Sunday, January 9, 2011

Orang Melayu Yang Suka Menyanyi

Assalamualaikum bloggarian...May Allah bless All of you..Ameen :)


Sekarang ni mesti masing masing sibuk tengok AJL kat TV3 kan..jangan tipu, aku boleh tau hokeh..hahaha..aku tengok gak tapi tak tumpu sepenuh perhatian..setakat telinga je yang mendengar tapi tak tengok sepenuh perhatian..bukan best tengok muka artis..yang artis pompuan meriah dengan fesyen bajunya yang pelik pelik dan mekap tebal 50 inci...yang laki pulak dengan fesyen rambut deme yang tak boleh blah tu..macam ayam belatuk pom ye.cuma rambut hafiz je still same as before..retro gitu, kerinting asli tu..kalau ada kutu sure kutu tu sesat tak jumpa jalan pulang.hahaha~

Hari ini aku SUPER penat..tapi sangat gembira even penat pom..hati rasa tenteram dan bersemangat setelah jiwa yang kering dah lama tak dicurahkan dengan kata kata motivasi perangsang jiwa..

Hokehlah..tak mo taip panjang panjang..sebab badan aku perlu diberi kemanjaan yang sewajarnya..aku nak tidorlah..penat lerr..ohhh, tak perlu tengok AJL sampai habis pom tak apa..sebab aku tahu lepas je habis rancangan AJL ni mesti ramai blogger terkinja kinja nak taip tentang siapa yang menang AJL..tak percaya tunggu jela sampai AJL habis..

Selamat PAGI emak...
Selamat PAGI Abah....
Selamat PAGI bloggarian..........
Selamat PAGI 1 Malaysia...

Orang Melayu memang suka menyanyi ohhh...:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...