Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Kekasih baru Lisa Surihani

Hallo kamu semua...selamat pagi  ya...

*Kenangan pertama..papai la farid kamil*


Kenapa ramai lelaki terlalu fanatik dengn Lisa Surirumah Surihani??.kenapa bukan aku yang menjadi pilihan sang arjuna..hak hak..berangan di angkasa lepasan lorr..ya.. aku dan korang semua tahu si Lisa tu cantik, gojes, putih gebu, lemah gemalai, ahhh macam macam sifat lagi la yang ada kat si Lisa ni..aku pom suka Lisa dari si Fasha sendat tu..

Walopom si Lisa ni idaman lelaki Malaysia tetapi dia tetap kalah di tangan aku coz aku lebih terer sebut "R"..si Lisa buleh dop??haha..

-
-
-
-
-


*Lisa dan kekasih keduanya Hans..hubungan mereka terputus di pertengahan jalan angkara lelaki ketiga yang hadir di hati Lisa..oh siapakah yang terlalu nista menggangu hubungan cinta mereka ini???*

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


*ini cinta ketiga Lisa..Faiz Tapit namanya..lepas ni aku tak tau la laki mana lagi yang Lisa nak usyar..tak cukup dengan satu..harap2 yang ni terakhir cik Lisa oiii..haha..*


pssss..apesal ketiga2 jejaka ni pakai baju serupa...ohh..baru paham..Lisa suka laki pakai baju belang belang la..

Lisa cakap kat aku..andai dia diberi kuasa memilih, dia akan pilih ketiga2 laki ni..tapi pompuan mana boleh kawen lebih dari satu *baca dalam nada sendu*...so, terpaksa la dia pilih  laki yang gojes2..hahaha..selamat tinggal  laki laki jongos..kata Lisa mengakhiri perbualan...

Thursday, November 25, 2010

Hello..You Have One Missed Call ('',)

Kalau perut rasa kenyang hati gumbira...baru lepas mentekedarah maggi kari extra pedas..memang berbaloi baloi pedasnye..suke suke...sape tak suke pegi main jauh jauh..haippp..

ohhh terlupa....(sambil tepuk dahi)
Assalamualaikum semua...

Nak tanye ni..dalam hidup korang, pernah tak korang wat something yang memalukan diri korang tanpa disedari dan disengajakan oleh diri sendiri..Hokeih, aku dah angkat tangan ni....aku penah..aku penah..* tulis sambil mengangguk kepala*...Entry kali ni aku ni cerita something yang boleh dibuat pengajaran oleh korang
-sila jangan tiru sketsa ini..bahaya untuk diri anda-..tetibe..haha

Aku ingat lagi, time tu cuti semester..so, kalo dah cuti semester comfirm lah balik kampung jumpa orang tersayang..nak pulak cuti semester jatuh time cuti sekolah, memang riuh rendahlah rumah..penuh dengan adik badak badik aku yang ada macam macam spesies perangai..otomatiknya berganda gandalah aku punye malu..tak patut..tak patut * sambil geleng geleng kepala*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempat kejadian : Teratak Bahagia *Rumah Saya laa..*
Masa Kejadian : Tak dapat diingati dengan baik
Watak : Mangsa = aku / Pemangsa = ???

Cerita pun bermula...

Eh..ada missed call la..waa, dalam hati berbunga bunga coz aku ni jarang dapat call just mesej je..bajet la konon..aikk..ni nombor sape..otak berkata macam biasa tengok je nombor ni..xpe la try tanya kot2 la tu nombor kawan aku..dalam hati sebaliknye pulak..hati berkata try la mesej dulu mane tau tu nombor lelaki kacak..cuba je la weh sebab aku ni jenis yang amat suka bertanya, kang sesat jalan susah lak..


Aku : Salam...tadi awak ade call saya eh..ececeh, intro mesti baik tau..digalakkan :)
???  : wslam..eh, mana ade saya call awak, awak silap orang ni..

Time tu dalam hati gembira gila sebab mesej telah dilayan..tak pe2, perjuangan perlu diteruskan coz nak tau die ni boy or girl..kalo girl aku tak mesej dah..memang gatal..haha

Aku : Awak ade call la tadi..kalo tak camne saya boleh tau nombor awak ni...
???  : betul tak de..kalo ada saya minta maaf ye..oh ye, awak ni laki ke perempuan?

Kembang hati aku weh..mesti die nak kenal aku ngan lebih rapat ni..balas jangan tak balas..dengan perasaan shy shy cat aku pon jawab..

Aku : mestilah perempuan..awak perempuan gak ke? (saja tanya camtu..nak amik hati..haha)
???  : Laki la..Nama awak apa??

Masih dalam perasaan yang gatal..tengah tergeliat gatal macam ulat bulu aku pom bitau nama aku...

Aku : Nama saya Samaniah...

Tetibe...................

??? : Woi bangang..

Terkezut aku bile dapat mesej macam tu..pastu aku pom belek la nombor yang tak dikenali tu lame2...tibe2 aku dengar suara adik aku kat ruang tamu baca semua mesej aku...haa sudah, camne dia boleh tau..bile die gelak macam nak terberak baru la aku tau yang nombor tak dikenali tu sebenarnya nombor die..ciss, lahabau tol..memang malu sampai nak menyuruk muka dalam peti ais je rasanya...malunye :(

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum Kejadian ..

Pagi tu aku macam cicak pakai kasut, berjalan satu rumah cari aku punya handphone..aku ni memang jenis yang salu lupa kat mane aku letak handphone..jalan terakhir, aku amik handphone adik aku lantas (ayat skema) call handphone aku..tapi still tak jumpa gak kat mane handphone aku berada...ah..tension2..tup2 lepas masak bila nak masuk dalam bilik aku terperasan handphone aku ada kat atas almari je..cisss...so korang fikir sendirila camne aku oleh mesej macam orang gatal ngan adik sendiri..

*moral of the story..sila simpan nombor telefon adik adik anda atau orang yang berada di dalam rumah anda untuk mengelakkan berlakunya kegatalan mesej..sekian..malunyer...

p/s : masih mengganggap dia sentiasa ada dekat dengan saya :(

Thursday, September 2, 2010

Oppss..itu bulu kaki ke??

Assalamualaikum semua..dah lama rasanya tak hupdate blog aku ni..ekceli, demam aku baru kebah..Alhamdulillah sihat juga akhirnya..sengsara ooo kalau demam bulan puasa..nak makan minum kompem2 tak boleh so, tahan-tahankan jela..

walopom demam tapi aku still lagi pergi bazaar ramadhan..yela, kalau aku tak pergi sape lak yang nak disuruh..ekceli aku baru peringkat nak 'beramas beramah mesra' ngan bebudak rumah sewa ni so, sangat tidak digalakkan untuk meminta-minta dan suruh-menyuruh...hukhuk..

Ok..nak dicepatkan cerita..Kalo pergi bazaar ramadhan je mesti mata aku berpinar-pinar..bukan sebab makanannya yang sedap tapi sebab terlalu ramai manusia.nak jalan pom kadang-kadang terlaga buntut..sumpah..aku benci dengan situasi macam ni..batal wudhuk aku..hukhuk..sedang aku berjalan..(cis..ayat novel lak..) entah macam mana aku boleh terperasan sorang makhluk berbulu kaki lebat lagi berkerinting..yerkk..dan sebelum terlupa makhluk itu ialah lelaki..bila aku pusing je kepala aku kat seluruh bazaar tu rupe-rupenye memang ramai dan banyak lelaki yang berbulu kaki lebat+kerinting..dah jadi trend sekarang lelaki suke pakai seluar pendek...masuk banyak angin kot..tapi yang tak boleh blah isu bulu kaki dikatakan seksi..yerkk...somebody please help me!!!

Disebabkan dah banyak sangat bulu kaki yang aku tengok so, aku tanya  la kat adik aku kenapa lelaki suka pakai seluar tu..dah tu pulak bulu kaki kerinting kasar semacam..tak malu ke??kalau kaki halus mulus macam kaki Fasha Sandha tak pe gak..huhu..Adik aku boleh jawab, SEKSI ..salah satu cara nak tunjukkan cara keseksian lelaki adalah melalui bulu kaki yang kerinting kasar tu..time tu aku rasa nak sekeh kepala adik aku 28 kali tapi bila member member lelaki aku mengiyakannya maka aku pom bersetuju jela walaupom agak kegelian..yerkss...


Kegebuan kaki dan kekerintingan buluan yang terselah.Adakah ini yang dikatakan seksi???.ahakss!!

Friday, August 13, 2010

Daun Bawang..Daun Kucai..

Salam..puasa tak tadi..hehe..aku puasa ye..apa juadah berbuka puasa korang??sure sedap tahap meleleh kan..apa saja yang korang makan time berbuka tadi anggaplah nikmat berbuka puasa setelah penat,letih,dan dahaga berpuasa di siang hari..

Ni ape lak kisahnye pasal daun bawang dan daun kucai lak ni..dah macam bunyi cerita melayu klasik bawang putih bawang merah lak..haha..

Petang yang damai disertai dengan bunyi sudip berlaga kuali..aku dan kakak aku sibuk memasak untuk juadah berbuka puasa kitorang..menunya memang special coz kakak aku ni memang terror bab masak memasak ni..tapi jangan ingat aku tak pandai masak ye..tugas aku hanya mengupas bawang..siyes tak tipu, mencabar gile tugas yang kakak aku bagi ni sampai menangis nangis aku kupas bawang tu..sob..sob..tengah duk kupas semua bawang2 tu aku teringat la kat satu cerita lawak tahap nak terjun bangunan tingkat 2 yang pernah terjadi kat aku then aku story la kat kakak aku cerita tu..siyes memang lawak..sampai sekarang kalo aku teringat je mesti aku gelak sengsorang..jap jap nak gelak..hahaha

ceritanye macam ni..one day, mak sedara aku ajak aku tidur kat rumah dia..rumah dia kat pekan,rumah aku lak kat kampung..aku ni memang malas tahap siput kalo tiba bab tidur rumah orang coz tak biasa nak tinggalkan bantal bantal aku..kang bile malam sure susah nak lelap tapi disebabkan kat rumah mak cik aku ni ada streamyx,aku pom sempat pikir 8 kali je lepas tu terus setuju..haha..

Malam tu tengah aku melepak kat depan TV, mak cik aku suruh pergi kedai beli daun bawang and bahan2 nak wat sup sebab pagi esok dia nak masak sup ayam..aku pom dengan rela hati pergi la kedai naik basikal sambil berpeluh peluh mengayuh sebab kat belakang ada anak hyppo yang duk bertenggek..anak mak cik aku la..haha..

sampai je kat kedai, kami dengan penuh wawasan pergi cari daun bawang and barang2 yang dipesan mak cik aku..semua barang dah dapat kecuali daun bawang..yela, dah malam mane ada kedai yang nak jual sayur kan..lain la kalo beli kat pasar..cari punya cari,alhamdulillah..ada satu kedai ni jual daun bawang..lega rasanya hati..tak payah nak menapak kedai lain nak cari daun bawang lagi..hoorreyy..nak dijadikan cerita tengah aku duk cari cari mana satu daun bawang datang pak cik kedai ni tanya nak beli ape..aku dengan sombongnya cakap nak beli daun bawang..ok,fine..pak cik tu pom blah sebab die rase khidmat die tak diperlukan coz mungkin dari riak muka aku die tengok aku boleh serve diri aku sendiri kot..haha..masa nak bayar harga daun bawang tu tibe pak cik tu tanya camni..

Pak cik: Cukup ke sikit ni je??

Aku: Cukup kot..wat pe banyak2..

Pak cik: Adik nak masak ape ni??

Aku: Masak sup ayam la pak cik..

Pak cik: Ooo..

Aku: Harganya semua berpa pak cik??

Pak cik : Sekupang je (seposen je)..

Hah..terkejut aku.yela terlalu murah..tapi dah orang bagi murah jangan ditanya tanya..kang tak pasal die naikkan harga..

Pagi esoknye..jeng jeng..

Mak cik aku yang konon kononnya nak tunjuk skill masak sup ayam terbantut niat nak masak bile tengok daun bawang aku..lepas tu,ape lagi..menjerit la die panggil aku sambil beristighfar banyak banyak..kesian beliau..ahaks..

Nak tau kenapa die jerit..macam mana la die tak menjerit kalo die tengok daun bawang dah bertukar jadi daun kucai..aku pom terkejut gak cam ne la daun bawang tu boleh bertukar jadi daun kucai..kompius2..haha..pagi tu aku dengar die membebel jela, die kata nampak sangat tak pernah memasak..memang betul pom, i hate cooking..bila di fikirkan balik baru aku perasan apasal pak cik kedai tu tanya macam macam and kenapa harganya sekupang je..aku rasa mesti pak cik kedai tu gelak terguling guling aku beli daun kucai nak wat sup ayam..dah tu boleh amik 3 helai je..memang la sekupang harganya..agaknya pak cik tu tak nak berkira..yela 3  helai je kan tapi tak nak aku malu punye pasal bagi je la harga sekupang..haha..sengal terlajak..cerita ni tak habis kat sini je..balik je kampung tengahari tu,mak cik aku pi story lak kat mak aku..lepas tu mak aku story lak kat sibling aku..pas tu aku lak story kat dalam blog ni..Hah..korang fikir sendiri jela berapa banyak bebelan yang aku dah terima..haha

Ok..bagi yang tak kenal, ni la daun bawang..


Ni pula daun kucai..see, daunnya hampir sama kan..so, no wonder kalo tersilap beli..tapi yang vunguk nye boleh lak beli 3 helai je..memang sengal yang keterlaluan..

Moral of the story..kalo ada sape2 yang suruh aku pergi kedai beli daun bawang pasni..harap maaf..permintaan anda tidak akan dilayan malah akan ditolak dengan kejam..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...