Saturday, August 21, 2010

Tips Berjimat Cermat

Assalamualaikum semua...Diharapkan korang semua kelihatan sihat dan bertenaga di bulan ramadhan ni, maksud sihat dan bertenaga di sini bukan bererti korang perlu minum air paip curi curi dalam bilik air atau makan sambil sorok kepala dalam peti ais..Eh,macam pernah buat je..kalo tak macam mana boleh describe panjang lebar lak ni.Hehe...Itu zaman kanak kanak riang dulu..sekarang ni dah insaf..huhu

Sepanjang bulan ramadhan yang mulia ni duit aku sangat save sebab boleh dikatakan tiap tiap hari makan di masjid..setiap hari decide dengan member nak makan kat masjid mana..walhal masjid kat putrajaya ni ada dua sahaja ( masjid putra dan masjid besi ) tapi disebabkan kedua dua masjid mensajikan makanan yang terlalu enak dan memberahikan nafsu so, kami perlu berbincang terlebih dahulu..huhu..bunyinya agak teruk dan terdesak tapi itulah aku..bab makan sangat berkira tambahan pula dah jadi pendatang yang ada IC dan passport kat putrajaya ni..perlu ditekankan saya ada IC dan passport..secara automatiknya saya rakyat 1 malaysia.

Walopom duit aku sangat save kat makanan tapi dalam masa yang sama duit aku terbang melayang bak layang layang terputus tali..kebanyakkan duit aku terbang tanpa niat, semuanya terjadi tiba tiba tanpa sempat nak fikir banyak kali..ok, korang boleh baca situasi kat bawah ni yang menyebabkan duitku berterbangan dan aku yakin korang pom pernah terkena macam aku..

SITUASI PERTAMA

Selalunya bila penat bershopping aku akan singgah menyantap kat warung tepi jalan je..tak tergamak rasanya nak menghabiskan duit kat restoran mewah sebab aku ni sangat penjimat..hihi..

Sedang aku makan begitu berselera, mata aku terperasan ada sorang mamat hensem ni asyik sangat usyar aku..aku pom dengan malu2 balas balik pandangan dia sambil raba2 la kat tepi mulut, pipi kot la ada nasi terbang kat situ kan..tapi tak ada sebutir nasi pom..pastu nak lagi yakin aku pandang tudung pulak..kot la ade sisa kicap kat tudung tu..hurmm..tak ada jugak..siyes..memang mamat tu pandang aku sebab kat situ tak ada perempuan lain selain aku..Tetibe aku tengok mamat tu bangun menuju ke arah aku..fullamak, memang berdenyut nadi aku time tu..hensem gile la mamat tu..memang aku perempuan yang bertuah kalo jadi awek die..hehe..aku pom buat2 makan ala2 sopan ayu kononnya, elok je nak masuk ke suapan yang ke lapan mamat tu bagi salam then terus duduk..

Mamat : Assalamualaikum kak??
Kakak??Dalam hati membara je dengarnye..

Aku : Waalaikummussalam...
Mamat: Boleh saya duduk..Hurm..akak sorang je ke?dah ada anak?
Buta apa mamat ni, dah nampak aku sorang tu maknanya sorang laa..kot2 la kornea mata dia rosak sampai boleh nampak ada 3 orang kat sebelah aku kan..
 
Aku : Kahwin pom belum macam mana nak ada anak??
ayat2 nak mengorat..haha

Mamat : Ooo..yeke..macam ni kalo akak ada anak, saya nak sarankan akak beli buku ni untuk anak akak tapi disebabkan akak belum kahwin beli untuk anak sedara pom boleh la kak..
Ciss..terkedu sekejap..nasib baik tak terjatuh sudu aku...lepas tu langsung tak lalu nak makan..ingatkan nak mengorat aku..ku sangkakan romeo rupa rupanya mamat salesman..hurm..terbang duit aku..nasib2..macam mana lah aku boleh tak perasan yang dia jinjit buku masa nak pergi kat meja aku tu..itulah akibat perasan yang terlampau..padan muka aku..hukhuk..


SITUASI KEDUA

Hari tu aku memang niat nak bershopping tak berniat pom nak wat amal jariah..tengah aku sibuk2 pilih tudung saji..eh silap..tudung bawal aku ternampak ada sorang peminta sedekah buta  menyanyi sambil tangan duk hulur raga..suara dia boleh tahan la..so, aku pom bersedekah atas dasar belas ehsan...

aku pom meneruskan shopping yang tertunda..baru je jalan tak sampai dua meter aku jumpa lagi seorang peminta sedekah..alamak..macam mane ni,..tadi dah bagi takkan nak bagi lagi..tapi disebabkan tengok si peminta sedekah ni tak ada kaki aku pom bersedekah lagi...

tudung yang dicari still belum jumpa..aku pom berjalan lagi..tak lama lepas tu aku nampak ada lagi sorang peminta sedekah..waktu tu memang aku buat2 tak nampak je dengan peminta sedekah tu tapi kesian punya pasal aku bersedekah lagi..ok, fine..dah 3 kali aku bersedekah tapi tudung yang nak dibeli still belum jumpa lagi..cari punya cari aku nampak ada lagi peminta sedekah..ya Allah..ni tempat shopping ke tempat peminta sedekah..lepas tu laju je kaki aku tinggalkan tempat tu..memang peminta sedekah kat situ ramai gile..kesimpulannya, tudung yang dicari still tak jumpa dan mood nak shopping pom dah rosak..bukan tak nak bersedekah tapi kalo dah sepanjang jalan aku jumpa 1o orang peminta sedekah, perlukah kesemuanya aku hulurkan..oh...apakah??


SITUASI KETIGA

Aku ingat lagi, time tu aku nak shopping kat Giant, nak beli barang makan and mandi yang dah tinggal nyawa nyawa ikan je..sebelum ke Giant aku pergi cucuk duit dulu di Bank Islam..Elok saja keluar dari  bank, ada sorang budak ni minta derma nak bina sekolah untuk anak2 yatim..ok, fine..aku pom amik RM 1 kononnya nak saving tapi budak tu boleh kata macam ni "kak, minimum untuk derma RM 5"..wallawehh..apakah??..perlu ke kalo kita yang nak menderma tapi harga derma dah ditetapkan pulak..aduyai..dunia semata mata..dah tu boleh pulak nak bagi resit sebagai bukti..malas nak layan, aku bagi je duit..resit tu aku suh budak tu simpan sebagai tanda terkejut dari aku..

Sebenarnya banyak lagi situasi situasi yang nak diceritakan tapi aku rasa cukup lah tiga  je..

p/s: dunia sekarang, macam2 cara dibuat sebab nak cari duit punya pasal..

2 comments:

Hjh Norhaniza bt Ismail said...

sambung la lagi 3 samaniah...cukupkan 8 tau..hik hik hik

EIGHT IS SAMANIAH said...

hehe..akk..mis u so much=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...