Friday, April 6, 2012

Terjah BookStore di Hujung Minggu

Assalamualaikum bloggarian....
Saya sangat mengharapkan korang semua sihat disamping orang yang sangat tersayang...
Malam minggu ini, aku sedang elok duk pikior nak buat sesi regangan mental ape untuk esok..


Taraaa.....dah dapat idea...esok nak pergi shopping buku...ya, borong novel sebenarnye..hehehe..sejak praktikum dari bulan satu aritu, aku xda masa langsung nak sentuh novel..al maklum kekangan masa yang melampau..kerja di sekolah yang menimbun, assignment yang berlambak (alhamdulillah, assignment dah siap semuanyer =D ), rindu kat emak yang tak tertanggung lagi (sejak mak balik umrah, tak pernah jenguk lagi sebab saya amat bizi di  negeri sembilan ini =/ ).

Ok..lupakan semua itu, semua itu hanya lah kudis, bila dah sapu ubat maka sembuhlah ia..hehehe..tapi kalau rindu kat emak ubatnya kena call setiap  masa...bila emosi terganggu je nyaris2 nak tumpah air hujan, mulalah sibuk nak cari emak sebagai ubat penenang jiwa (sebenarnya, dengar suara emak, empangan terus pecah..hahaha)..opssss..balik topik utama tadi...hujung minggu ni, merangkap esok, aku nak g borong novel2 ni =D

*eh..saya memang suka watak heroin jadi isteri =P*


*saya memang orang kampung..wajiblah baca novel yang memang kampung2 ni =)*


*Islamik novel..best tau..walaupun tak baca lagi tapi aritu aku curik2 baca kat kedai buku..buku ni nak hadiah kat anak murid + en.heart  >,<


 *Aku memang insan tidak sempurna, maka wajiblah membeli novel ini =D*

* dulu-dulu saya bercita-cita  nak bercinta dengan pilot, tak dapat pakwe pilot, dapat baca buku ade hero pilot pun ok jugak =D*


Semua novel ni best2 tau..sebab sebelum ni, aku dah beli novel dari penulis ni jugak..tak sabar nak tunggu esok..hari ini just buat penilaian novel yang best2 je..hikhikhik..


ok..selamat berhujung minggu kawan2 =)

Terima Kasih =)

Assalamualaikum Malaysia....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
TERIMA KASIH MALAYSIA


 
kerana menghadiahkan para pelajar seperti aku ni " BAUCER BUKU RM200". dengan baucer ni dapatlah aku memborong buku untuk diri sendiri, kengkawan, anak2 murid dan en. heart.oh ye, en.heart dah order macam2 buku..banyak cekadak ler, kalau ade lebih i belikan ye =P
 

Soalan Hujung Minggu

Assalamualaikum bloggers =D

Esok dah sabtu..selalunya kalau hujung minggu ape yang korang buat.
a) Tidur selagi mata tak nak buka.
b) Basuh baju yang dikumpul seminggu kerja.
c) Kemas rumah.
d) mari memasak.
e) tengok tv sampai tv pon dah habis siaran.
f) dating
g) lepak dengan kawan2.
h) Tengok wayang.
i )window shopping + shopping.
j) melayan suami.

Haaa...mane satu yang korang lakukan bila hujung minggu.Semua di atas aku pernah buat kecuali yang terakhir..yang tu kena tunggu dapat lampu hijau dari mummy dulu..ahaksss..

*jangan stress di hujung minggu ye kawan2..kerja2 jugak, bersosial jangan abaikan =D*

Tuesday, January 17, 2012

Kesibukan Yang Melampau-Lampau

Assalamualaikum Bloggarian =)
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan waktu untuk menulis entry..walaupun aku tahu peminat2 blog aku ramai yang dah angkat kaki dari blog ini, tapi aku akan tetap menulis walaupun tidak seaktif macam dulu..

Al Kisahnya, tahun 2012 ini membawa seribu atau berjuta-juta kesibukan (memang dah sibuk tahap maksima yang melampau sangat..hehhe). Bermula hujung Januari hingga April aku akan menjalani praktikal sebagai guru pendidikan Islam Pendidikan Khas untuk kanak2 istimewa..wooww, sememangnya sangat istimewa sehingga menuntut kesibukan yang memerlukan kesabaran..Banyak bahan bantu mengajar (BBM) yang perlu aku reka dan fikirkan berdasarkan pada tahap pencapaian murid2 yang mana setiap murid dalam satu kelas tu mempunyai pelbagai masalah..Jadi, sebagai guru yang kononnya kreatif dan berdedikasi aku akan sentiasa menanamkan sifat sabar dalam diri bagi menjayakan sesi praktikal aku..Yang paling penting, praktikal ini bukan hanya untuk mencapai kelulusan maktab semata-mata tetapi dengan praktikal la kita akan maju di dalam bidang pendidikan kerana dah berjaya mendidik diri kita untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pelbagai sifat dan kriteria untuk memajukan P&P..(hehehe,ayat aku terlalu skema beb).

Kesibukan kedua yang agak sibuk jugaklah..aku juga mengajar KAFA untuk menampung hidup dan mencari pengalaman..lagipun aku sukakan cabaran dalam proses pengajaran..mengajar kanak2 istimewa dan normal memerlukan cara penyampaian yang berbeza..jadi, dari situlah cabaran yang perlu lakukan..aku perlu banyak mempelbagaikan cara P&P supaya kanak2 tidak bosan...hehehe..

Kesibukan yang ketiga ialah dengan tugasan2 di sekolah..tahun 2012 ini menuntut aku untuk memegang banyak jawatan..yang tak boleh blahnya, banyak betul jawatan aku dalam bidang sukan...salah satunya pengurus sukan Tenis...sekolah aku tiap2 tahun wakil tenis peringkat kebangsaan...agak2 la kalau aku yang latih budak tu, sampai tak peringkat sekolah..hehehehehe..insyaAllah, aku akan belajar tenis juga untuk memajukan diri dan anak murid aku..

Walau sesibuk mana pun, aku akan pastikan aku masih ada masa untuk call emak tersayang setiap minggu..dan aku akan pastikan hari minggu aku sangat relax tanpa gangguan sekolah dan tidur yang lena tanpa ganguan housemate..dan aku juga masih ada masa untuk mengilap kereta setiap minggu...hehhehee...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 * Terapi renang juga salah satu tempat aku boleh release tension..Kadang2 tension jugak sebab perlu menjaga kanak2 dari kelemasan...adoiiii..doiii *


*Mereka Yang Istimewa kerana berjaya menyabarkan diri untuk mendidik kanak2 Istimewa..Power la Kome sume*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...