Friday, July 16, 2010

My Hero Is My Abah


Dulu-dulu waktu sekolah rendah sampai la naik ke sekolah menengah cikgu2 akan tanya nama apa..tinggal dimana and so on..

So, aku dengan bangganya akan bangun sambil berdiri tegak dengan menjawab macam ni..Nama saya Samaniah..tinggal di Perak..Elok saja aku nak duduk lepas kenalkan diri, cikgu tu tanya dengan muka pelik..kamu tak da bapak ke???huhu..waktu tu aku sengih2 jela tapi kalo ada orang tanya camtu sekarang ni, sure kat situ juga aku meraung..Aku dengan rasa hormat pom jawabla soalan cikgu tu yang aku masih ada bapak..so, cikgu tu pom suh ulang balik nama aku sekali dengan nama bapa..Aku sedut nafas dalam2 then dengan sekali lafaz “ nama saya SAMANIAH BINTI ABDUL LATIF”.fuhh.penuh semangat tol..yela dah disuruh ulang..lebih baik cakap dengan terang dan nyata.

Kenapa kalau perkenalkan diri tak sebut sekali dengan nama emak..kasihan kat ibu2 yang penat mengandung and memberanakkan kita..Ekceli, nama ibu lebih diberi penghargaan ketika anaknya nak ditalkinkan..Time tu la nama ibu akan jadi sebaris dengan nama kita..

Sambung cerita balik..kenapa My Hero is My Abah, bukan superman or spiderman..Bagi aku wat pe nak jadikan dua makhluk tu hero aku..bukannya aku kenal dengan dorang pom..haha..dengan rasa bangganya aku nak ucapkan terima kasih yang bermillion2 kat ABAH aku iaitu EN.ABDUL LATIF B.SA’AYA sebabnya kalo takda ABAH aku macam mana aku nak lahir kat dunia ni..nak tengok muka hero(ABAH) pujaan aku dan,muka heroin aku (EMAK).Kalau mengharapkan emak aku sengsorang, dengan senang hatinya aku akan cakap yang aku tak akan dapat lihat dunia ini dan akujuga tak akan dapat menulis blog ini..Terima kasih ABAH..saya sayang sangat dengan ABAH..

Lirik di bawah ini,khas untuk tatapan ABAHku..walaupun ABAH dah tak boleh membaca tapi dengan satu harapan yang menggunung, aku sangat mengharap ABAH akan faham hati aku yang sangat sarat dengan rindu kepadanya.


ABAH..ABAH…Engkaulah Hero Pujaanku..
Yang Sering Masuk Ke Bilikku Tatkala Aku Merajuk,
Memujuk dan Dipujuk Sangat Sinonim dengan ABAH,
ABAH Kau Seorang Yang Tegas,
Tapi Disebalik Ketegasanmu Terselit Kelembutan Jiwamu,
Punca Aku Menangis Kerana Dirimu Yang Selalu Menangis,
Apabila Aku Panas,Aku Akan Tidur Bersamamu,
Kerana Di Tempat Tidurmu tersedia Kipas Syiling,
Apabila Aku Menangis Kerana sakitku,
Kau akan Pergi Kepadaku dengan urutan yang istimewa,
Tanganmu Telah Banyak Berjasa kepada Tubuhku,
Tatkala Dirimu kelenguhan,
Tangan Aku Pula Yang Berjasa Di Tubuhmu,
ABAH..sesungguhnya saya sangat rindu dengan ABAH..

*Lirik ni macam hampeh sikit tapi ni lah luahan hati aku yang tengah kerinduan kat ABAH aku..

Sekarang ni saya sudah kehilangan kasih sayang seorang ABAH..Hanya bergantung Kasih sayang dengan emak sahaja..Kasih emak tak ada beza dengan ABAH tapi aku sangat tamak. Aku juga memerlukan Kasih dari ABAH..Tetapi sekarang aku sedar yang aku perlu berpijak di bumi nyata kerana selepas ini akulah yang akan berikan KASIH SAYANG yang berkekalan kepada ABAH..AL-FATIHAH untuk ABAH..

Pss...saya nak jadi anak yang baik..saya nak jumpa abah saya di syurga..AMIIN..(^_^)

*Kawan2 semua pom dikehendaki menyedekahkan AL-FATIHAH kepada ABAH saya..

2 comments:

Hjh Norhaniza bt Ismail said...

sedih lak akk baca entry nih....bergenang airmata tp terpaksa ditahan kerana depan org ramai....however i miss a lot my father too.....but what i can do..past is past...yg hidup teruskan kehidupan....al fatihah buat semua arwah....

EIGHT IS SAMANIAH said...

18.8 ni genap la setahun...al fatihah for him..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...