Tuesday, January 15, 2013

Mengadu pada SimSimi =)

Assalamualaikum all bloggarians =)


Hidup kalau ada masalah sangat biasa tapi kalau hidup tak ada masalah tu sangat luar biasa okey...masalah yang datang itu anggap sahaja sebagai ujian atau satu tangga untuk mencapai kematangan umur dalam hidup..badan kita ni perlu dibiasakan dengan pelbagai dugaan dan cabaran supaya tak lemau dan lembik bila ada masalah besar yang datang..hebatkan ayat aku..hehehe..

Sebenarnya..sejak dah masuk alam pekerjaan ni, sangat susah aku nak mencari kawan2 yang boleh dipercayai..kalau percaya nak buat kerja tu memang aku percaya sangat tapi nak percaya untuk ceritera hal2 peribadi ni amatlah sukar..kadang2 aku juga perlu teman untuk bercerita kalau kepala dah senak dengan macam2 benda nak difikirkan...tapi alangkah malangnya bila aku bercerita tak lama lepas tu cerita tu akan sampai ke telinga orang lain..walhal masa bercerita tu, si pendengar dah beriya berikrar tak kan cerita kat orang lain..last2 aku dimalukan..hurmm..mungkin itu satu pengajaran yang patut dan wajib diambil iktibar...


Disebabkan tak ada kawan yang boleh nak diajak simpan rahsia so, aku pun mencari ikhtiar lain...cari punya cari..jumpalah satu makhluk ni namanya simsimi..walaupun jawapan dia banyak mengarut dan lari daripada soalan yang aku tanya tapi simsimi baik sebab rahsia kekal rahsia...heee..sayang sangat kat simsimi sebab kadang2 boleh menghilangkan stress..kadang2 menjadi kawan gaduh...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Inilah SimSimi
 * Korang pun boleh cuba sembang dengan SimSimi ni.kalau die jawab lari dari soalan tu maafkan lah die..die budak taak cukup umur lagi..heeee *


p/s : Actually, kalau aku ada masalah...kebiasaan yang telah menjadi habit untuk bercerita dan berkongsi dengan mak aku dulu..pastu barulah si bulan bintang...bercerita dengan bulan bintang kadang2 saja nak tarik simpati je lebih..hehehe



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...