Monday, April 9, 2012

Mereka itu Sangat Istimewa.

Assalamualaikum sahabat2 alam maya...
Semoga korang sentiasa sihat...
Alhamdulillah..hari ini aku masih bernyawa dan bernafas untuk berada di muka bumi Allah ini..
seterusnya, masih berpeluang untuk bertemu dengan ahli syurga di sekolah pendidikan khas ini =)

Okey2..mukaddimah jangan panjang sangat, nanti readers lari..hehehe...
rutin biasa aku dan cikgu2 yang lain..kalau dah nama pun cikgu mestilah kerjanya mengajar kan..tak kan pulak nak buat pelan ala2 berangan nak jadi arkitek..walaupun sebenarnya cikgu pun seorang arkitek iaitu arkitek pembagunan negara..

Hari ini aku mengajar subjek amali solat dan iqra' untuk kanak2 istimewa ini...seronok tengok gelagat dorang walaupun selalu kena babap dengan aku tapi dorang still boleh buat tak tahu..tak serik..dan tak tahu sakit..huahuahua...* aku tak lah kejam sangat *

* Bebudak ni kononnya tekun menulis*
 

*Abang Pengawas kita, Ibrahim..tulisan dia lawa tau*
 

*Taiko Pendidikan Khas...paling lama duk kat sekolah ni dan paling tua kat sekolah ni..tahun ni, tahun akhir beliau kat sekolah ni*
 

* Isa..beliau memang suka buat  benda pelik2 dalam kelas...beliau memang tak suka duduk diam2..kalau duk diam pun dalam 5 minit pastu  berlari-larian semula..kadang2 terpaksa tangguh P&P sebab nak mencari dia yang suka menghilangkan diri dengan tiba2...tiba time aku datang bulan memang teruk budak ni aku belasah...hahaha..*sekali lagi, sila percaya aku ni tak lah kejam sangat* hikhikhik


*Masa belajar pun nak pakai topeng..tak nak tanggal..haishhh, macam2 la kamu ni Isa..walaupon Isa ni suka buat benda pelik2 tapi dia sangat pandai di antara kawan2 yang lain..dia boleh hafal quran..kelebihan dia =)*
 
* His name is Anas..masalah disleksia..ala yang suka tulis huruf terbalik tu.. kalau sape tak tahu ape tu disleksia,sila tonton citer hindustan amir khan dengan sorang budak disleksia tu..kompem korang tahu =)

hikhikhik..tadi mengajar subjek huruf hijaiyyah bersambung (iqra' 2), ajar dorang cara sebut dan cara tulis..ni nak cerita, dulu2 dorang ni memang sifar dalam pendidikan Islam sebab kat school ni tak ada cikgu pendidikan Islam,dorang tak boleh sebut dan menulis langsung dalam jawi..alhamdulillah, bila datang ustazah brutal yang suka memaksa, sekarang ni dorang boleh menyebut dan menulis..dulu menyebut sampai nak tertanggal lidah..pastu menulis macam cakar harimau..sekarang ni memang cantik tulisan dorang dan lidah pun dah lembut * pujilah aku =,=*

* Ini kelas semestara untuk kelas 1 dan 2..kelas pendidikan khas yang sedia ada nak di tambah bangunan sebab murid semakin ramai tapi kelas semakin mengecil..haisshhh..macam mana tu..kelas sementara ni, hanya dipisahkan dengan papan hitam je..bila budak kelas sebelah buat bising memang hebat gangguannya. tak masuk lagi gangguan dari bilik muzik yang berada sebelah kelas sementara ni..bila tengahari menjelma, memang macam nak gila mengajar sebab berlawan dengan bunyi bising dari bilik muzik...huhuhu

* okey..ni hasil kerja Anas...Anas ni ikut angin..kalau angin tak betul, malas tahap cipan tapi bila dah kena dengan ustazah brutal ni, tak da maknanyanya kau nak malas2 dan merajuk rajuk..ai tak layan hokeh..
Tetiba ade senapang comel kat situ...budak2 ni punya la..macam2  >,<*


Alhamdulillah, selama hampir setahun lebih di sekolah ini, macam2 yang aku dah belajar..sebelum mengajar perlu tackle budak2 ni dulu *bukan mengorat ye..hikhikhik*..sebagai guru pendidikan khas, kita kena sentiasa menjaga kata2 dan perlakuan kerana dorang ni cepat mengikut..kalau benda tak elok tu laju je ikut..cuba benda baik, payah  betul nak ikut..hurmmm

Apa yang penting perlu ada sabar yang tinggi walaupun kadang2 hampir terlupa yang diri itu sedang cuba bersabar..


 Cikgu Sayang Kamu Semua Anak2 PPKI

2 comments:

Miss Sunshine said...

kita kagum dengan guru2 pendidikan khas... sangat sabar dalam melayani karenah mereka.
mungkin sbb tu kita tak ditakdirkan jadi guru pend khas, sangatlah tak sabar... dgn budak normal pun boleh hilang kesabaran... kalau dgn kanak2 istimewa, ntah cmni kita ni...

samaniah said...

semua guru perlu bersabor skg ni..kalo x sabor see u in court...hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...