Showing posts with label SeKoLaH. Show all posts
Showing posts with label SeKoLaH. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Kerja...Kerja...Kerja

Assalamualaikum dan selamat petang jumaat semua..
Hai kak Dalilah..Miss u so Much walaopun awak tak miss saya n_n

Esok Cuti..tapi tak bermakna bleh bersenang lenang mendambakan kasih sayang..hahaha
Banyak Kerja sejak jadik cikgu..*ewah macam tak syukur pulak kan*..

Saya masih mampu untuk mengajar dan melayan kerenah anak2 murid
tapi....
saya sangat tak mampu untuk membuat kerja pengurusan sekolah yang melambak-lambak dan kerenah atasan yang pelbagai ragam yang mengalahkan budak2 pra sekolah bila bercakaran sesama lain..
ahhhh...pihak atasan memang suka memaksa sebab mereka di atas dan kita di bawah..
sebab saya di bawah maka turutkan jela kerenah mereka....huhhuuhuhu
semoga saya sentiasa kuat semangat *sentiasa semangat setiap hari*...


* Gambar penguat semangat =) *






*P/S: Tak perlu nak guna bomoh dan pawang bila tak suka orang tu..Ingat Allah la .............


Monday, April 9, 2012

Mereka itu Sangat Istimewa.

Assalamualaikum sahabat2 alam maya...
Semoga korang sentiasa sihat...
Alhamdulillah..hari ini aku masih bernyawa dan bernafas untuk berada di muka bumi Allah ini..
seterusnya, masih berpeluang untuk bertemu dengan ahli syurga di sekolah pendidikan khas ini =)

Okey2..mukaddimah jangan panjang sangat, nanti readers lari..hehehe...
rutin biasa aku dan cikgu2 yang lain..kalau dah nama pun cikgu mestilah kerjanya mengajar kan..tak kan pulak nak buat pelan ala2 berangan nak jadi arkitek..walaupun sebenarnya cikgu pun seorang arkitek iaitu arkitek pembagunan negara..

Hari ini aku mengajar subjek amali solat dan iqra' untuk kanak2 istimewa ini...seronok tengok gelagat dorang walaupun selalu kena babap dengan aku tapi dorang still boleh buat tak tahu..tak serik..dan tak tahu sakit..huahuahua...* aku tak lah kejam sangat *

* Bebudak ni kononnya tekun menulis*
 

*Abang Pengawas kita, Ibrahim..tulisan dia lawa tau*
 

*Taiko Pendidikan Khas...paling lama duk kat sekolah ni dan paling tua kat sekolah ni..tahun ni, tahun akhir beliau kat sekolah ni*
 

* Isa..beliau memang suka buat  benda pelik2 dalam kelas...beliau memang tak suka duduk diam2..kalau duk diam pun dalam 5 minit pastu  berlari-larian semula..kadang2 terpaksa tangguh P&P sebab nak mencari dia yang suka menghilangkan diri dengan tiba2...tiba time aku datang bulan memang teruk budak ni aku belasah...hahaha..*sekali lagi, sila percaya aku ni tak lah kejam sangat* hikhikhik


*Masa belajar pun nak pakai topeng..tak nak tanggal..haishhh, macam2 la kamu ni Isa..walaupon Isa ni suka buat benda pelik2 tapi dia sangat pandai di antara kawan2 yang lain..dia boleh hafal quran..kelebihan dia =)*
 
* His name is Anas..masalah disleksia..ala yang suka tulis huruf terbalik tu.. kalau sape tak tahu ape tu disleksia,sila tonton citer hindustan amir khan dengan sorang budak disleksia tu..kompem korang tahu =)

hikhikhik..tadi mengajar subjek huruf hijaiyyah bersambung (iqra' 2), ajar dorang cara sebut dan cara tulis..ni nak cerita, dulu2 dorang ni memang sifar dalam pendidikan Islam sebab kat school ni tak ada cikgu pendidikan Islam,dorang tak boleh sebut dan menulis langsung dalam jawi..alhamdulillah, bila datang ustazah brutal yang suka memaksa, sekarang ni dorang boleh menyebut dan menulis..dulu menyebut sampai nak tertanggal lidah..pastu menulis macam cakar harimau..sekarang ni memang cantik tulisan dorang dan lidah pun dah lembut * pujilah aku =,=*

* Ini kelas semestara untuk kelas 1 dan 2..kelas pendidikan khas yang sedia ada nak di tambah bangunan sebab murid semakin ramai tapi kelas semakin mengecil..haisshhh..macam mana tu..kelas sementara ni, hanya dipisahkan dengan papan hitam je..bila budak kelas sebelah buat bising memang hebat gangguannya. tak masuk lagi gangguan dari bilik muzik yang berada sebelah kelas sementara ni..bila tengahari menjelma, memang macam nak gila mengajar sebab berlawan dengan bunyi bising dari bilik muzik...huhuhu

* okey..ni hasil kerja Anas...Anas ni ikut angin..kalau angin tak betul, malas tahap cipan tapi bila dah kena dengan ustazah brutal ni, tak da maknanyanya kau nak malas2 dan merajuk rajuk..ai tak layan hokeh..
Tetiba ade senapang comel kat situ...budak2 ni punya la..macam2  >,<*


Alhamdulillah, selama hampir setahun lebih di sekolah ini, macam2 yang aku dah belajar..sebelum mengajar perlu tackle budak2 ni dulu *bukan mengorat ye..hikhikhik*..sebagai guru pendidikan khas, kita kena sentiasa menjaga kata2 dan perlakuan kerana dorang ni cepat mengikut..kalau benda tak elok tu laju je ikut..cuba benda baik, payah  betul nak ikut..hurmmm

Apa yang penting perlu ada sabar yang tinggi walaupun kadang2 hampir terlupa yang diri itu sedang cuba bersabar..


 Cikgu Sayang Kamu Semua Anak2 PPKI

Sunday, April 8, 2012

Apabila Ahad Menjelma..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat hari ahad pada semua bloggarian...
Hari ahad untuk bersenang lenang untuk menghadapi hari isnin hingga jumaat yang meletihkan..
tapi..bagi aku hari ahad ialah hari yang paling bizi sebab perlu menyiapkan banyak benda untuk menghadapi hari isnin...huhuhu (sila baca dengan nada sedih ).

Okey2..tak perlu sedih sebab kamu dah beli novel banyak2 semalam (wahh..ayat riyak ) tapi sila sedih tiba2 sebab kamu belum ada masa untuk membaca semua novel kamu itu..huahuahua..(poyo je kamu ni )..

Ini sebahagian aktiviti wajib hari ahad saya sepanjang saya praktikal ni..lalalala

*Hokeh..ini buku persediaan mengajar harian praktikum aku..pink gitu..sweet kan*


*Ini dalaman buku RPH aku..sangat cumil gitu..ahaksss*


*cumil gitu2 lagi >,< *


* Ini la mende alah yang aku tulis setiap hari...sila cakap chantek *

* Ini kata puji-pujian Pensyarah aku..Tapi hati tak bangga pujian tak meletopps..ahakss *


*Lembaran kerja untuk bebudak PPKI *

* Lembaran kerja untuk Bebudak PPKI*

Tak sabar nak tunggu habis praktikal sebab tak larat nak tulis RPH  panjang2, fikir tajuk jurnal yang meletup tup dan yang paling susah  sepanjang praktikal ni, aku dah tak boleh fikir nak buat aktiviti lembaran kerja apa lagi untuk budak2 PPKI ni .kerana mereka tidak sama seperti budak2 yang lain.Disebabkan itulah aku kena fikir panjang dan banyak2..huhuhuhuuhu..


P/S : PPKI is Program Pendidikan Khas Integrasi


SEKIAN

Jumpa kamu di next entry ya =D

Selamat Hari AHAD


Tuesday, January 17, 2012

Kesibukan Yang Melampau-Lampau

Assalamualaikum Bloggarian =)
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan waktu untuk menulis entry..walaupun aku tahu peminat2 blog aku ramai yang dah angkat kaki dari blog ini, tapi aku akan tetap menulis walaupun tidak seaktif macam dulu..

Al Kisahnya, tahun 2012 ini membawa seribu atau berjuta-juta kesibukan (memang dah sibuk tahap maksima yang melampau sangat..hehhe). Bermula hujung Januari hingga April aku akan menjalani praktikal sebagai guru pendidikan Islam Pendidikan Khas untuk kanak2 istimewa..wooww, sememangnya sangat istimewa sehingga menuntut kesibukan yang memerlukan kesabaran..Banyak bahan bantu mengajar (BBM) yang perlu aku reka dan fikirkan berdasarkan pada tahap pencapaian murid2 yang mana setiap murid dalam satu kelas tu mempunyai pelbagai masalah..Jadi, sebagai guru yang kononnya kreatif dan berdedikasi aku akan sentiasa menanamkan sifat sabar dalam diri bagi menjayakan sesi praktikal aku..Yang paling penting, praktikal ini bukan hanya untuk mencapai kelulusan maktab semata-mata tetapi dengan praktikal la kita akan maju di dalam bidang pendidikan kerana dah berjaya mendidik diri kita untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pelbagai sifat dan kriteria untuk memajukan P&P..(hehehe,ayat aku terlalu skema beb).

Kesibukan kedua yang agak sibuk jugaklah..aku juga mengajar KAFA untuk menampung hidup dan mencari pengalaman..lagipun aku sukakan cabaran dalam proses pengajaran..mengajar kanak2 istimewa dan normal memerlukan cara penyampaian yang berbeza..jadi, dari situlah cabaran yang perlu lakukan..aku perlu banyak mempelbagaikan cara P&P supaya kanak2 tidak bosan...hehehe..

Kesibukan yang ketiga ialah dengan tugasan2 di sekolah..tahun 2012 ini menuntut aku untuk memegang banyak jawatan..yang tak boleh blahnya, banyak betul jawatan aku dalam bidang sukan...salah satunya pengurus sukan Tenis...sekolah aku tiap2 tahun wakil tenis peringkat kebangsaan...agak2 la kalau aku yang latih budak tu, sampai tak peringkat sekolah..hehehehehe..insyaAllah, aku akan belajar tenis juga untuk memajukan diri dan anak murid aku..

Walau sesibuk mana pun, aku akan pastikan aku masih ada masa untuk call emak tersayang setiap minggu..dan aku akan pastikan hari minggu aku sangat relax tanpa gangguan sekolah dan tidur yang lena tanpa ganguan housemate..dan aku juga masih ada masa untuk mengilap kereta setiap minggu...hehhehee...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 * Terapi renang juga salah satu tempat aku boleh release tension..Kadang2 tension jugak sebab perlu menjaga kanak2 dari kelemasan...adoiiii..doiii *


*Mereka Yang Istimewa kerana berjaya menyabarkan diri untuk mendidik kanak2 Istimewa..Power la Kome sume*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...