dan selalu sedekahkan ayat suci al quran..ok, hope korang enjoy ngan video  ni..


p/s: saya rindu emak dan abah..al fatihah untuk abah..

Friday, July 16, 2010

My Hero Is My Abah


Dulu-dulu waktu sekolah rendah sampai la naik ke sekolah menengah cikgu2 akan tanya nama apa..tinggal dimana and so on..

So, aku dengan bangganya akan bangun sambil berdiri tegak dengan menjawab macam ni..Nama saya Samaniah..tinggal di Perak..Elok saja aku nak duduk lepas kenalkan diri, cikgu tu tanya dengan muka pelik..kamu tak da bapak ke???huhu..waktu tu aku sengih2 jela tapi kalo ada orang tanya camtu sekarang ni, sure kat situ juga aku meraung..Aku dengan rasa hormat pom jawabla soalan cikgu tu yang aku masih ada bapak..so, cikgu tu pom suh ulang balik nama aku sekali dengan nama bapa..Aku sedut nafas dalam2 then dengan sekali lafaz “ nama saya SAMANIAH BINTI ABDUL LATIF”.fuhh.penuh semangat tol..yela dah disuruh ulang..lebih baik cakap dengan terang dan nyata.

Kenapa kalau perkenalkan diri tak sebut sekali dengan nama emak..kasihan kat ibu2 yang penat mengandung and memberanakkan kita..Ekceli, nama ibu lebih diberi penghargaan ketika anaknya nak ditalkinkan..Time tu la nama ibu akan jadi sebaris dengan nama kita..

Sambung cerita balik..kenapa My Hero is My Abah, bukan superman or spiderman..Bagi aku wat pe nak jadikan dua makhluk tu hero aku..bukannya aku kenal dengan dorang pom..haha..dengan rasa bangganya aku nak ucapkan terima kasih yang bermillion2 kat ABAH aku iaitu EN.ABDUL LATIF B.SA’AYA sebabnya kalo takda ABAH aku macam mana aku nak lahir kat dunia ni..nak tengok muka hero(ABAH) pujaan aku dan,muka heroin aku (EMAK).Kalau mengharapkan emak aku sengsorang, dengan senang hatinya aku akan cakap yang aku tak akan dapat lihat dunia ini dan akujuga tak akan dapat menulis blog ini..Terima kasih ABAH..saya sayang sangat dengan ABAH..

Lirik di bawah ini,khas untuk tatapan ABAHku..walaupun ABAH dah tak boleh membaca tapi dengan satu harapan yang menggunung, aku sangat mengharap ABAH akan faham hati aku yang sangat sarat dengan rindu kepadanya.


ABAH..ABAH…Engkaulah Hero Pujaanku..
Yang Sering Masuk Ke Bilikku Tatkala Aku Merajuk,
Memujuk dan Dipujuk Sangat Sinonim dengan ABAH,
ABAH Kau Seorang Yang Tegas,
Tapi Disebalik Ketegasanmu Terselit Kelembutan Jiwamu,
Punca Aku Menangis Kerana Dirimu Yang Selalu Menangis,
Apabila Aku Panas,Aku Akan Tidur Bersamamu,
Kerana Di Tempat Tidurmu tersedia Kipas Syiling,
Apabila Aku Menangis Kerana sakitku,
Kau akan Pergi Kepadaku dengan urutan yang istimewa,
Tanganmu Telah Banyak Berjasa kepada Tubuhku,
Tatkala Dirimu kelenguhan,
Tangan Aku Pula Yang Berjasa Di Tubuhmu,
ABAH..sesungguhnya saya sangat rindu dengan ABAH..

*Lirik ni macam hampeh sikit tapi ni lah luahan hati aku yang tengah kerinduan kat ABAH aku..

Sekarang ni saya sudah kehilangan kasih sayang seorang ABAH..Hanya bergantung Kasih sayang dengan emak sahaja..Kasih emak tak ada beza dengan ABAH tapi aku sangat tamak. Aku juga memerlukan Kasih dari ABAH..Tetapi sekarang aku sedar yang aku perlu berpijak di bumi nyata kerana selepas ini akulah yang akan berikan KASIH SAYANG yang berkekalan kepada ABAH..AL-FATIHAH untuk ABAH..

Pss...saya nak jadi anak yang baik..saya nak jumpa abah saya di syurga..AMIIN..(^_^)

*Kawan2 semua pom dikehendaki menyedekahkan AL-FATIHAH kepada ABAH saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...