Sunday, January 20, 2013

Boros ke ???

Assalamualaikum bloggarians ....

Hurm......( tak ada idea nak buat intro ayat...hehehe )..

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi yang aku tahu entry kali ni nak cerita pasal BOROS bukan BOLOS ye...

Emak aku pun banyak kali cakap aku ni pantang berduit semua benda nak beli..agaknya sebab emak selalu sangat ulang cakap benda yang sama jadi secara automatik ianya menjadi doa..hehehe (melawak manja jela..)

Aku ni bukan insan yang suka bershopping seperti insan2 yang lain..aku cuma suka window shopping je...jalan2 penatkan kaki..lepas tu malam2 mulalah mengaduh sakit kaki serba tak kena..huhhu

Cuma aku ni insan yang pantang nampak benda yang dah berkenan di hati..kalau aku dah suka kat satu barang tu, aku akan berusaha untuk dapatkannya walaupun tidak pada hari itu tapi hari kemudiannya aku akan dapatkan juga..selagi aku tak dapat barang yang aku dah berkenan tu, sampai mandi bergelen-gelen air pun tetap rasa tak basah..kadang2 tu masa solat pun boleh terbayang barang yang aku dah berkenan sangat tu..berdosa betul rasanya sebab solat tak khusyuk..tapi nak buat macam mana..itulah aku..

Contohnya, tengah seronok window shopping..tetibe aku tersuka sangat kat satu baju ni..tapi sebab duit tak cukup, aku pun tangguhkan hasrat untuk beli baju tu..tapi tula..selagi tak beli selagi tu la terbayang-bayang baju tu menari depan mata aku ni..so wajib beli juga...

Aku memang suka membeli..kadang2 bukan untuk diri sendiri pun..untuk orang lain..yang penting hati puas bila membeli..mungkin sebab tu emak aku cakap aku ni tak pandai uruskan kewangan lagi..dan sebab tu jugaklah aku tolak jawatan sebagai bendahari sekolah..tak nak lah aku pegang duit banyak2..kot hilang aku buat shopping je kang..hehehhe

Kadang2 memang aku rasa aku ni boros..tapi kadang2 aku rasa tak boros pun sebab membeli barang yang diperlukan je walaupun kadang2 tersasar membeli barang yang diinginkan..hehehe

Satu lagi hujah kalau orang cakap aku boros..aku balas balik..cikgu memang banyak benda nak beli..duit keluar macam air je..kadang2 tu, dalam kepala ni macam2 fikir barang nak buat BBM...bagi award kat murid2 lagi..semua tu perlukan duit..so, aku rasa isu boros tak perlu dijadikan isu sebab zaman sekarang ni keperluan lebih mengatasi dari keinginan..WALLAHUA'LAM =)

3 comments:

Shizan Syafik said...

sama la dengan saya, kalau tak beli, memang akan teringat2.. hoho, buruk betul perangai

EIGHT IS SAMANIAH said...

huuu..tau xpe..1 kepuasan tu =)

Amanina said...

salam.. 1st singgah sini :)
dulu boros. sejak dh cri duit sndri mkin jimat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...