Monday, July 26, 2010

Kisah Korea

salam sumer...pe kabor???
Tetibe ari ni aku nak tunjuk gambar-gambar member aku yang duk kat korea,bile dorang nak balik mesia pom aku tak tau...korang tengok sendiri la gambar dorang kat bawah tu..sure menaruh harapan..huhu..kalau ada yang berkenan yang nak dibuat pakwe, hentikan la niat korang...tak payah nak berangan-angan ye..

haa...ni la member-member aku ..lama sungguh rasanya aku tak jumpa dengan dorang..huhu..maybe, 1 fine day kitorang akan wat reunion party ala-ala jejak kasih..Maklumlah dah lama tak jumpa..tempat and masa akan diisytiharkan kemudian..hullamak..terperasan jap..haha

Actually, they are superjunior group from korea..aku minat sangat dengan lagu2 dorang..dengan dorang pom aku minat gak..aku suka style rambut and tarian dorang..mantoop...

yang ni pulak pelakon drama korea..aku pom tak tau la macam mana boleh terjebak ngan cerita korea yang berbelas episod ni ..memang membuang masa betul,kalau tolong mak wat karipap ada gak hasilnya..tapi nak wat camne,dah tetibe aku jatuh cinta ngan cerita n pelakon-pelakonnye..huhu..tajuk citer nye 'you are beautiful'..dalam citer ni dorang tubuhkan satu band,nama band dorang A n Jell...citer die best tau..aku suka sangat dengan watak shin woo even he's not main hero but his character make me fall in love with him..haha...kalaulah dapat boypren macam watak shin woo ni sure aku yang ajak dia kawen..haha..k, tak mau citer banyak..kalau korang nak tahu citer ni korang tengok sendiri la..lagipom aku tak nak jadi plagiat dalam blog aku sendiri..huhuhu

Friday, July 16, 2010

Bila cikgu mula berbicara

Assalamualaikum to readers walopom aku tau tak ada yang nak baca blog aku ni tapi aku still nak menulis jugak sebabnya sekurang-kurangnya berkurang sikit beban yang aku pikul sengsorang ni..hakhak..

Entry kali ni aku nak ceritakan pasal life aku sebagai temporary teacher..sekarang ini aku tengah curi-curi masa jap nak tulis blog ni walaupun kejap lagi aku ada kelas..aku memang cikgu yang mantoop..sila tepuk tangan sambil makan lollipop ya..haha

Ada umpama yang mengatakan guru ibarat lilin yang membakar diri..memang membakar diri pom nak-nak pulak kalau mengajar kelas lelaki semua..nasib baik kelas itu tak terbakar sekali..haha
Guru tu seorang yang sangat mulia tapi aku ni mulia ke??huhu...sejak bergelar guru sementara ni, aku tak rasa aku ni cikgu sebab aku pom turut belajar juga..belajar apa??.belajar control diri dan menjadi seorang yang lebih penyabar walaupun kadang-kadang buku tu melayang tinggi menyembah bumi dan tangan ni tak renti-renti mencubit dorang..haha..padan muka student aku, siapa suruh wat aku hilang sabar..sebenarnya aku ni tak la nak pandai marah orang sangat tapi kalau dah student aku perangai dah macam syaitonirrajim aku pom kena la keluarkan segala ilmu-ilmu sakit jiwa aku..sakit jiwa woo kalau mengajar ni rupa-rupanya..nak-nak lak kalau mengajar kelas lelaki semua…memang jiwa dan emosi terganggu..nasib baik dorang hencem…wawawa..tak boleh blah angkat anak murid sendiri..ahaks…

Itu kalau mengajar kelas lelaki..kalau mengajar kelas semua perempuan lain pula fi’ilnya..kalau mengajar girl students ni hati dan emosi aku ni tenteram aja..tak ada nak mengamuk2 tapi marah-marah sopan tu ada lah jugak..ahakss. tapi tangan aku tak pernah naik kat badan dorang..bukan sebab aku takut dengan dorang tapi biasalah perempuan…suka mereport..mereport yang betul tak mengapa juga..ini tidak..perkara yang cikgu tak buat,dorang buat-buatkan untuk ditambahkan sebagai perasa cerita..huhu..mengajar girl students ni stress juga..sebabnya dorang ni suka buat muka (memek muka)..macam bagus saja..lepas tu mengumpat..haishh..budak-budak sekarang ini..cikgu mengajar kat depan, dorang jual ketupat kat belakang..macam manalah pelajaran itu nak berkat kalau suka sangan mengumpat cikgu..
Kepada girl students…pesanan ini dibawa khas untuk korang…
- mulut-mulut korang yang terlebih ajar itu sila jaga ya..boleh kalau nak melawak tapi jangan terlajak ajar..ingat cikgu ni kawan korang ke..
- jaga mata anda..tak payah nak pandang cikgu dari atas ke bawah..kemudian dari bawah ke atas..ya..saya sedari saya ni dikalangan cikgu yang comel so tak perlu nak tengok saya macam itu..haha..bukan apa..girl student ni macam busy body pom ya jugak..pantang nampak cikgu pakai baju baru ke, kasut baru ke, semuanya nak diambil tahu..rimas aku..nak-nak pulak aku hanya ada 9 helai baju kurung je..tiap-tiap minggu pakai baju yang sama saja..sadisss..tapi inilah realiti..nasib baik dorang tak tanya kenapa pakai baju sama saja..kalo ada yang tanya macam itu,aku sumbat mulut dia dengan cili..kalau dorang nak tolong belikan tak mengapa juga..haha..aku tengok cikgu-cikgu kat sini banyak betul baju..baju-baju dorang nak katakan tiap-tiap minggu berlainan..agaknya 2 bulan kemudian baru rolling semula baju yang dah pernah pakai..ahaksss...

Haaaa...ni kes kelas campur pula..kelas campur meaning dalam kelas itu ada lelaki and perempuan..kalau kelas campur ini..pelajar perempuan terlebih malu..kadang-kadang aku yang sebagai cikgu ni pom naik geram..mana taknya malu sangat dengan pelajar lelaki..apa.korang ingak boy students yang duduk kat depan tu minat sangat ke kat korang..haissshhh..pening2..yang utamanya kelas campur memang kelas yang agak pendiam...huhu..

Ok..setakat sini dulu..sat lagi aku ada kelas..huhu..doakan aku jadi cikgu yang penyabar and disayangi oleh anak-anak muridnya..anak-anak muridku..cikgu sayang sama korang walaupun perangai korang mengalahkan langsuir yang duk mengilai kat pokok ara malam-malam tu..haha..kalau marah pom,marah tanda sayang..tak pernah simpan dalam hati..wookeh choow kit dulu..

Di Mana Tulang Rusuk Saya??

Dengan besar hatinya aku ingin memberitahu semua pembaca yang aku adalah seorang perempuan. Ekceli, aku ni dijadikan daripada tulang rusuk Adam yang sebelah kiri yer. Tulang rusuk ni pulak tak boleh terlalu begkok dan terlalu lurus, kalau tak ianya boleh patah. . Begitu jugalah diriku yang serba kekurangan ini yang sangat memerlukan bimbingan dari seorang lelaki tetapi bimbingan tersebut boleh dikatakan jangan terlalu keras atau lembut kelak akan memakan diri si lelaki...Itulah serba sedikit tentang tulang rusuk tapi sampai sekarang aku masih tak tahu aku ni dah teramik tulang rusuk lelaki mana.. haha..

Moral of The story:
Kepada lelaki2 yang rasa tulang rusuk kiri dia tu hak milik aku diminta segera masuk meminang aku..haha..

My Hero Is My Abah


Dulu-dulu waktu sekolah rendah sampai la naik ke sekolah menengah cikgu2 akan tanya nama apa..tinggal dimana and so on..

So, aku dengan bangganya akan bangun sambil berdiri tegak dengan menjawab macam ni..Nama saya Samaniah..tinggal di Perak..Elok saja aku nak duduk lepas kenalkan diri, cikgu tu tanya dengan muka pelik..kamu tak da bapak ke???huhu..waktu tu aku sengih2 jela tapi kalo ada orang tanya camtu sekarang ni, sure kat situ juga aku meraung..Aku dengan rasa hormat pom jawabla soalan cikgu tu yang aku masih ada bapak..so, cikgu tu pom suh ulang balik nama aku sekali dengan nama bapa..Aku sedut nafas dalam2 then dengan sekali lafaz “ nama saya SAMANIAH BINTI ABDUL LATIF”.fuhh.penuh semangat tol..yela dah disuruh ulang..lebih baik cakap dengan terang dan nyata.

Kenapa kalau perkenalkan diri tak sebut sekali dengan nama emak..kasihan kat ibu2 yang penat mengandung and memberanakkan kita..Ekceli, nama ibu lebih diberi penghargaan ketika anaknya nak ditalkinkan..Time tu la nama ibu akan jadi sebaris dengan nama kita..

Sambung cerita balik..kenapa My Hero is My Abah, bukan superman or spiderman..Bagi aku wat pe nak jadikan dua makhluk tu hero aku..bukannya aku kenal dengan dorang pom..haha..dengan rasa bangganya aku nak ucapkan terima kasih yang bermillion2 kat ABAH aku iaitu EN.ABDUL LATIF B.SA’AYA sebabnya kalo takda ABAH aku macam mana aku nak lahir kat dunia ni..nak tengok muka hero(ABAH) pujaan aku dan,muka heroin aku (EMAK).Kalau mengharapkan emak aku sengsorang, dengan senang hatinya aku akan cakap yang aku tak akan dapat lihat dunia ini dan akujuga tak akan dapat menulis blog ini..Terima kasih ABAH..saya sayang sangat dengan ABAH..

Lirik di bawah ini,khas untuk tatapan ABAHku..walaupun ABAH dah tak boleh membaca tapi dengan satu harapan yang menggunung, aku sangat mengharap ABAH akan faham hati aku yang sangat sarat dengan rindu kepadanya.


ABAH..ABAH…Engkaulah Hero Pujaanku..
Yang Sering Masuk Ke Bilikku Tatkala Aku Merajuk,
Memujuk dan Dipujuk Sangat Sinonim dengan ABAH,
ABAH Kau Seorang Yang Tegas,
Tapi Disebalik Ketegasanmu Terselit Kelembutan Jiwamu,
Punca Aku Menangis Kerana Dirimu Yang Selalu Menangis,
Apabila Aku Panas,Aku Akan Tidur Bersamamu,
Kerana Di Tempat Tidurmu tersedia Kipas Syiling,
Apabila Aku Menangis Kerana sakitku,
Kau akan Pergi Kepadaku dengan urutan yang istimewa,
Tanganmu Telah Banyak Berjasa kepada Tubuhku,
Tatkala Dirimu kelenguhan,
Tangan Aku Pula Yang Berjasa Di Tubuhmu,
ABAH..sesungguhnya saya sangat rindu dengan ABAH..

*Lirik ni macam hampeh sikit tapi ni lah luahan hati aku yang tengah kerinduan kat ABAH aku..

Sekarang ni saya sudah kehilangan kasih sayang seorang ABAH..Hanya bergantung Kasih sayang dengan emak sahaja..Kasih emak tak ada beza dengan ABAH tapi aku sangat tamak. Aku juga memerlukan Kasih dari ABAH..Tetapi sekarang aku sedar yang aku perlu berpijak di bumi nyata kerana selepas ini akulah yang akan berikan KASIH SAYANG yang berkekalan kepada ABAH..AL-FATIHAH untuk ABAH..

Pss...saya nak jadi anak yang baik..saya nak jumpa abah saya di syurga..AMIIN..(^_^)

*Kawan2 semua pom dikehendaki menyedekahkan AL-FATIHAH kepada ABAH saya..

Saya Cikgu Ganti

Salam to all readers…

Lama sungguh rasanya aku tak menulis blog..ekceli skang ni sangat bizi dengan kerja sementara aku ni..kerja apa..cikgu la..apa lagi..walaupun hanya cikgu ganti kepada cikgu bersalin tetapi aku tetap rasa gembira walaupun pada mulanya aku sangat-sangat tak suka jadi cikgu..tapi bila dah mengajar kat sini dalam 2 minggu lebih,aku rasa seronok lak jadi cikgu..haha..


Entry kali ni aku nak tulis serba sikit camna aku boleh terlajak jadi cikgu ..huhu

Habis sahaja belajar kat usim aku pom blik la kampung..bagus juga balik kampung, boleh teman emak aku yang menyepi seorang diri..Ekceli emak aku ni dah lama menjanda tu yang tinggal sengsorang..huhu..hampir sebulan gak la aku duk rumah dan hampir sebulan gak la aku berjaya membesarkan badan aku hasil dari air tangan masakan emak aku..perghh..masakan emak aku memang sedap even beliau masak yang simple2..



Maka bermulalah sebuah ceritera antara sang ibu dan anaknya yang banyak songel:


Di Suatu petang yang syahdu, tengah aku melepak2 sambil layan citer kat TV3 emak aku tanya camni..



EMak: Tun..kamu ni bile nak cari keje??

Aku: Dah banyak keje dah orang cari tapi semua tak de yang sangkut..(menjawab sambil mata tengok TV..sungguh tidak beradab sopan..maaf yer mak..)

EMak: kamu pegi la minta keje kat sekolah depan umah tu..dengor kabor ade 3 orang cikgu nak bersalin..

Aku : alaa..malasla..mak kan tak tau orang tak suka jadi cikgu..kang ade lak budak2 yg patah riuk orang kejekan..orang ni dah la kurang sabor..



Sebenarnya dalam hati aku memang tak mengharap sangat jadi cikgu coz dalam keluarga aku dah ramai yang jadi cikgu..mak aku pom cikgu tu pasal beliau suh anak2 beliau jadi cikgu..tak mencabar langsung..itu kata aku sebelum jadi cikgu tapi bila dah jadi cikgu baru aku tau yang jadi cikgu ni sungguh mencabar..Iman dan kesabaran aku seringkali tergugat..dugaan sungguh nak mengajar budak2 zaman sekarang..


Sambung dialog balik...


EMak : haaa...jangan memilih keje sangat..kamu jangan nak ikut kepala kamu je..tak minat konon..kamu tengok kakak kamu yang sorang tu.. ape dah jadi (merujuk kepada kakak aku yang jadi suri rumah sekarang ni) dulu mak suh minta cikgu,die kata tak minat..pastu suh minta nurse pon tak minat..konon2 nak kerja bahagian komputer..sekarang ni tengokla jadi ape..duk umah jaga anak jer.(huhu..sakit juga telinga aku dengar syarahan mak aku..asyik citer yang same jer diulang2 nya..sampai aku dah boleh hafal kat mana tanda koma dan titik noktah..haha..opppsss..sori mak...tak sengaja)

Aku: yela2..orang minta la..esok orang hantor resume..(ayat2 sedapkan hati emak walhal nak bagi mak diam..sungguh tak baik niat aku berkata-kata macam tu tadi..huhu..sorry again mummy..)



Ok..dipendekkan cerita aku pom pergilah menghantar resume di sekolah depan umah aku ni pada minggu yang berikutnya setelah tiap2 hari mak aku sibuk bertanya dah hantar resume ke belum..mak aku ni memang seorang yang tidak cepat berpuas hati..atas alasan tersebut la tiap2 hari dia menyoal siat aku samaada dah hantar resume atau belum..disebabkan aku dah tak mampu nak menjawab soalan yang hampir sama setiap hari maka aku pun pergilah ke sekolah tersebut..sekali lagi..sori emak ku sayang atas kata2 ku ini...



Sekarang ni dalam mood lega dan tenang coz mak aku tak tanya apa2 dah pasal sekolah tu..aku pom menunggu dengan sabarnye kalau2 sekolah tu panggil aku bekerja..ceh..dalam tak nak jadi cikgu pom sibuk mengharap...huhu..bukan ape, saja nak amik pengalaman..sementara tu banyak gak la kerja yang aku apply through by online..banyak syarikat yang panggil temuduga tapi aku tak boleh nak pegi sebabnyer bidang pekerjaan yang ditawarkan adalah benda yang aku baru belajar dalam kursus selama tiga minggu yang aku attend kat universti aku..so,tawaran ditolak..minta maaf yer syarikat2 semua..



Alhamdulillah tunggu punya tunggu akhirnya tawaran kerja sebagai guru ganti pom menjelma...alhamdulillah..so, now..saya cikgu samaniah sedang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di depan rumah saya...shuke2 coz sangat jimat dan yang paling penting tiap2 hari dapat tidur sekatil dengan emak..



Psss...rasa macam nak jadi cikgu je lepas ni..Best juga jadi cikgu ni..haha..padan muka aku...dulu tak nak sangat jadi cikgu..terkena tulah kot..haha~neway,thanks mum..always support anakmu yang banyak songel ni..hehe


* Lepas ni aku nak kerja apa lak ye..minta2 rezeki aku dimurahkan..AMIIN..(^_^)

Salam Perkenalan

Assalamualaikum…

Salam perkenalan dari aku..tak tau lah ini salam perkenalan yang ke berapa dah coz sebelum ini pom dah banyak kali salam perkenalan untuk blog yang dulu-dulu tu..tapi ada aja masalah kat blog lama..so, aku rela dalam paksa perlulah membuat blog yang lain supaya aku dapat mencoret dan buat riwayat hati aku ni supaya segala bebanan perasaan terlepas sedikit..ahakss..

aku sangat bangga punya nama yang unik ni..aku memang tabik kat orang yang create nama aku ni..aku pom tak tau sapa yang bagi nama ni kat aku..tahu-tahu orang dah panggil aku dengan nama yang diberi..ada orang kata abah aku bagi..then, atuk aku…last sekali emak aku..whateber la…yang penting aku ada nama..haha..

Kalau di sekolah, cikgu-cikgu akan sentiasa ingat aku sebab aku terlebey comel..haha…ekceli cikgu-cikgu senang nak ingat aku coz nama aku yang unik and mmpunyai makna yang agak funny..bukan kat sekolah saja tapi kat universiti pom nama aku glemer pe..kompem meleleh..perghh..korang ada ke???haha..

Kalau nama aku tak unik or glemer pom, aku tetap terima dengan hati yang tak banyak soal coz I know, pasti ada sesuatu yang istimewa sebelum kita lahir yang menyebabkan our parent choose the name for us..

Neway…I’m so glad with my name..thanks for who those created my name…lalala..(gelak hepi)

samaniah::eight::lapan::ba (bahasa cina) = inilah nama aku…unikkan…psss..korang ada ke??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...