Sunday, April 15, 2012

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum dan selamat hari cuti kawan2 =)

Hehehehe..macam biasa..aku sengaja nak share aktiviti hari ahad aku..

Jom2...cekedak...hahaha



*Jangan pandang lelame baju2 yang bergelimpangan tu ye*

Perkara pertama bila bangun tidur yang akan di renungkan sejenak ialah membasuh baju...huhuhu..ai sangat mual nak basuh baju tau...membazir masa duk dalam bilik ayor lama-lama...oh ye, ai basuh baju guna tangan yang mulus ye..nak beli mesin basuh tak mampu lagik...huhuhu...walaupun dah sedar mesin basuh tak ada tapi masih lagi nak mengumpul baju tinggi membukit sampai dah tak nampak raga kain ai..sekali lagi, huhhuhu...



Buku Pink ni dah menanti bila dah selesai basuh baju...tulis buku RPH ni mau agaknya kul 4 baru selesai...huhuhuhuhuhu..



Ini perkara yang paling aku suka..Habis buat semua kerja aku akan bagi reward kat diri sendiri..kadang2 pergi shopping, makan mcD/KFC, dan kadang2 pergi tengok wayang..ok, arini aku nak pergi tengok citer battleship..dorang kata best..petang ni jom serang panggung..


SEKIAN




p/s: Orang melayu kita rajin membaca tapi malas mengomen..silalah komen =)

Saturday, April 14, 2012

Nama Saya..

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya...

Entry kali ni sengaja nak mengada-ngada nak tayang nama sendiri..hehehe..

 


Nama saya sangat SIMPLE dan AWESOME..hikhikhik

Nama saya juga selalu menjadi sebutan guru2 dan anak2 murid sebab sangat senang nak diingat..
Nak pulak bila saya mengajar nombor dalam bahasa arab..terus la anak2 murid lebih ingat nama saya...pakej ejek2 pun ade tau..



SAMANIAH
 =
  


semua yang mengenali saya senang nak ingat nama saya sebab katanya, tengok or sebut lapan pasti akan teringat saya yang sweet...hahaha *cukup2 sudah nak perasan weh *


Ingat 8 Ingat Samaniah =D

Friday, April 13, 2012

Kerja...Kerja...Kerja

Assalamualaikum dan selamat petang jumaat semua..
Hai kak Dalilah..Miss u so Much walaopun awak tak miss saya n_n

Esok Cuti..tapi tak bermakna bleh bersenang lenang mendambakan kasih sayang..hahaha
Banyak Kerja sejak jadik cikgu..*ewah macam tak syukur pulak kan*..

Saya masih mampu untuk mengajar dan melayan kerenah anak2 murid
tapi....
saya sangat tak mampu untuk membuat kerja pengurusan sekolah yang melambak-lambak dan kerenah atasan yang pelbagai ragam yang mengalahkan budak2 pra sekolah bila bercakaran sesama lain..
ahhhh...pihak atasan memang suka memaksa sebab mereka di atas dan kita di bawah..
sebab saya di bawah maka turutkan jela kerenah mereka....huhhuuhuhu
semoga saya sentiasa kuat semangat *sentiasa semangat setiap hari*...


* Gambar penguat semangat =) *






*P/S: Tak perlu nak guna bomoh dan pawang bila tak suka orang tu..Ingat Allah la .............


Wednesday, April 11, 2012

Novel2 Baru Beli =)

Assalamualaikum bloggarians :)
Salam cuti pertabalan Yang Di pertuan Agung..hehehehe...

Cuti sehari ni korang buat ape...hihihi..
macam biasa, bila tau hari cuti, malam tu aku dah set dalam fikiran nak bangun lambat esok..
Alhamdulillah, saya dapat kawan2 serumah yang rajin kejutkan bangun pagi sembahyang subuh..hehehe
bila dah solat, sambung semula aktivit tidur..hhuhu..

Cuti ni kononnya nak menghabiskan 1 novel pun jadi la...chaiyyuk..

Ini semua novel yang aku beli guna vaucher 1 malaysia...wahh, membazir kan..dah hobi kan... bukan beli novel je..ada jugak buku lain yang aku beli..untuk anak murid pun ade..hiihihiiii


* 7 bijik je saya borong novel ari tu..semua tak sempat baca lagi  n_n *


*Si Mangkuk Tingkat, Kampung Girl, Contengan Jalanan*


* Kaki Novel Enterprise *

* Novel2 Lagi =) *



Tak de la banyak sangat kan...hihihih..tapi nak membaca tu kena ada masa yang betul2 terluang dan tanpa sebarang gangguan..hehehehe..

Ramai orang cakap aku suka membazir pada benda yang tak berfaedah..tapi bagi aku, ape salahnya membacanya novel..bukan maksud membaca novel terus jadi penjiwang karat..lagi pun daripada membuang masa buat aktivti tak senonoh yang budak2 akhir zaman sekarang ni buat, maka lebih baiklah aku menghabiskan masa dengan membaca novel..lagipun bukan buat dosa, yang penting bila membaca jangan leka sampai perkara yang wajib pun tertinggal  =)

Hokey..selamat membaca di hari cuti =D

::Model buku : Tuan Bebo ::

Monday, April 9, 2012

Mereka itu Sangat Istimewa.

Assalamualaikum sahabat2 alam maya...
Semoga korang sentiasa sihat...
Alhamdulillah..hari ini aku masih bernyawa dan bernafas untuk berada di muka bumi Allah ini..
seterusnya, masih berpeluang untuk bertemu dengan ahli syurga di sekolah pendidikan khas ini =)

Okey2..mukaddimah jangan panjang sangat, nanti readers lari..hehehe...
rutin biasa aku dan cikgu2 yang lain..kalau dah nama pun cikgu mestilah kerjanya mengajar kan..tak kan pulak nak buat pelan ala2 berangan nak jadi arkitek..walaupun sebenarnya cikgu pun seorang arkitek iaitu arkitek pembagunan negara..

Hari ini aku mengajar subjek amali solat dan iqra' untuk kanak2 istimewa ini...seronok tengok gelagat dorang walaupun selalu kena babap dengan aku tapi dorang still boleh buat tak tahu..tak serik..dan tak tahu sakit..huahuahua...* aku tak lah kejam sangat *

* Bebudak ni kononnya tekun menulis*
 

*Abang Pengawas kita, Ibrahim..tulisan dia lawa tau*
 

*Taiko Pendidikan Khas...paling lama duk kat sekolah ni dan paling tua kat sekolah ni..tahun ni, tahun akhir beliau kat sekolah ni*
 

* Isa..beliau memang suka buat  benda pelik2 dalam kelas...beliau memang tak suka duduk diam2..kalau duk diam pun dalam 5 minit pastu  berlari-larian semula..kadang2 terpaksa tangguh P&P sebab nak mencari dia yang suka menghilangkan diri dengan tiba2...tiba time aku datang bulan memang teruk budak ni aku belasah...hahaha..*sekali lagi, sila percaya aku ni tak lah kejam sangat* hikhikhik


*Masa belajar pun nak pakai topeng..tak nak tanggal..haishhh, macam2 la kamu ni Isa..walaupon Isa ni suka buat benda pelik2 tapi dia sangat pandai di antara kawan2 yang lain..dia boleh hafal quran..kelebihan dia =)*
 
* His name is Anas..masalah disleksia..ala yang suka tulis huruf terbalik tu.. kalau sape tak tahu ape tu disleksia,sila tonton citer hindustan amir khan dengan sorang budak disleksia tu..kompem korang tahu =)

hikhikhik..tadi mengajar subjek huruf hijaiyyah bersambung (iqra' 2), ajar dorang cara sebut dan cara tulis..ni nak cerita, dulu2 dorang ni memang sifar dalam pendidikan Islam sebab kat school ni tak ada cikgu pendidikan Islam,dorang tak boleh sebut dan menulis langsung dalam jawi..alhamdulillah, bila datang ustazah brutal yang suka memaksa, sekarang ni dorang boleh menyebut dan menulis..dulu menyebut sampai nak tertanggal lidah..pastu menulis macam cakar harimau..sekarang ni memang cantik tulisan dorang dan lidah pun dah lembut * pujilah aku =,=*

* Ini kelas semestara untuk kelas 1 dan 2..kelas pendidikan khas yang sedia ada nak di tambah bangunan sebab murid semakin ramai tapi kelas semakin mengecil..haisshhh..macam mana tu..kelas sementara ni, hanya dipisahkan dengan papan hitam je..bila budak kelas sebelah buat bising memang hebat gangguannya. tak masuk lagi gangguan dari bilik muzik yang berada sebelah kelas sementara ni..bila tengahari menjelma, memang macam nak gila mengajar sebab berlawan dengan bunyi bising dari bilik muzik...huhuhu

* okey..ni hasil kerja Anas...Anas ni ikut angin..kalau angin tak betul, malas tahap cipan tapi bila dah kena dengan ustazah brutal ni, tak da maknanyanya kau nak malas2 dan merajuk rajuk..ai tak layan hokeh..
Tetiba ade senapang comel kat situ...budak2 ni punya la..macam2  >,<*


Alhamdulillah, selama hampir setahun lebih di sekolah ini, macam2 yang aku dah belajar..sebelum mengajar perlu tackle budak2 ni dulu *bukan mengorat ye..hikhikhik*..sebagai guru pendidikan khas, kita kena sentiasa menjaga kata2 dan perlakuan kerana dorang ni cepat mengikut..kalau benda tak elok tu laju je ikut..cuba benda baik, payah  betul nak ikut..hurmmm

Apa yang penting perlu ada sabar yang tinggi walaupun kadang2 hampir terlupa yang diri itu sedang cuba bersabar..


 Cikgu Sayang Kamu Semua Anak2 PPKI

Sunday, April 8, 2012

Apabila Ahad Menjelma..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat hari ahad pada semua bloggarian...
Hari ahad untuk bersenang lenang untuk menghadapi hari isnin hingga jumaat yang meletihkan..
tapi..bagi aku hari ahad ialah hari yang paling bizi sebab perlu menyiapkan banyak benda untuk menghadapi hari isnin...huhuhu (sila baca dengan nada sedih ).

Okey2..tak perlu sedih sebab kamu dah beli novel banyak2 semalam (wahh..ayat riyak ) tapi sila sedih tiba2 sebab kamu belum ada masa untuk membaca semua novel kamu itu..huahuahua..(poyo je kamu ni )..

Ini sebahagian aktiviti wajib hari ahad saya sepanjang saya praktikal ni..lalalala

*Hokeh..ini buku persediaan mengajar harian praktikum aku..pink gitu..sweet kan*


*Ini dalaman buku RPH aku..sangat cumil gitu..ahaksss*


*cumil gitu2 lagi >,< *


* Ini la mende alah yang aku tulis setiap hari...sila cakap chantek *

* Ini kata puji-pujian Pensyarah aku..Tapi hati tak bangga pujian tak meletopps..ahakss *


*Lembaran kerja untuk bebudak PPKI *

* Lembaran kerja untuk Bebudak PPKI*

Tak sabar nak tunggu habis praktikal sebab tak larat nak tulis RPH  panjang2, fikir tajuk jurnal yang meletup tup dan yang paling susah  sepanjang praktikal ni, aku dah tak boleh fikir nak buat aktiviti lembaran kerja apa lagi untuk budak2 PPKI ni .kerana mereka tidak sama seperti budak2 yang lain.Disebabkan itulah aku kena fikir panjang dan banyak2..huhuhuhuuhu..


P/S : PPKI is Program Pendidikan Khas Integrasi


SEKIAN

Jumpa kamu di next entry ya =D

Selamat Hari AHAD


Saturday, April 7, 2012

Sinopsis Novel Mahar Cinta Cinderella

Assalamualaikum bloggarian...sebelum tidur jom baca sinopsis novel ni dulu..novel ni memang best..tak rugi membeli..novel islamik sesuai untuk jiwa rohani kita yang muda-muda ni...jangan duk beli novel cinta mengarut je banyak..eh..hihihihi...


Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.

Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.

Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

Selamat Membaca dan Membeli =)

:: Kredit :PTS

Friday, April 6, 2012

Terjah BookStore di Hujung Minggu

Assalamualaikum bloggarian....
Saya sangat mengharapkan korang semua sihat disamping orang yang sangat tersayang...
Malam minggu ini, aku sedang elok duk pikior nak buat sesi regangan mental ape untuk esok..


Taraaa.....dah dapat idea...esok nak pergi shopping buku...ya, borong novel sebenarnye..hehehe..sejak praktikum dari bulan satu aritu, aku xda masa langsung nak sentuh novel..al maklum kekangan masa yang melampau..kerja di sekolah yang menimbun, assignment yang berlambak (alhamdulillah, assignment dah siap semuanyer =D ), rindu kat emak yang tak tertanggung lagi (sejak mak balik umrah, tak pernah jenguk lagi sebab saya amat bizi di  negeri sembilan ini =/ ).

Ok..lupakan semua itu, semua itu hanya lah kudis, bila dah sapu ubat maka sembuhlah ia..hehehe..tapi kalau rindu kat emak ubatnya kena call setiap  masa...bila emosi terganggu je nyaris2 nak tumpah air hujan, mulalah sibuk nak cari emak sebagai ubat penenang jiwa (sebenarnya, dengar suara emak, empangan terus pecah..hahaha)..opssss..balik topik utama tadi...hujung minggu ni, merangkap esok, aku nak g borong novel2 ni =D

*eh..saya memang suka watak heroin jadi isteri =P*


*saya memang orang kampung..wajiblah baca novel yang memang kampung2 ni =)*


*Islamik novel..best tau..walaupun tak baca lagi tapi aritu aku curik2 baca kat kedai buku..buku ni nak hadiah kat anak murid + en.heart  >,<


 *Aku memang insan tidak sempurna, maka wajiblah membeli novel ini =D*

* dulu-dulu saya bercita-cita  nak bercinta dengan pilot, tak dapat pakwe pilot, dapat baca buku ade hero pilot pun ok jugak =D*


Semua novel ni best2 tau..sebab sebelum ni, aku dah beli novel dari penulis ni jugak..tak sabar nak tunggu esok..hari ini just buat penilaian novel yang best2 je..hikhikhik..


ok..selamat berhujung minggu kawan2 =)

Terima Kasih =)

Assalamualaikum Malaysia....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
TERIMA KASIH MALAYSIA


 
kerana menghadiahkan para pelajar seperti aku ni " BAUCER BUKU RM200". dengan baucer ni dapatlah aku memborong buku untuk diri sendiri, kengkawan, anak2 murid dan en. heart.oh ye, en.heart dah order macam2 buku..banyak cekadak ler, kalau ade lebih i belikan ye =P
 

Soalan Hujung Minggu

Assalamualaikum bloggers =D

Esok dah sabtu..selalunya kalau hujung minggu ape yang korang buat.
a) Tidur selagi mata tak nak buka.
b) Basuh baju yang dikumpul seminggu kerja.
c) Kemas rumah.
d) mari memasak.
e) tengok tv sampai tv pon dah habis siaran.
f) dating
g) lepak dengan kawan2.
h) Tengok wayang.
i )window shopping + shopping.
j) melayan suami.

Haaa...mane satu yang korang lakukan bila hujung minggu.Semua di atas aku pernah buat kecuali yang terakhir..yang tu kena tunggu dapat lampu hijau dari mummy dulu..ahaksss..

*jangan stress di hujung minggu ye kawan2..kerja2 jugak, bersosial jangan abaikan =D*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...