Friday, July 16, 2010

Bila cikgu mula berbicara

Assalamualaikum to readers walopom aku tau tak ada yang nak baca blog aku ni tapi aku still nak menulis jugak sebabnya sekurang-kurangnya berkurang sikit beban yang aku pikul sengsorang ni..hakhak..

Entry kali ni aku nak ceritakan pasal life aku sebagai temporary teacher..sekarang ini aku tengah curi-curi masa jap nak tulis blog ni walaupun kejap lagi aku ada kelas..aku memang cikgu yang mantoop..sila tepuk tangan sambil makan lollipop ya..haha

Ada umpama yang mengatakan guru ibarat lilin yang membakar diri..memang membakar diri pom nak-nak pulak kalau mengajar kelas lelaki semua..nasib baik kelas itu tak terbakar sekali..haha
Guru tu seorang yang sangat mulia tapi aku ni mulia ke??huhu...sejak bergelar guru sementara ni, aku tak rasa aku ni cikgu sebab aku pom turut belajar juga..belajar apa??.belajar control diri dan menjadi seorang yang lebih penyabar walaupun kadang-kadang buku tu melayang tinggi menyembah bumi dan tangan ni tak renti-renti mencubit dorang..haha..padan muka student aku, siapa suruh wat aku hilang sabar..sebenarnya aku ni tak la nak pandai marah orang sangat tapi kalau dah student aku perangai dah macam syaitonirrajim aku pom kena la keluarkan segala ilmu-ilmu sakit jiwa aku..sakit jiwa woo kalau mengajar ni rupa-rupanya..nak-nak lak kalau mengajar kelas lelaki semua…memang jiwa dan emosi terganggu..nasib baik dorang hencem…wawawa..tak boleh blah angkat anak murid sendiri..ahaks…

Itu kalau mengajar kelas lelaki..kalau mengajar kelas semua perempuan lain pula fi’ilnya..kalau mengajar girl students ni hati dan emosi aku ni tenteram aja..tak ada nak mengamuk2 tapi marah-marah sopan tu ada lah jugak..ahakss. tapi tangan aku tak pernah naik kat badan dorang..bukan sebab aku takut dengan dorang tapi biasalah perempuan…suka mereport..mereport yang betul tak mengapa juga..ini tidak..perkara yang cikgu tak buat,dorang buat-buatkan untuk ditambahkan sebagai perasa cerita..huhu..mengajar girl students ni stress juga..sebabnya dorang ni suka buat muka (memek muka)..macam bagus saja..lepas tu mengumpat..haishh..budak-budak sekarang ini..cikgu mengajar kat depan, dorang jual ketupat kat belakang..macam manalah pelajaran itu nak berkat kalau suka sangan mengumpat cikgu..
Kepada girl students…pesanan ini dibawa khas untuk korang…
- mulut-mulut korang yang terlebih ajar itu sila jaga ya..boleh kalau nak melawak tapi jangan terlajak ajar..ingat cikgu ni kawan korang ke..
- jaga mata anda..tak payah nak pandang cikgu dari atas ke bawah..kemudian dari bawah ke atas..ya..saya sedari saya ni dikalangan cikgu yang comel so tak perlu nak tengok saya macam itu..haha..bukan apa..girl student ni macam busy body pom ya jugak..pantang nampak cikgu pakai baju baru ke, kasut baru ke, semuanya nak diambil tahu..rimas aku..nak-nak pulak aku hanya ada 9 helai baju kurung je..tiap-tiap minggu pakai baju yang sama saja..sadisss..tapi inilah realiti..nasib baik dorang tak tanya kenapa pakai baju sama saja..kalo ada yang tanya macam itu,aku sumbat mulut dia dengan cili..kalau dorang nak tolong belikan tak mengapa juga..haha..aku tengok cikgu-cikgu kat sini banyak betul baju..baju-baju dorang nak katakan tiap-tiap minggu berlainan..agaknya 2 bulan kemudian baru rolling semula baju yang dah pernah pakai..ahaksss...

Haaaa...ni kes kelas campur pula..kelas campur meaning dalam kelas itu ada lelaki and perempuan..kalau kelas campur ini..pelajar perempuan terlebih malu..kadang-kadang aku yang sebagai cikgu ni pom naik geram..mana taknya malu sangat dengan pelajar lelaki..apa.korang ingak boy students yang duduk kat depan tu minat sangat ke kat korang..haissshhh..pening2..yang utamanya kelas campur memang kelas yang agak pendiam...huhu..

Ok..setakat sini dulu..sat lagi aku ada kelas..huhu..doakan aku jadi cikgu yang penyabar and disayangi oleh anak-anak muridnya..anak-anak muridku..cikgu sayang sama korang walaupun perangai korang mengalahkan langsuir yang duk mengilai kat pokok ara malam-malam tu..haha..kalau marah pom,marah tanda sayang..tak pernah simpan dalam hati..wookeh choow kit dulu..

3 comments:

Hjh Norhaniza bt Ismail said...

wahhhh...best la entry ni samaniah...buat akk teringat n terimbas kenangan dulu2.maklum ler jd cikgi ni dh almost 6years.mmg best la...ayat giler tu.....congrats n keep it up bebeh.....gelak sakan hr nih

Hjh Norhaniza bt Ismail said...

td masuk kelas girls...deme dok perati dr atas ke bwah..just like u said samaniah....tk sukeeeeeeee

EIGHT IS SAMANIAH said...

time kasih..sile bace lagi yer..hehe..beselah budak pompuan nak jadi dewasa mmg suka mengusyar..biarkan je..yg ptg kite kene mantain lawa..ayat agk perasan..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...