Showing posts with label Cerita Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cikgu. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Kau Yang Teristimewa

salam semua..

Hari ini mood saya sangat mandom..ini semua salah facebook *terus salahkan facebook..haha* kerana facebooklah saya gatal tangan tengok gambar2 kengkawan masa zaman belajar dulu..actually saya sangat rindu dengan kawan masa belajar..happening gile..that's why la tangan saya ni gatal menggodek-godek FB dorang..sekarang ni dah hati lak jadi MANDOM..arrr..menciklah macam ni =(

Esok hari isnin..bila isnin menjelma je mulalah hati pom berdondang syahdu..macam-macam perasaan bercampur aduk..hurm...untuk menaikkan semangat pergi ke sekolah esok, saya tengok gambar anak2 murid saya..comel je dorang..jom usyar =)


Ini anak murid saya..dorang ni kanak2 istimewa =D



semangat bergambar sampai tersepit2 haa..


Gambar2 tu masa saya suruh dorang hafal surah al falak....nak dengar dorang baca tak..cepat cakap nak..cepat..cepat..

sebab mereka terlalu istimewa so sangat perlu menyabarkan diri walopom hanya menghafal surah al falak tp bagi mereka seperti menghafal surah al baqarah..tapi ada aku kisah, janji objektif aku tercapai..cian anak murid aku kena dera hafal sampai boleh..akhirnya, alhamdulillah..=D

---------------------------------------------------------------

Hohoho.,..dah try upload video dorang tapi tak boleh coz kena tukar format fail dulu..xpe, nanti saya wat entry letakkan video dorang pulak ye =D

Hokeh, entry kali ni pendek je..saja update supaya blog ni tak bersawang sampai lembu masuk pom tak perasan..hiihii..k, choww..

p/s: Happy mother day to my mummy _Pn.Aisyah =D


Saturday, March 26, 2011

Istimewanya Saya Kerana Kanak-Kanak Istimewa



Semakin hari, semakin dapat ku rasa yang aku begitu istimewa..
Bukan kerana aku cantik atau comel (sila percaya ye..hahaha)
Tapi istimewanya aku kerana mengajar kanak-kanak yang sungguh istimewa..




p/s : ada orang cakap perempuan yang tak bermekap hanya perempuan yang nak mati je..kecik ati aku

Wednesday, March 2, 2011

Langkahan kakiku bermula di sini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mula mula nak ucapkan terima kasih kepada kamu kamu yang sentiasa sudi membaca blog saya ini..sob..sob..dah lama tak update blog..bukan setakat tak update tapi dah lama gila tak jenguk nak buang sawang bagai..alhamdulillah hari ini ada masa yang sangat sedikit untuk mengemas dan membuang semua sawang yang dah penuh kat blog ni..hahaha

2o11..langkahan kakiku bermula di Melaka sebagai penuntut IPG Melaka kemudian terhenti seketika di negeri sembilan sebagai guru j-QAF LPBS..lepas ni tak tau kat mana..kalau dapat bakal suami orang perak maka menetaplah aku di perak..ahakkss..Sekarang ni aku dah bekerja sebagai guru agama pendidikan khas..dan yang paling penting aku adalah guru yang paling muda kat sekolah ni..pewwwitt..lagi muda lagi senang dibuli..menyampah mak..

Mengajar Kanak kanak istimewa ni tak serupa dengan mengajar kanak kanak biasa..tapi aku rasa akulah guru yang paling disayangi..hahaha..sumpah tak tipu...buat masa ni memanglah paling disayangi sebab taring tak keluar lagi..nak mengajar pom masih shy shy cat..tunggu  2, 3 bulan  mengajar nanti tanduk pom tetibe tumbuh kat atas kepala..huahua..insyaAllah kalau ada masa yang sangat banyak, aku upload gambar gambar  shantek untuk tatapan korang sepanjang aku mengajar kat sekolah ni..lupa nak bagitau, sekarang ni aku mengajar kat SK Taman Paroi Jaya..tempat bulan madu emak and abah aku zaman muda mudi dulu..(dulu dulu family aku duk kat Paroi laaa)

Last but not least, doakan aku sentiasa menjadi guru yang penyabar dan disayangi murid..bila dah masuk zaman bekerja ni baru aku tau betapa susahnya nak cari duit untuk berdiri di kaki sendiri..dulu pom berdiri kat kaki sendiri tapi parent yang hulurkan bantuan ringankan beban.sekarang ni dah bergaji tak kan pula nak minta dengan parent lagi..malu aiii..banyak juga kesusahan waktu mula mula ni..nak pula kena tunggu 3 bulan lagi untuk dapat elaun..pastu ada la lagi peristiwa yang mengecikkan hati aku sebagai guru baru  tapi lupakan kesedihan dan kesusahan yang penting tingkatkan kegembiraan..semoga kesusahan ini akan berakhir dengan kesenangan.(time dah berkerja ni baru ku tahu indahnya dunia belajar)

p/s: sepanjang cuti sekolah kena melepak kat IPG Melaka..sedihnya hati tak dapat balik kampung..huaaaaa..rindu gila ni kat emak..

p/s/s: Heii..kita pom rindu kamu jugak..*blushing*


Saturday, August 21, 2010

Last Post For 'Cikgu Ganti'

Assalamualaikum semua..

Entry kali ini saya tujukan khas untuk ex-boyfriend saya..eh silap2..ex-student saya la..hehehe..sebelum tu, cikgu minta maaf kat anak murid semua sebab lambat upload gambar gambar korang..jangan marah cikgu ye..tanpa cikgu siapalah anak murid kan..haha..

Entry kali ini bahasa perlu dititik beratkan sebab entry ini memang khas untuk anak murid saya so, kata ganti diri 'aku' terpaksa dibuang jauh jauh buat sementara waktu..ahakss..

Dengan gigihnya pepagi buta ni saya upload gambar gambar anak murid saya yang syomel2..kalo rasa berkenan boleh la helo helo saya..hihi..Ok,buat tatapan anak murid tersayang terimalah gambar gambar korang yang sangat teruja bergambar...dah macam tak pernah jumpa kamera je rupanya..jangan marah ye..anak murid tak boleh marah cikgu walopom cikgu dah tak mengajar kat sekolah korang lagi, kang tak berkat ilmu susah..hihi..


Ni bebudak tingkatan 3 Usman Ibn Affan..all girls..no men here ok..pada yang berminat sila tengok saja coz bebudak ni semua nya under age..huahua

 Dah macam kaki labah labah bila cikgu tengok tangan tangan korang ni.. (3 Usman Ibn Affan)
 
Peace no War.. ( 3 Usman Ibn Affan)

Saya cikgu Matematik_Tingakatan 1 Umar Abdul Aziz..All girls also..

See, kami dah macam kengkawan kan..gaya sengal dari saya..haha

Dorang ni saya tak ajar pom tapi disebabkan hari itu saya tak dapat bergambar dengan pelajar ting 1 Ali Abi Talib..kelas lelaki semua so, dorang ni dijadikan galang ganti la..hehe

Cantik menawan..student form 3 umar..sebelum bergambar ni, berkati bedak dorang taruk kat muka..oppss..cikgu terbagitau..sori2..

Peace lagi..ekceli dah tak tau nak wat gaya ape dah..=)

Kelas ceria.(1 Usman Ibn Affan).tengok aje background kat dinding tu..macam2 ada..ekceli ni la kelas paling kepoh..ponet den melayan dorang ni..sekali den melenting semua terkaku..haha..padan muka semua kena ketuk ketampi kat luar kelas..as i said before, cikgu sentiasa menang..weee =)

Tingkatan 1 usman Ibn Affan_The poyo class =)


Ekceli banyak lagi gambar yang ni di publish kat sini tapi cukup la buat tatapan anak murid yang cikgu rindu..nanti kalo cikgu rajin,cikgu upload kat facebook pula..akhir kata cikgu sayang korang walopom kadang2 perangai korang menikam sanubari..biasalah bebudak nak remaja memang fi'ilnya macam korang semua..haha..Apa apa pun korang memang the best  and poyo..huahua..ok,cikgu rindu dengan korang..InsyaAllah panjang umur kita bertemu kembali..=)

p/s: 
- lupa nak bagitau yang hari terakhir saya mengajar di SMAMAM hari khamis so, kat sekolah tu memang diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis..so, itulah lah hasil gambarnya..huhu

-kepada anak murid saya rajin2 belajar ye..jangan nak membuta aja dalam kelas..siapkan semua kerja sekolah..jangan suka tangguh kerja..ececeh..khidmat nasihat percuma dari cikgu samaniah..walopom tak dapat membebel depan korang kat blog pom ok ape..huahua..

- sebelum terlupa kredit to cikgu aini coz sudi jadi photographer saya..=)

                                                         
Cikgu Aliya & Cikgu Aini..Windu sama saya tak..tehee =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...