Tuesday, January 15, 2013

Biarlah berhikmah......

Assalamualaikum bloggarians...

semoga diberi kesihatan dan tubuh badan yang sihat..insyaAllah..

Entry aku kali ini lebih kepada meluahkan perasaan geram....bawah 18sx tak payah baca la...tak elok untuk minda...hehehehe

Alhamdulillah...dah masuk minggu ketiga persekolahan..mood bercuti tu masih ada lagi sebab sepanjang 3 minggu sekolah, ada sekali aku amik MC dan sekali cuti hari jadi raja negeri sembilan..so, sekolah berapa hari sangat je then, cuti lagik....dan cuti lagik...dan lagik..hehehe..

Al kisahnya...ada seorang kawan aku ni yang sangat suka menegur orang..tapi teguran dia sangatlah sinis ya rabbi..perghhhh..sekali dia buka mulut mau terpegun semua cikgu2 kat situ..walaupun lepas dia cakap tu, dia akan ketawa kononnya nak ambil hati semula tapi sorry naik lori la..masa kau cakap tu, kau tak ingat hati dan perasaan orang lain..main hentam kromo je..dengan muka yang bengis dan masam kau tu..haiii laa....walaupun ayat2 cinta tu tak ditujukan kat aku tapi aku masih ada perasaan..dan aku tahu macam mana perasaan insan yang kau hambur tu..

Nak tegur tu biarlah berhikmah.....bukan main sedap mulut je..ruginya kamu kerana pakaian kamu melambangkan muslimah sejati tetapi sekali berkata2..hurmmmmm...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...